TAPAU KARI KAMBING 40 HARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum.. 

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) di Johor dan beberapa negeri lagi bermula hari ini.  Selamat ber-pkp lah kepada semua ya.  Semalam,  masa balik ke rumah,  Jalan Skudai arah JB sesak teruk.  Malah,  Sk baca status kawan-kawan kebanyakannya cerita pasal kesesakan jalanraya dan pasaraya macam nak raya.  Sk sekeluarga semalam memilih duduk di rumah. Tidak ada apa yang perlu direbutkan untuk membeli barang keperluan memandangkan sepanjang pkp ini kita masih diberi kelonggaran untuk keluar berdua dengan jarak perjalanan kurang 10 kilometer. 


Alhamdulillah, hajat nak makan Kari Kambing 40 Hari terlaksana malam tadi bila seorang kawan sudi tapaukan semasa beliau dalam perjalanan balik ke JB pagi semalam. Memang Sk ada berpesan kepadanya, jika lalu di KK40H tu, boleh tak singgah tapaukan untuk Sk. Ialah.. lepas tak dapat makan sebab beratur panjang tu, macam teringat-ingat pulak, haha.

Jadi, sebelum pkp, dapatlah kami makan nasi arab ni. Ialah, pkp ni dah tak boleh rentas daerah.. cuma boleh merentas ke hati pembaca Alam Sari jer, ahaks!


Kari Kambing untuk Pak Inche dan Iman. Ramai yang komplen kari kambingnya manis tapi yang pelik masih ramai yang sanggup bersesak demi sepinggan nasi arab dan kari kambing. Cuma yang Sk faham, kari kambing di sini memang manis kerana dimasak macam cara aqiqah. Secara peribadi Sk sendiri kurang gemar masakan kambing ni tapi kalau tengah lapar dan makan panas-panas, ia masih sedap lagi di anak tekak Sk ni, hahaha.


Pilihan Sk ialah ayam. Sejak pertama kali mencuba makan nasi arab dengan ayam, memang Sk dah tak berapa makan kari kambing di sini. Sedap, lagi-lagi kalau ada tomato salsa pedas-pedas, rasa macam makan nasi arab kat putrajaya tu, hahaha.


Sup tulang semalam ada lebih dua ketul, kita panaskan sekali. Rasa lega bila tengok dah tak ada lauk-pauk semalam dalam peti sejuk. Ni tengah pikio apa nak masak untuk malam ni pulak. Ke... nak suruh Pak Inche tapau lauk??? Hahahahahah.. Bini siapa malas bijok sangat nih?


 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tak makan kambing ni ! selalu bila raya ja boleh makan gulai kambing

    ReplyDelete
  2. oh manis ye masakan kambing tu..tp tgk ramai beratur pjg...tk pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  3. Ish... Kambing tu sangat menggugat keimanan.. Hihihi.. Nasinya pun cantik besar-besar. Saya tercari juga beras brand apa yang diguna untuk nasi arab sebab bila makan biji nasinya lebih besar & tak mudah patah. Tidak seperti beras basmathi biasa

    ReplyDelete
  4. Sewaktu hantar anak sambung belajar di Johor dulu, kakak cadangkan makan kari kambing 40 hari, tapi bila sampai terpaksa cancel sebab orang banyak sgt beratur.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!