SARAPAN DI NONIES KOPITIAM DAN WARUNG KAK YAH KAMPUNG PASIR - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SARAPAN DI NONIES KOPITIAM DAN WARUNG KAK YAH KAMPUNG PASIR

 Assalamualaikum...

DAH lama tak keluar bersarapan dengan kawan-kawan pejabat. Biasanya setiap pagi, hanya Fidah jer yang akan keluar sarapan. Sk lebih suka membawa telur separuh masak yang telah disediakan awal di rumah. Kadang-kadang, kalau telur dah habis, Sk cuma minum jus atau nescafe. Tengahari baru keluar makan. Naza pun sama, bawa roti atau nasi goreng di rumah. Tengahari baru kami tapau lunch dari Cafe Kak Sab, dalam kawasan kolej juga. Fidahnya memang jenis makan berat waktu pagi dan tak makan tengahari. Sk pulak, kalau pagi dah makan berat, tengahari tetap lapar, camno?? Jadi, lebih baik breakfast yang ringan-ringan jer, supaya tidaklah gemuk sangat di akhirnya nanti, hahaha.

Disebabkan dah lama tak keluar makan bersama, jadi kelmarin, Sk mengajak Fidah, Naza, Aida dan Kak Saria bersarapan di Nonies Kopitiam yang page-nya selalu lalu lalang di wall fb Sk. Memang dah berapa kali teringin nak makan di sini tapi sebab malas nak keluar sarapan, tu yang tak sampai-sampai. Sebelum pergi, buka page Nonies nampak ada roti yang dibakar secara tradisional. Terus terbayang roti bakar dengan telur separuh masak dan kopi o panas, tapi bila dah sampai Nonies Kopitiam, lain pula yang jadik, hahaha.


Masuk jer dalam kopitiam, dah nampak deretan makanan di atas meja panjang. Ada Nasi Kerabu, Ketupat Palas dan Rendang, Nasi Lemak, Mee Goreng dan Laksa Johor. Kuih-muih jangan cakaplah, macam-macam warna dan jenis ado. Mula-mula tu dah nampak Laksa Johor bukan main cantik bergulung dalam tipuware empat segi, terus lupa roti bakar, kahhhhh. Nak makan tu, minta mangkuk dan susun cantik-cantik, kita snap pic la, haha. Kamera makan dulu kannnn.


Ini pula pilihan Fidah, Aida dan Kak Saria, Roti Tsunami namanya. Nampak macam Roti Transfer Road pun ado jugak ni, mungkin dapat inspirasi dari sanalah kot, kan kan. Naza pulak makan Laksa Johor macam SK, tak ada sorang pun yang ambil roti bakar dan telur separuh masak walaupun dah namanya makan di kopitiam, haha.


Bunyi dah lama tak keluar makan bersama, kan. Padahal seminggu sebelum tu keluar ramai-ramai pergi makan Nasi Kerabu di Warung Kak Yah Kampung Pasir, hahaha. Macam nilah rupanya kalau dapat kawan-kawan yang sekepala, setekak dan seperut. Setia membesar bersama-sama, bak kata pepatah, kawan baik takkan biarkan kawannya gemuk sorang-sorang, kahhhhhhhhhh!




5 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih