KURSUS DAN MAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM, Sk dan sebahagian besar warga kolej, diarahkan untuk menghadiri Kursus Pengurusan Data Peribadi anjuran ibu pejabat. Kali ini, kursus diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. HSM JB ni letaknya di Larkin dan kami tak perlu hadir ke pejabat tetapi terus ke lokasi kursus. Yang kelakar, bolehlah pulak guna waze bila dah nak masuk kawasan Larkin tu sebab kawasan tu dah dinaiktaraf, jadi agak mengelirukan nak masuk ikut mana. Pelik pulak bila waze suruh ikut Larkin Sentral, rupa-rupanya HSM ni sebelah aje dengan Larkin Sentral. Dulu tak perasan sebab tak ada jalan tu, bila dah buat jalan baru, laaa.. sebelah aje dengan Larkin Sentral, padahal tu la dulu tempat berjimba, kahhhh.


Disebabkan kursus bermula jam 9, keluarlah lambat 15 minit dari biasa. Makan jem, rupanya. Dari Setia Eco Business tu dah sangkut. Nasib baiklah bawa bekal roti dan kopi macam biasa. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih jugak sebab sangkut lagi kesesakan di Jalan Skudai hingga Jalan Tun Razak. Masuk jer kawasan hotel, Sk terus letak kereta di bahagian belakang dan ikut susur masuk ke lobi, nampak kawan-kawan pun ramai yang baru sampai dan sedang bersarapan.  Sk nampak mee goreng ni, memang tak pandang lain, la.. sedap giler mee goreng dia, hampir menyamai rasa mee goreng kantin Kak Sab, hihi.


Ni la kawan-kawan yang sampai saing-saing. Taklah rasa terasing bila datang ramai-ramai serentak. Disebabkan waktu untuk bermula kursus lambat lagi, bolehlah makan rilek-rilek jer. Sarapan disediakan secara buffet, selain mee goreng, ada nasi lemak, soto nasi, roti dan buah-buahan. Pukul 10.30, ada minum pagi, Sk tak ambil gambar. Ada pulut serunding, kuih dadar dan samosa kentang.


Lepas sarapan, teruslah masuk ke dewan. Kami ambil dewan yang paling besar di HSM JB ni, iaitu Dewan Seri. Bagus betul sebab Sk memang letak kereta belakang dewan ni. Dulu pernah kursus siap pakej bermalam di sini, tu yang macam faham jugak selok belok HSM JB ni.


Masih ramai yang belum masuk, kita isi kedatangan dulu guna google form. Zaman sekarang, semua di hujung jari. Tapi, ceramah tetap kena dengar. 


Tak sempat nak mengantuk. Jangan kata nak mengantuk, nak tengok handphone pun takut, hahahaha. Masa mula-mula tahu pasal Perlindungan Data Peribadi (PDP) ni, lebih kurang dua bulan lepas, Sk ada bertanya kepada semua adik-beradik Sk, seorang pun tak tahu. Tanya Pak Inche, pun tak tahu. Ada ke pembaca di sini yang tahu pasal PDP ni?

Rupa-rupanya, akta tentang PDP ni masih baru lagi di negara kita. Tahun 2010 baru dibangunkan, 2015 diluluskan dan 2017 baru dilaksanakan. Dua tahun kemudian, negara dan seluruh dunia dilanda pandemik kan, jadi 2022 ni barulah pegawai-pegawai ni mula membuat lawatan di syarikat-syarikat terlibat menyimpan data peribadi ni. Sebagai kolej di bawah Kementerian Sumber Manusia, kami antara yang perlu patuh akta tersebut. Berat... beratttt. Nanti jika ada kelapangan, Sk kongsikan tentang Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)  ni ya.


Pukul 1.10 tengahari, baru selesai sesi pagi. Perut dah mengaruk mintak diisi. Terus laju-laju tuju ke cafe. Pasal makan, nombor satu kau ya, Sk.


Beratur... beratur. 


Ain... orang pertama ceduk nasi, hihihi.


Kelaparan apakah ini?
 Eh, sedap la masakan di HSM Larkin ni. Semua lauk sedap di tekak Sk ni, syukur Alhamdulillah. Ada Kari Ayam, Gulai Udang dengan Nenas, Tauhu Masak Kicap dengan Bebola Daging, Daging Sayur  Pak Choy dan Kubis Goreng dengan Cendawan. Ada ulam dan sambal belacan jugak. Pukul 2.40, baru mula sesi petang. Pun tak sempat mengantuk sebab takut kena soal, hahaha. Pukul 4.30 habis, malas Sk nak tunggu sesi bergambar. Minum petang pun Sk tak ambil, sebab jalan Larkin tu, kalau lepas pukul 5, jem melekat oiiii. Baik cepat cabut.. pukul 5.10 dah sampai rumah, syukurrrr.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronoknyaa, kursus sambil makan. hehe. Tamabh pula dekat Hotel, confirm rambang mata nak pilih. Tak tahu juga pasal PDP ni.

    ReplyDelete
  2. penuh pinggan tu... best kan dpt kursus f2f mcm ni di hotel buffet

    ReplyDelete
  3. kursus yg bagus..makan pun best..

    ReplyDelete
  4. Eh..eh..sama plak mee goreng tu ngan mee goreng SA makan kat KPJ semalam

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!