SIAKAP GORENG AIR ASAM UNTUK IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

DISEBABKAN ada makhluk yang tak makan Sotong Masak Kicap, maka untuk dia kita gorengkan ikan siakap dan buatkan air asam sebagai pencicah. Sejujurnya sebagai Johorean, Sk cuma kenal air asam lepas kahwin. Dulu kami cuma buat pencicah guna kicap manis bersama bawang dan cili potong serta perahan jus limau kasturi. 


Air asam tak cukup bahan tapi yang penting ada budu tau. Haaaa.. siapa buat air asam letak budu kita geng! Untuk buat air asam ni, Sk guna pes asam jawa adabi, air masak, budu, bawang dan cili api sajo. Malas nak singgah kedai beli tomato dan daun ketumbar.


Siakap goreng, beli siakap kecik dua ekor sajalah untuk goreng-goreng. Siakap ni memang favourite la, masak apa pun sedap, goreng kunyit pun dah selera beno Iman makan. Jangan tak tahu, Iman boleh buat kuah air asam tu justeru kenalah buat lebih sebab dia nak buat gulai, hihi.



Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Air asam buat kuah banjir sedap wo!! Makan pula dengan nasi panas fuhhh. Tolong masak lagi sekali please..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa, yang garing2 tu menarik nafsu betul hahaha

    ReplyDelete
  3. tak payah air asan pun boleh habis ratah sekor ni

    ReplyDelete
  4. uiiish ini bikin trangkat kalo makan ni..
    sedapnyaa simple2 gini nasi bertambah..

    ReplyDelete
  5. Kang nak buatlah air asam, cecah dengan pucuk ubi...

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa...SA pun suka makan macam ni..adakal buat goreng..lepas tu SA cicah budu...dap!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!