NOSTALGIA BISKUT KAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum... 


SEJAK petang semalam,  Sk tahankan hati nak cecah biskut cream crackers ni dalam secawan nescafe o panas.  Bukan apa,  sekali cecah mahu berkeping-keping masuk ke perut.  Padahal tengahari tu,  baru jer makan nasi berlaukkan asam pedas ikan mayong,  bendi dan taugeh,  boleh pulak petang tu tergoda tengok biskut yang kawan letak di pantry,  hihi. 

Dulu,  kami tak panggil ni biskut cream crackers tapi biskut kaka.  Biskut kaka ni ada dua jenis,  kan..  satu jenis kering dan satu lagi berminyak.  Kalau arwah abah memang akan beli yang kering tu,  tak silap brand jacobs  tapi sejak berkawan dengan budak-budak asrama (Sk bukan budak asrama), Sk lagi suka yang berminyak tu,  hahaha. 

Dulu,  biskut kaka ni memang sekejap jer langsai tapi sekarang,  dua tiga bulan pun susah nak kosong tin tu.  Sudahnya,  Sk letak jer di pejabat dan hantar kat rumah Angah.  Iman tak pandai sangat makan biskut ni macam kami dulu.  Celup dalam teh O panas petang-petang,  kadang lepas makan nasi pecahkan dalam pinggan dan siram kuah gulai, hahah.  Paling nostalgia,  letak biskut dalam lesung batu,  bubuh gula pasir satu sudu besar dan tumbuk sampai lumat.  Itulah jajan paling best masa zaman kanak-kanak 😂😂😂


Abaikan Sk makan depan pc sebab malas nak pergi pantry,  hihi. Baru habis sarapan nasi goreng dan maggi goreng sebenarnya ni. Lepas tu teringat angan-angan semalam,  apa lagi kita realisasikanlah sekarang.  Tu pun tahan hati ambil sekeping aje,  hahaha.  Ni bukan pasal takut gemuk tapi sekejap lagi nak pergi Segamat,  karang makan banyak-banyak sendiri yang sakit perut.  Dahlah Segamat tu jauhhhh..  huhu. 

Ada apa gi Segamat? 
Menghadiri walimah Cik Fidah kawan makan-makan office kita tu wak.  Aisehhhh..  Lepas ni dah tak ada geng makan ikan patin😩😩

Selamat Pengantin Baru,  Rafidah
😍😍😍😍 




Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak kita dulu siap beli tin beso kakkk hahaha berebut pepatang makan semangkuk sorang adik badik hahahahha

    ReplyDelete
  2. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  3. ni febret family saya jugak ni kak..haha...tapi kami panggil "roti poq" tak tau la apa sejarahnya haaa...sampai sekarang suka..kat rumah teratai ni pun semua suka, lagi2 jenama Hup Seng

    ReplyDelete
  4. Makan "roti 4 segi" ka SK. Hihihi
    Saya tidak percaya SK makan sekeoing sahaja.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. musim monsoon ni meme ada stok sekkut tawar di umah sbb lapar sokmo. dah la kena PKPB..hujan lagi dingin cuacanya. terus lapar maka cream cracker la yg mudah dimamah. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Makan biskut celup-celup minuman panas ni tradisi turun-temurun eehh...

    ReplyDelete
  7. Dulu pun sama agak suka cicah macam ni..sejak dah x leh minum nescafe memang takde dah mencicah..biskut pun dah malas nak beli..

    ReplyDelete
  8. Ala..teringat masa kecik memang suka sangat makan biskut tumbuk hancur campur gula. Sedap nya.. nak buat sekarang rasa malas la..hahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!