NASI KERABU USOP SARAPAN PAGI INI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI KERABU USOP SARAPAN PAGI INI

 Assalamualaikum...

SELALU nampak papan tanda yang menunjukkan tanda jalan ke Gerai Nasi Kerabu Usop ni tapi tak pernah singgah sebab kalau nak makan Nasi Kerabu memang Sk lebih suka ke Kampung Pasir. Tapi, gara-gara tergoda dengan Kambing Bakar yang Sis Lin makan di sini, pagi ni Sk berjaya hasut Pak Inche untuk makan di sini selepas memastikan ada makanan lain selain Nasi Kerabu, hehehe.

 
Nah, untuk orang yang tak makan Nasi Kerabu, ada jugak Nasi Lemak. Sedap jugak Nasi Lemaknya cuma bagi Sk agak lembik, mungkin hari ni jer la kot lembik. Ayam tu pun digoreng terlalu garing, tapi masih sedaplah nasi lemak ni.

Tadi, nampak atas satu meja tu terhidang bihun goreng, macam mengancam jugak tapi sebab memang datang tu nak makan nasi Kerabu jadi kita tahan nafsu jerlah, haha.


Akhirnya Nasi Kerabu Kambing Bakar di depan mata dan ia bukannya hidangan nasi Kerabu yang lengkap sebab tak ada solok lada. Tapi, Kambing Bakar dia wallaweiiii... lembut dan sedap betul. 


Pesanan khas, gaul dulu sebelum makan. Jadi, taklah hambar jerr makan nasi tak bergaul dengan lauk, kan.


Suka pulak tengok hiasan lama yang diterapkan dalam dekorasi gerai ni. Sambil jamu selera, kita jamu mata.


Kaki mesin jahit lama pun turut menarik perhatian mata, hehehe.

Tidak susah nak ke sini, dekat jer dengan persimpangan lampu isyarat memghala ke Kampung Ulu Pulai. Sekali sekala ubah selera di..

Usop Nasi Kerabu
Kampung Ulu Pulai

Wassalam.


12 comments:

  1. betul, makan nasi kerabu kenalah digaul semua baru rasa sebati <3. Dulu huda tak reti makan nasi kerabu, belajar makan pun dengan kawan kat collage dulu. Sekarang dah pandai makan hahahhaaha :P

    ReplyDelete
  2. Woooo! Kambing lagi. Tak apalah, ratah kambing puas-puas, lupakan dulu solok lada yang tak ada.

    ReplyDelete
  3. Eh dah repeat nasi kerabu ye SK :)

    ReplyDelete
  4. perghh kambing bakar tu bukan biashe2..jarang2 nak dapat kalo makan nasi kerabu..

    ReplyDelete
  5. oiit ada kambing bakar.. sedap tu !!
    lagi2 yang lembut empuk..

    ReplyDelete
  6. Nasi kerabu SA Suka yang versi daging bakar...baru sedap..

    ReplyDelete
  7. Kemas nya kedai dia.. Nampak tersusun je ..

    ReplyDelete
  8. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih