TUKAR CERMIN KERETA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TUKAR CERMIN KERETA

Assalamualaikum...


PETANG 1 April 2019
Retak hati bila perjalanan pulang kerja hari tu mengadap cermin depan kereta yang retak.
Retaknya memanjang berbentuk seperti lukisan pemandangan burung yang sedang terbang mengibarkan sayapnya. Entah apa puncanya tidaklah diketahui (pada masa itu) cuma tengahari itu, Sk teringin sangat nak pergi makan Nasi Padang Highway. Dia punya teringin tu macam tak boleh ditahan-tahan tau. Tengahari yang panas terik tu adalah pulak tahi burung setepek atas cermin kereta, kuang asam betul, lalu Sk pancitlah air sambil on wiper bagi bersih. Tup-tup, masa balik kerja tu tengok, dah retak memanjang, huwaaaaaaaaaaaa.

Terus whatsapp Pak Inche, dia cakap, kenapa nak bersihkan tahi burung tu tak tanya dulu. Kahhhh.. takkanlah nak tanya kan. Selalu kalau kereta tengah panas tetiba hujan tu, okey aje. Apasal pulak yang ni boleh pecah gara-gara bersihkan tahi burung? Pak Inche suruh Sk terus ke Dr Cermin di Taman Teratai buat inject silikon tapi apek tu cakap, dah tak boleh buat apa dah, pakai aje sampai pecah semua, nangis lagi, huhu.


Sk pun sambil cakap terima kasih, ceritalah kronologi tahi burung tu, kan.
Apek tu, terus buat isyarat tangan (bukan.. bukan..) macam cakap bukan salah tahi burung. Dia datang depan cermin kereta dan angkat wiper, lepas tu dia tunjuk punca pecah tu. Rupa-rupanya ada batu tajam yang jatuh kena di bahagian bawah wiper. Kedudukannya yang terlindung dari pandangan mata membuat kita tak perasan, kalau dari awal dah perasan, bolehlah suntik silicon bagi mengelak ia merebak. Jadi, Sk syak kena batu masa Sk keluar makan tu, lepas tu nak dijadikan cerita, Sk pergi spray air pulak tengah-tengah panas dan on wiper, hurmmm. Tanya kos nak tukar cermin, lima enam ratus jugak. Insurans pulak tak cover cermin. Selama-lama bawa kereta belum pernah lagi jadi macam ni, jadi, ini pengajaran laa, huhu.


Jadi, masa renew insurans akhir tahun lepas, kami nak cover cermin la. Tapi, staf tu macam tak galakkan pulak, haha. Dia kata, pakai jer cermin tu sampai habis, hahaha. Okey, masa taip ni Sk dah faham dah, kenapa dia suruh pakai sampai habis. Baru Sk perasan, kos tukar cermin guna insurans cover dengan tanpa insurans cover, yang guna insurans tu lagi mahal rupanya. Ialah, Sk tanya sana-sini semua lima enam ratus, tapi bila buat sendiri, 350 sahaja. Tapi, ni semua usaha Pak Inche la. Harapkan Sk, memang pakai sampai betul-betul habis laaaaa, sebabnya pada SK, tak teruk sangat sebab tak menghalang pandangan. 


Jadi semalam, Pak Inche ajak tukar cermin kereta. Dia dah survey sebelum ni rupanya nak hadiahkan bini cermin depan, haha. Nahh..  Dah lopong cerminnya. Ini kereta Sk yang ke lima dan inilah satu-satu kereta yang cermin depannya boleh pecah. Eh, baru teringat, kereta pertama dulu pecah juga cermin belakang, tapi masa tu kat parkir. Tak tahu apa punca yang tu, yang Sk ingat, ada orang telefon beritahu cermin kereta belakang pecah, yang tu memang retak seribu rasanya. Tapi, kereta yang ni memang terasa sangatlah sebab baru nak masuk tahun ke dua, masa tu. Muhasabah diri sajalah banyak-banyak bila Allah swt duga macam ni.
Kau rasa, Allah swt duga tu sebab dia sayang ke? Tentunya kifarah atas perbuatan kita yang tidak kita sedari atau kita sedar tapi buat-buat tak sedar sehingga Allah murka. Namun, Allah swt Maha Pengampun dan Maha Penyanyang, Dia masih bagi kita peluang dan ruang untuk terus hidup di muka bumi ini.


Kerja-kerja mengukur dan melapis dengan filem sebelum cermin baru dipasang.
Hai cermin baru, saya sayang awak. Hurmm.. rasa sedih pulak nak berpisah dengan cermin lama, dahlah tinted mahal, huhu. Walaupun semua Pak Inche yang keluar duhet, tapi orang kata, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit.


Siapppp! Kedai ni pesan, dalam seminggu, jangan bawa laju, jangan langgar lubang, lalu bonggol perlahan-lahan, jangan cuci kereta. Paling bagus, biar kereta kena panas. Huishh, banyak pulak pantangnya ya, adeh. Lepas tu, Sk cakap Pak Inche, macam tu minggu ni, kita simpan kereta kat rumah, Pak Inche jer hantar Sk pergi kerja, dia terus setuju. Lepas siap, terus pergi hantar tinted dulu.


Jadi, pagi tadi dapatlah Sk merasa tidur-tidur ayam sebelum sampai pejabat, hahaha. Lama dah ui tak merasa dihantar dan dijemput pergi balik kerja. Hari ni pulak, Pak Inche tak kerja, sedaplah jugak balik terus pukul 5 tapi esok masaklah nak tunggu dia habis kerja pukul 6, huwa huwa huwa. Tak apa, seminggu je, huhuhu.

4 comments:

  1. Kalau Saya semua cover ins, so tukar free aje hehehe.. lagi satu memang tak amik port, semua pun Laki urus, tau pecah pi hntr kedai tukar hahaha..terukk kannn

    ReplyDelete
  2. Saya pernah tukar cermin guna insurans di Dr Cermin, free je alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    dapat cermin kereta baru.

    ReplyDelete
  4. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih