MAKAN DI NASI PADANG HIGHWAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

DAH jemu rasanya makan tengahari yang dibungkus dari Kafe Kak Sab, hari ini, Sk memandu keluar dari kawasan kolej menuju ke arah Perling. Hajatnya nak makan santai-santai di Nasi Padang Highway atau dalam alamat My Sejahtera-nya, Nasi Padang Damansara Aliff. Masuk sahaja nampak ada tapak kereta kosong depan bundle. Eh, depan nasi padang ada jugaklah kosong, dah sampai nak masuk, rupanya ada motor.. geramnya rasa. Dah macam orang lesen kopi parking terjojol sebab dihalang motor 😡


Tak mampu menolak bila dicedokkan nasi dua centong, hahaha. Sayur pucuk ubi rebus yang biasa Sk ambil makan dengan Sambal Merah Nasi Padang tu tak ada, tinggal sayur peria semangkuk kecik. Terus cakap dengan brother tu, saya habiskanlah ya sayurnya tinggal sikit, kita tolong kemas, senang kerja brother, hahaha.

Lama tak makan Sambal Hijau. Risau jugak sakit perut kalau makan banyak, mujur elok sahaja perutnya. Ikan bakar tu pun dah lama tak makan, ahhh.. semuanyalah lama tak makan, asyik tapau kafe aje. Kena berjimat makan hari-hari supaya boleh makan sedap-sedap pada hujung minggu.


Macam ni la kalau makan tengahari di luar sekali sekala. Tak boleh bayangkan kalau tempat kerja tak ada kafe atau kantin. Lagi la bagi yang kerja di Shopping Mall kan. Rasanya mahu jugak RM20 sehari untuk makan pagi dan tengahari. Belum lagi nak bayar duit parking, tuuuu.. nasibla sekarang masuk tandas dah free.

Bertabahlah!




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau wak makan, kepala ikan tu yang habis dulu

    ReplyDelete
  2. Hahaha...motor & kancil selalu memberi harapan palsu kepada kita...Dari jauh hati berbunga nampak parking...Dah sampai dekat memang boleh berasap telinga ooooo...Apapaun lauk pauk tu menawan selera

    ReplyDelete
  3. untung orang ada kefe di office ni kan

    ReplyDelete
  4. Selalu kena macam tu..pernah terlanggar motor..terus blah,.sape suh paking situ kan...parking keta pi parking moto...lantak la...sedapnya lauk tu...itu yang buat makan bertambah tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!