KARI DAGING NOXXA UNTUK MAKAN MALAM - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KARI DAGING NOXXA UNTUK MAKAN MALAM

 Assalamualaikum...


DARI hari ke hari plan nak masak Kari Daging ni tapi asyik bertangguh sebab tak cukup bahan dan lauk sampingan. Walaupun blogger Nur Farahin kata, tak cukup bahan tak apa, janji masak 😝 tapi rasa macam tak best pula. Ini pun sebenarnya tak masukkan daun kari dan bahan tumis, kenapa tah baru perasan kulit kayu manis ilek. Tapi jangan risau, kari Sk masih sedap lagi semestinya menggunakan rempah kari cap O, hahaha.


Sekarang ni viral sana sini orang goreng kubis style mamak ni, jadi SK pun nak jugaklah buat, sekali biji sawi tak jumpa daaaa. Banyak rupanya benda yang tak ada, tapi Sk campak je rempah ratus entah apa-apa janji ada rasa mamak, hahaha... patutnya ada daun kari jugakkan, memang tak ada dan malas nak selongkar dalam peti hikmat. Sebenarnya luar pagar ada pokok kari jiram sebelah yang dah pindah tapi takut dah kena najis haiwan, rela kubeli dari ambil yang tu, yang dalam pasu pulak dah innalillah...


Kalau masak kari daging, wajiblah masak Daging Kicap ni barang 50 gram, hahaha.
Raja Kadarisman (Seniman Bujang Lapuk) mengamuk ko masak asam tak letak belacan, ni nanti ada yang mengamuk merajuk masak kari daging tak ada daging kicap, hahaha.


Selain daging kicap, makan kari tak lengkap tanpa popodom. Ini juga boleh mendatangkan marah masalah. Ini suruh Pak Inche gorenglah, kita dah peluh-peluh masak, hahah.

Kari Daging Sk 

400 gm daging lembu (potong kecik)
2 biji kentang (potong 4)
1 1/2 biji bawang besar (mayang halus)
1" halia (hiris kasar)
Rempah 4 sekawan (rempah tumis)
Minyak untuk menumis
2 sudu makan penuh rempah kari daging cap o
1 sudu serbuk cili faiza
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 asam keping
1 kiub pati lembu
2 - 3  cawan air
2 biji tomato (potong 4)
1 keping asam gelugor
Segenggam cili api hijau (jika suka pedas)

Cara-cara :

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan halia hingga layu, kemudian tumis rempah 4 sekawan.
2. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, masukkan sedikit air, kacau sebati. Tambahkan air sdikit jika agak kering, tumis hingga pecah minyak. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga bahan tumisan cantik.
3. Dalam inner periuk noxxa, masukkan daging dan kentang serta bahan tumis tadi, tambah 1 cawan air, gaul mesra. Tutup periuk, letak knob di pressure. Tekan HP 12 - ON.
4. Bila masa HP tamat, off-kan, tekan butang STIR FRY.. on.
5. Tambah air secawan, kiub pati lembu, asam gelugor dan cili api.. kacau sekejap.
6. Masukkan tomato, off stir fry. Siapppp!


8 comments:

  1. uuishh sedap menggoda nampak lauk2 tu..
    kari daging kalo xdak kentang x ummph.. cicah roti dap jugak tu..

    ReplyDelete
  2. Uish, kari tu, kalau makan esok lagi kaw ni SK.Cicah roti puri sedap nih

    ReplyDelete
  3. Kari rempah cap o mmg terbaik...doakan kita nk beli noxxa juga 😉😉

    ReplyDelete
  4. Kita kalau masak kari takde daun kari memang tak masak kak.. sebab tu tanam pokok kari sendiri, senang nak masak..
    Nak cari mana rempah kari tu kak?

    ReplyDelete
  5. Saya makan dulu papadom tu ya SK... kari daging tu kemudian.

    ReplyDelete
  6. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih