SOTONG GORENG TELUR MASIN SEMUDAH ABC - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SOTONG GORENG TELUR MASIN SEMUDAH ABC

 Assalamualaikum...

TAK ingat hari apa, baru-baru ni jugaklah, Sk ada pergi makan di Tip Top Ikan Bakar. Masa buat pesanan tu, kami pilih sekeping ikan pari dan sepinggan sotong bakar. Kalau di Tip Top ni, bakar tu bererti bakar sambal. Nanti kita pilihlah nak bakar sambal kosong atau letak kacang botor atau letak petai. Biasanya kami pilih bakar sambal kosong aje. Tapi, rupa-rupanya, sos sambal untuk ikan dan sotong tu, bukanlah sos yang sama dan kami diberitahu sotong bakar sambal dah habis. Dia mencadangkan Sotong Goreng Tepung atau Sotong Telur Masin. Bila dah macam tu, Pak Inche kata, tak cukup lauk, ditambahnya ikan pari lagi sekeping. Bila semua makanan dihantar, penuh meja dengan ikan pari lalu Sk cadangkan untuk terus bungkus jer sekeping ikan pari tu, lagipun kami dah order Sotong Telur Masin juga, membazir nanti kalau tak habis makan. Sebelum dikacau, baik dibungkus dahulu.

Berkali-kali juga pesan dengan Iman supaya panaskan Pari Bakar tu dan masak nasi untuk makan tengahari. Tapi, tahulah, budak-budak sekarang, lebih rela masak maggi dari masak nasi. Hari ahad pun, SK pesan lagi sebab dia dengan babahnya ada di rumah, tapi alasannya babah dah beli nasi campur lauk ayam. Jadi, malam tadi, Sk fikir lebih baik panaskan aje lauk pari bakar tu daripada masak lauk lain atau makan di luar. Biar bernafas sikit peti sejuk yang dah sendat padat tu, haha. Tapi.. takkan nak makan lauk ikan pari yang sekeping jer tukan, dahlah tak berkuah. Dah pukul 5, teringat ada sotong dalam peti ais, terus whatsapp Iman suruh rendam, nak masak telur masin, hihi.


Tak sangka, nak masak Sotong Telur Masin sekarang semudah ABC. Kalau dulu, fikir 8 kali nak masak sebab nak kena rebus telur masin dulu, sekarang ni, tak perlu susah-susah dengan adanya Serbuk Telur Masin Bestari. Seperti tagline-nya.. Mudah dan Sedap, sehingga Iman ingatkan, Sk menggunakan telur masin yang sebenar. Sebab, dalam tepung ni, ada ketulan-ketulan kuning telur masin, hihi.. boleh tertipu Tipah dibuatnya.

Untuk menyalut sotong sebelum digoreng terendam pula, Sk hanya gunakan Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna Bestari. Jadi, tak perlu lagi nak bancuh-bancuh dan campur beberapa jenis tepung untuk mendapatkan sotong goreng yang rangup. Tapi, Sk tetap mengamalkan tips dengan meletak sotong yang telah digoreng ke dalam tapis, bukan letak atas tisu dapur kerana ia akan menyebabkan sotong goreng menjadi lembik.

Kalau dulu-dulu macam nilah caranya Sk nak buat Sotong Goreng Tepung Rangup

Dah.. jomlah kita semak resipi


Sotong Goreng Telur Masin Semudah ABC

Bahan-bahan :

Sediakan sotong goreng tepung dahulu :
4 ekor sotong, dibersihkan dan dipotong selebar satu jari, toskan betul-betul jangan berair
Tepung goreng bestari secukupnya untuk menyalut sotong
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam sotong

Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan tepung bestari dalam plastik, masukkan sotong sedikit-sedikit jangan bercantum, goncangkan plastik sehingga tepung menyaluti sotong.
3. Ambil sekeping-sekeping sotong dan masukkan dalam minyak panas, goreng beberapa minit sahaja, kalau lama nanti sotong keras dan liat.
4. Angkat sotong dan toskan minyak atas penapis.
Tips - Jangan goreng dalam jumlah yang banyak sekaligus.


Cara salut dengan serbuk telur masin.

Bahan-bahan :
Daun kari dari setangkai daun kari
5 - 6 biji cili api, potong kecil
2 tbs mentega/ margerin
2 tbs serbuk telur masin Bestari
Sedikit susu sejat/susu segar/susu tawar

Cara-cara :
1. Panaskan mentega / margerin dalam kuali
2. Tumiskan cili api dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk telur masin, kacau cepat. (masa ni dia dah berbuih-buih)
4. Masukkan susu, kacau lagi.
Tujuan Sk masukkan sedikit susu supaya tidak cepat hangus (cara pada label tak perlu letak susu)
5. Masukkan sotong goreng tepung tadi, kaup balik ratakan sos pada sotong.
Tutup api, siapppp!







11 comments:

  1. Kannn Kak...kita dah pandai juga buatnya sejak guna Bestari ni hehehehe...kalau takkk terlucut manjang tepung hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Okay ngam... Dalah fridge ada sotong.. Dah boleh try dah resepi ni.. Tq2

    ReplyDelete
  3. nampak sedap ni! nak try beli la si bestari ni

    ReplyDelete
  4. kat rumah ada udang je ni...aci tak kalau ammi tukar "hero"nya

    ReplyDelete
  5. senang kan, saya pun baru buat ritu kikiki

    ReplyDelete
  6. Bestari ada campuran telur masin juga yea? Boleh beli dan try resepi ini pulak 😊

    ReplyDelete
  7. Tepung bestari mmg favourite goreng ayam. Tp ena xpenah lg cuba tepung ni. Boleh cuba resepi ni. Mudah je. Tq la bg tips. Sbb ena letak tisu nk keringkan. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    NONTON FILM BIOSKOP TERBARU

    ReplyDelete
  9. kita dah try gak bestari punya ni..sedap gila..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih