MAKAN DI YATI AYAM PERCIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

SETIAP kali ke Kota Bharu, wajiblah singgah untuk makan tengahari di Yati Ayam Percik yang menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk masakan Pantai Timur amnya dan negeri Kelantan khasnya.
Sebut ajelah nak makan apa, gulai kawah, ikan percik, ayam percik, daging bakar, perut, lemak, kulit, semua ada. Tapi, kena tengok jugaklah, kot dah habis kan, tak dapek den nak menolong, hehehe.


Hari kedua di Kelantan, selepas bersarapan di Kopitiam Kita, kami terus menuju ke Rantau Panjang. Pada mulanya, Sk plan hendak ke Pulau Suri tapi bila baca review, macam tak apalah kot kalau tak pergi, bila baca bab orang ramainya, naik sampannya, bayarannya, hahaha. Balik dari Rantau Panjang, kami singgah sekejap ke Pengkalan Kubur semata-mata nak cari sos cili thai hijau, hahaha. Tu yang kelaparan terus ke Yati Ayam Percik ni. Mujur, orang dah tak ramai, dapat makan dalam bilik berhawa dingin, fuhhhhh.


Terdapat dua pilihan nasi di sini iaitu nasi putih dan nasi kerabu. Tentulah SK akan pilih nasi kerabu, kan. Lepas tu, pilihlah lauk apa nak makan. Di sini, semua ada orang layan, sebut jerlah nak apa, nanti dia akan hidangkan. Bila dah lapar tu, hampir semua menu yang ada kalau boleh nak dihidang atas meja.


Nasi Kerabu tak biru macam selalu, tapi tetap sedap. Tapi lupa nak minta solok lada dan telur masin serta keropok sebab kebingungan tengok satu demi satu lauk yang tergeletak atas meja, siapa nak bedal banyak-banyak ni?


Pernah masa kami datang sekali dulu, ayam percik dah habis. Kali ni nampak banyak betul ayam yang sedang dibakar atas pembakar sepanjang hampir dua meter tu. Berkepul-kepul asap naik ke udara yang pastinya menarik perhatian pengguna jalan raya yang lalu lalang depan kedai ni. Sos perciknya sedap, tak pedas dan tak manis seperti kebiasaannya masakan kelantan.


Daging Bakar diaaaaaaaaaaaaa.. wallawehhh.. Sk memang dok meratah daging ni aje, paling sedap yang berlemak-lemak tu la. Sos cicahnya sambal kicap dan sambal cili, makan begitu saja pun dah sedap sangat.


Ini pula kulit ayam yang dicucuk pada buluh dan dibakar. Ya ampunnnn, dia punya lemakkkkk, oh my my, seriuslah, patut baju-baju kerja semua ketat betul.


Tak sahlah datang Kelantan kalau tak makan Gulai Kawah.
Berbeza dengan gulai kawah versi utara yang memasukkan umbut pisang, di sebelah Pantai Timur ni memang daging lembu siap lemak-lemaknya, tapi bukan tetel ya.


Perut lembu air asam. Astaghfirullahal azimmmm...
Apa yang aku makan ni???

Sekarang baru rasa nak menyesal ke, Sk???

Yati Ayam Percik
Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan
09-747 9867
Buka setiap hari : 10 pagi - 6 petang


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasa macam nak buat daging bakar cicah air asam la pulak. nampak menggoda betul air asam tu.

    ReplyDelete
  2. Abe kie x pernah makan d sini. Cuma lalu aje sbb payah nak dpt parking.

    ReplyDelete
  3. Ya allah...kenapa la SA tengok entry ni time ni ha...daging tu...ya allahhhhhhh....mencongkam kalbu tgok

    ReplyDelete
  4. okaaaayyyy kedai ni kita masuk dalam list !!!!
    saya suka hidangan2 macam ni ehehhe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!