PULUT KELAPA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

HAMPIR selesai rutin Jumaat.. cuma tinggal nak kemas rumah. Kain yang berlonggok dah siap berlipat, yang dalam mesin dah siap bersidai. Sekejap lagi nak masak Sambal Daging untuk makan malam nanti. Aik, awal masak?? Hahaha.. ni sebab sekejap lagi rasa macam nak meronggeng, jadi sebab semalam Pak Inche kata, malam ni nak makan sambal daging, jadi kita masaklah siap-siap sebelum keluar. 


Pagi ni sarapan sorang-sorang baki pulut dengan kelapa minggu lepas, masa Iman masak pasta untuk sarapan tu. Malas pulak nak masukkan link bila menaip entry guna handphone ni. Susah nak touch sana touch sini, copy sana tampal sini. Kalau guna pc baru laju2 sikit nak mengopy paste link, huhu. Untuk Iman, sarapannya Putu Mayam, yang Sk singgah beli masa balik kerja semalam sebab dia tak makan pulut dengan kelapa, rugi.. rugi...

Tapi, yang terpaling Sk suka update guna handphone ni, laju2 jer nak masukkan gambar. Pakai cuit-cuit jer, menderu gambar masuk.. lajuuuu.. nak post entry pun cepat.

Berbalik cerita pulut tu, Sk cuma masak dalam rice cooker macam masak nasi biasa cuma sukatan air dikurangkan. Kelapa parut beli di kedai acheh, minta dia parutkan bahagian putih saja dan Sk kukus dengan sedikit garam. Masa Sk budak-budak dulu, ibu akan goreng sedikit pulut mentah untuk tabur semasa makan tapi Sk terlupa nak buat, semua pulut dah masuk periuk, hahaha.

Lepas ni nak belajar masak pulut dari blog Mak Cella. Suka baca pengalaman beliau semasa ibunya masih bersawah dulu, sebab tu beliau mahir pelbagai kaedah memasak pulut. Bukan saja pulut, malah pelbagai lauk pauk dan penganan mampu disediakan walaupun tinggal di tengah kotaraya Kuala Lumpur. I salute!


Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih


  1. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  2. setuju part update guna henpon tu senang nk up up gambar... berdesup jer... sy selalu buat mcm tu lah kak... draf dulu taip dan msk gamba guna hp nnt kt pc adjust balik mana yg patut.. sy x penah try masak pulut... x kompiden lg.. nnt lah nk belajar dr kwn² blogger yg pro ni

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi try makan pulut kelapa.. ...
    update guna phone senang tapi guna phone tak boleh nak BW :(

    ReplyDelete
  4. Hehehe kita kureng sket pulut kelapa..
    Ala mana nk cr pulut kuning ni...tetiba ngidam lak nak makan...:p

    ReplyDelete
  5. Suka sangat pulut gaul kelapa ni. Regu pula dgn kopi O. Sedapnya SK 😋

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam. ya Allah, pulut kelapa tu sangatlah menggoda nya lahai

    ReplyDelete
  7. saya suka juga makan ni, tambah ikan masin ..perghhhhhh

    ReplyDelete
  8. Patut tetona bontot ni rasa mengembang.. Rupanya ada orang tengah menyebut.. Hihihi..

    ReplyDelete
  9. masa kecil2 di kampung dulu pernah makan ni, mmg sedap..

    ReplyDelete
  10. Suami kita ada masanya kan, datang hangin dia, minta kita buatkan dia pulut kelapa ni kak..ni lama dia tak minta..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!