BELI BANGLO TIGA TINGKAT - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BELI BANGLO TIGA TINGKAT

Assalamualaikum... 

ALHAMDULILLAH..  hajat untuk memiliki banglo tercapai juga apabila ada rezeki lebih di musim pkp ni.  Paling tak sangka, dapat beli banglo tiga tingkat walaupun pada plan asalnya hanya nak beli yang dua tingkat sahaja.  Pemaju pulak bagi potongan harga gila-gila,  syukur... niat baik dipermudahkan jua. 


Inilah penghuni banglo tiga tingkat tu, hahaha. Aduyaiii, yang ni tak tahu la kali ke berapa dia beranak. Seingat Sk tidak kurang dari empat kali kucing jalanan yang kami gelar Tino ni, beranak. Masa mula-mula dulu, dia selalu datang ke rumah kami berdua dengan seekor kucing jantan. Kami gelar Jate dan dia Tino, hihi. Si Jate tu dah lama hilang, tinggallah Tino bergelar ibu tunggal. Di kawasan kejiranan Sk ni, memang ramai jugaklah kucing terbiar. Semuanya kami letak nama, ada Lulu, Lala, Sepet, Kacak, Bester, Koka, Kola, Muchang. Mereka ni nomad, suka hati mak dialah nak pergi mana-mana rumah untuk lepak dan makan dan rumah Sk antara yang menjadi pilihan. Sebelum beranakkan yang dalam gambar ni, Tino ni ada sekali beranak dalam almari Pak Inche, haha. Macammana boleh terlepas masuk tanpa disedari, lima ekor anaknya dan kami letak dalam polisterin tong ikan tu. Satu hari, kami dapati seekor anaknya mati, mungkin terhempap dek Tino, lalu Sk tanam. Agaknya bila sedar anaknya tak cukup seekor, Tino bawa lari semua anaknya dan hilang terus tanpa berita. Tahu-tahu Tino bawa perut lagi. Yang ni tak tahulah dia beranak kat mana, tapi dia datang bawa anak yang rasanya baru seminggu. Sk letak dalam tong jugak. Tapi, hari-hari dia tak puas hati, dok angkut sana-sini.


Sk risau jugak, takut masuk bawah tayar kereta. Kalau ikutkan dulu-dulu, memang Sk biar aje, pandailah mak dia jaga. Tapi sebab teringat dulu ada sekali anak kucing naik dalam enjin kereta dan jatuh kat tengah jalan, lalu Sk masukkan semua anak Tino ni dalam sangkar dengan mak dia sekali. Sangkar tu muatlah untuk seekor ibu kucing dengan anak kecik empat ekor ni. Tapi.. bila anaknya dah semakin lasak dan dah pandai berak kencing, kena jugak cari alternatif lain. Nak masukkan litter box dalam sangkar tu, memang tak muatlah.

Masing-masing dah ada nama tau masa ni. Yang kiri atas tu, Yummy. Yummy ni paling kecik di antara yang lain. Macam kurang zat pun ya jugak. Tapi muka dialah yang paling comel. Sebelahnya tu, Snake. Kami bagi nama Snake sebab bentuk ekornya yang bergulung-gulung, cemanalah boleh tergulung, tak tahulah. Dia ni paling nakal dan lincah. Yang bawah oren tu, Nobit. Sekor-sekornya yang jantan. Kucing oren memang selalu jantan, kan. Bila tengok Nobit, selalu teringat Zonan. Yang seekor lagi tu, Ton atau Eton, hahaha. Eton paling lawa laaa, Sk rasa, bila besar nanti dia mesti paling rupawan.


Koka dan Kola, ini anak Tino yang beranak dua kali sebelum yang sekarang ni. Kola yang hitam tu, hilang sejak kecik lagi. Setiap kali balik kerja, Sk suka bagi Koka tu makan wetfood, sejak tu tiap petang dia akan tunggu dalam sangkar, Sk balik. Tapi, Koka pun dah hilang entah ke mana. Sedih jugaklah bila kita dah sayang kucing lepas tu hilang, kan. Jadi, bila dah hari-hari tengok anak-anak Tino n, rasa kesian pulak dan nak bagi kehidupan yang lebih sempurna pada mereka. 


Tawakal dan yakin rezeki kucing-kucing ni Allah tumpangkan melalui kami, Sk dan Pak Inche tekad membeli sangkar baru yang lebih selesa. Alhamdulillah, dari harga RM300, kami cuma perlu bayar RM220 sahaja. Muatlah nak letak litter box dalam tu. Budak-budak ni pun kerjanya memanjat ajelah ke atas ke bawah. Tapi, jenuh jugaklah nak membersihkan hari-hari. Mana nak bagi makan, minum, buang tahilah paling mencik, hahaha.


Sekarang ni, kami dah bagi chance dorang berjimba-jimba dalam rumah. Bila dah keluar dari sangkar tu, lagilah ligat masing-masing. Berkejar-kejar, lompat sana sini sampai riuh rumah jadinya melayan kerenah mereka. Si Ponti dan Cik Lang mulalah menjeling-jeling. Lepas tu merajuk duduk kat belakang, hahahaha.

Tengah fikir macam mana nak lepaskan dorang bila dah besar nanti. Tak sampai hati pun iya juga. Nilah masalah kalau dah suka kucing tu, camno ek, ada sesiapa nak jadikan anak angkat tak??

7 comments:

  1. Hebat Tino & anak-anaknya dapat duduk banglo 3 tingkat hihi... Moga bertambah rezeki SK sekeluarga berkat menjaga & membela kucimg.

    ReplyDelete
  2. Abe kie x suka bela kucing. Cuma beri mkn kpd kucing yg dtg ke rumah.

    ReplyDelete
  3. Hehehe...comel...teruja nak baca entry ni..ingat betul beli banglo 3 tingkat..rupanya untuk si miow tu ha...comel betul

    ReplyDelete
  4. Desex kan kak nanti bila dah cukup umur 3bulan, lepas tu dibebaskan

    ReplyDelete
  5. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih