SARAPAN PAGI DI MEDAN SELERA DATARAN DATO' SAGOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

"PUAN maklum ya, yang kami tidak sediakan buffet sarapan?" Beritahu staf RPGC kepada Sk, ketika Sk menambah tempahan bilik.

"Ya, tahu. Tak apa, memang kami kali ni datang nak explore sarapan pagi yang best di Ipoh."

Haaaaaa.. memang kebelakangan ni, setiap kali menginap di hotel, kami akan memilih hotel tidak termasuk sarapan dan kebetulan dalam tempoh PKPB dan PKPP ni pun, kebanyakan hotel tidak menyediakan sarapan secara buffet, jadi.. kami lebih suka bersarapan di luar.

Rancangan asalnya nak bersarapan di Restoran New Hollywood tapi, sebaik sahaja melihat deretan barisan yang panjang sehingga ke hujung bangunan, semua surrender termasuklah Pak Inche. Iman mengajak kami bersarapan di Medan Selera Dataran Dato' Sagor yang dikatakan antara medan selera yang menjadi tumpuan warga Ipoh. Maksudnya, orang Ipoh suka bersarapan di sini. Macam di JB la, orang suka bersarapan di Medan Selera Hutan Bandar, haaaa.. gitu.


Rambang mata juga nak makan apa sebab macam-macam ada. Dari Roti Telur Goyang sehinggalah segala jenis mee dan nasi serta masakan panas. Meja pulak macam tak ada yang kosong. Mujur akhirnya dapat meja di depan sebuah gerai yang menjual masakan Thai. Somtam pun ado pagi-pagi tu.
Cikwa kata, teringin nak cuba Nasi Kaomok, sedap juga, macam nasi arab sikit stailnya tapi Sk lupa nak ambil gambar. Iman makan kuey teow goreng. Pak Inche macam biasalah, semua benda nak di'order' tapi Sk larang sebab dah plan tengahari mesti nak makan nasi, hihi.Dahlah semalamnya, satu hari tak makan nasi, kan.

Tu yang pergi makan Nasi Kandar Ramli Pekan Lama tu.


Untuk Sk, Roti Telur Goyang. Roti dia lagi sedaplah dari yang kat Hollywood sebab lebih garing. Dan lagi, roti kita tu dia dah potongkan kecik-kecik siap-siap sebelum dipecahkan telur separuh masak ke atasnya, senanglah nak disuap ke mulut.  Lepas makan, semasa menuju ke kereta, Sk tengok semakin ramai orang membanjiri kawasan dataran ni untuk berfoto-foto dan ada satu kawasan tumpuan di bangunan sebelah kiri. Rupanya sebelah tu lah, Plan B. Tapi, kami tak pergilah ke Plan B tu, sebab dah pernah pergi dulu makan Ais Kepal dan bergambar di hutan-hutan situ. Kat situlah jugak ada hotel misteri. Hanya yang kental jer la sanggup duduk situ kot, kalau Sk mahu keras kejung tunggu siang, hahaha.

Ke mana kita lepas ni?? Bersambung...
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nice je tengok roti tu, oh ya nak bagitau ni, comelnya kasut hahaha

    ReplyDelete
  2. best nya jalan2 Ipoh.Balik kampung ni nak jalan2 pekan ipoh la. Dah lama tak cari makan kat ipoh.

    ReplyDelete
  3. Dah lama betul tak jalan2 ipoh. Selalu datang memang nak food hunting je 😆

    ReplyDelete
  4. Habis Ipoh akak round ek..kita tak sampai lagi sana nak jenjalannn...

    ReplyDelete
  5. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works

    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:::::: {Universalcardshackers@gmail.com}
    Whatsapp:::::+31687835881
    ®

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!