TONTON FILEM MAT KILAU KEBANGKITAN PAHLAWAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

MEMANG tak sabar-sabar tunggu kemunculan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusuf di pawagam. Asyik-asyik tanya dengan Iman, bila.. bila.. bila? Sejak dah ada anak yang pandai serba-serbi, memang semuanya serah ke dia sajalah. Mak dah malas nak fikir, hahaha.

Beberapa hari sebelum Mat Kilau ditayangkan, asyik suruh Iman buat semakan di internet, sama ada tiket sudah boleh dibeli atau tidak. Sekarang ni, jika nak mudah, beli jer tiket dalam talian. Dah tak payah beratur di kaunter atau mesin layan diri. RM24, kata Iman.. apabila Sk suruh buat tempahan tiket pada hari Jumaat. Mak aihhh.. giler mahai! Congak-congak, RM24 tu, boleh buat makan tengahari paling sikit pun 4 hari, kahhhh. Kalau dua orang, dah RM48.  Tak silap, harga tiket tu untuk waktu tayangan selepas 12 tengahari. Nak murah, tengok sebelum pukul 12, cuma RM12. Waktu tayangannya , jam 10.30 pagi. 

Sk pulak dah buat temujanji untuk hantar dua ekor kucing Sk ke Program Kesedaran Kembirikan Kucing dan Anjing Jalanan, pada pagi Jumaat tu. Jadi, fikir-fikir, tak apa, hantar kucing dulu, kemudian terus pergi panggung. Tanya dengan urusetia, pukul berapa mula pendaftaran? 9.30 pagi, jawabnya. Dah sudahhhh.. karang gedebak gedebuk, macam Pengalaman Kembirikan Anak-Anak Tino sebelum ni, mahu setengah jam jugak baru selesai. Jadi, tukar plan, kita hantar kucing selepas balik tengok Mat Kilau, hihihi.


Filem ni dah mula penggambaran tahun 2018 dan cuma ditayangkan pada 23 Jun 2022 (Tayangan Umum). Pengarahnya, Syamsul Yusof, lebih dikenali dengan filem gangster dan seram, kali ini tampil dengan filem tentang perjuangan anak melayu menentang British yang datang ke Tanah Melayu untuk merompak hasil bumi. Tu satu, dahlah datang merompak secara halus, lepas tu pungut pulak cukai dan buat huru-hara. Sejak sekolah dulu, selalu dengar (baca) tentang Mat Kilau, pahlawan dari negeri Pahang.


Sebelum menonton, buka dan baca semula sejarah Mat Kilau. 

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatuh pada tahun 1847. Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Izzat Chaong pahlawan merupakan adik beradik Mat Kilau.



Macam selalu, pawagam pilihan Sk ialah Golden Screen Cinema (GSC) Paradigm Mall. Kurang 5 minit sebelum jam 10 pagi, dah masuk kawasan mall. Depan pintu utama tingkat bawah, nampak ramai yang sedang menunggu pintu mall dibuka. Sk terus menuju parkir di tingkat atas, rupanya, masih berpalang dan kena naik terus ke aras 5. Dah berpusing-pusing kat situ sebab tak biasa masuk kereta ikut aras 5 ni. Pusing-pusing tu sebab nak cari pintu masuk yang paling dekat, hahaha. Biasalah tu, sayang lemak, kannnn.


Dari aras 5, turun semula ke aras 4 dan terus tuju eskalator yang ketinggiannya menyamai tiga aras. Naik eskalator tu, terus ke aras 7, nampak cuma dua tiga orang sahaja staf GSC. Ada seorang brother tu, mungkin orang pertama sampai, tengah beli popcorn. Sebelum keluar rumah tu, Sk sempatlah makan roti sekeping, macam tak cukup kenyang pulak. Disebabkan takut lapar dalam panggung nanti, beli makanan banyak-banyak, macam mak anak empat, hahaha.

 

Disebabkan pintu dah buka, kami terus masuk. Oh, brother tadi tu pun sama nak tengok filem Mat Kilau juga. Memang kami bertiga aje yang ada dalam panggung tu. 


Memandangkan tak ada sesiapa di belakang, kita foto-foto la dua beranak. Kalau ada orang di belakang, segan jugak nak berswafoto, hahaha. Masa ni, iklan pun belum keluar lagi. Tak lama lepas tu, dah ramai la yang masuk termasuk depan dan kiri kanan kami, tapi tak penuh, la.. Jumaat, kan.. pagi pulak tu.

   

Makan dulu, laaaa. Nanti wayang dah mula, nak kena fokussssssssssss. Nugget tu, sedap sangat, breadcrumb dia tak bersepah pun masa makan. Sosej pun sedap. 


Sk suka cara setiap watak diperkenalkan dalam filem ini tanpa meleweh-lewehkan masa dan membazirkan duit tiket penonton. Filem Mat Kilau ni merupakan filem biografi dalam bentuk fiksyen di mana ada elemen dan watak tambahan tapi tetap ada watak-watak penting yang biasa kita dengar namanya hari ini diabadikan di nama-nama tempat dalam Malaysia ni, contohnya Cameron Highlands. Dari permulaan  filem, sampai tamat.. tak ada satu pun babak yang sia-sia. Mula-mula jer dah tersayat-sayat hati tengok babak pertama dalam filem ini apabila bangsa penjajah ni membunuh seorang demi seorang orang kampung termasuk kanak-kanak yang tidak melawan, pun. Kagum tengok seorang adik tu, pandai betul dia berlakon nak mati.


Dato Adi Putra membawakan watak Mat Kilau. Tak banyak dialog beliau dalam filem ini tapi ada satu dialog yang mencuit hati Sk bila Kapten Syers bertanya, siapa gerangan beliau yang berani menentang British.


Yaya Ruhian ni jarang berlakon baik ya. Tapi, dia punya pergerakan, memang padu la. Belum lagi dia beradu kekuatan, dengar dia cakap jer dah meremang bulu roma. Beliau membawakan watak Toga iaitu merupakan pembunuh upahan tapi nampak macam dia yang lebih sudu dari kuah.


Babak latihan pertarungan dalam filem ni macam ada sikit-sikit unsur filem Hong Kong. Bila dia libas, kamera-kamera pun ikut pusing sampai Sk naik pening. Sk suka aksi Fattah Amin dalam filem ni, rasanya kalau dia diangkat jadi watak Mat Kilau pun okay tapi mungkin sebab Adi Putra nampak lebih senior. 


Secara jujurnnya, Sk tak mengenali pelakon Ali Karimi yang membawakan watak Brahim. Brahim antara sahabat Mat Kilau yang sama-sama menuntut ilmu persilatan.


Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah iaitu bapa Mat Kilau. Dalam filem ni, tak ramai watak wanita. Selain Elly Suriati yang mati awal (tapi memberi impak), ada juga Farah Ahmad yang membawa watak Yang Cik, iaitu isteri Mat Kilau. Patutlah dia bahasakan diri Yang.. Yang.. ingatkan panggilan manja, Sayang.... rupanya, nama dia memang Yang, haha.


Watak Dato Rahim Razali, memang stereotype kan suara DRR ni, bawa watak apa pun, itulah dia. Sarjan Misai atau A Galak, membawakan watak Pak Deris yang terpaksa jadi mata dan telinga British kerana dipaksa oleh 'Detektif Lim', hehehe. Setiap kali muncul watak-watak Gerak Khas, mesti ada dengar suara gelak-gelak tapi sekejap jer, lepas tu memasing fokus semula. Zarina Zainoordin ni juga antara pelakon favourite Syamsul, kan. Kali ni dia bawa watak Rokiah, isteri sahabat Mat Kilau iaitu Wahid. Sk geram tau, rasa nak tolong jer betulkan perut dia, kemahen besar, tahulah sarat, tapi.. agaknya memang tak ada orang nak betulkan sebab ramai lelaki jer dalam filem ni, hehehe.

Bagi Sk, baguslah Syamsul mengangkat Pahlawan Pahang, Mat Kilau. Sekurang-kurangnya generasi muda hari ini, kenallah Mat Kilau dan tidaklah fikir yang negara kita cuma ada Hang Tuah dan Cicakman. Sk juga suka lihat penampilan pelakon-pelakon wanita dalam filem ni yang boleh dikatakan kesemuanya menutup aurat sebagaimana watak Mat Kilau yang digambarkan seorang yang berpegang teguh kepada agama Islam dan bergantung kepada Allah swt semata-mata dalam perjuangannya membela nasib penduduk yang ditindas bangsa British.

Oh, orang kampung dalam filem MK ni, pakaiannya lawo-lawo tau, kemahen meriah warna-warni dan tak ada bertampal-tampal macam biasa tengok dalam filem berlatar zaman silam. Tak mustahillah kan, sebab negeri Pahang digambarkan sebagai negeri yang kaya dengan hasil bumi. Filem ni, ramai yang bagi markah 100/10 (termasuk Iman). Korang ni biar betul, pemurahnyaaaa bagi markah, hahaha. Tapi, memang best laaaa... Jangan pertikaikan soal sejarah dan kebenaran dalam filem ini kerana bila ia dijadikan filem, tentu ada babak dan watak yang ditokok tambah bagi menghidupkan jalan cerita.

Jangan lupa tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di pawagam yang berdekatan.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kak Amie bagi 10/10 markah ulasan SK. Ni yang tak sabar nak tonton ni. Eh... di mana dan bila pulak nak tonton. Sat sat.... tanya gang!

    ReplyDelete
  2. Lama tak tengok wayang ni.. ada alasan kukuh untuk menonton. Dah mula terpengaruh ni.

    ReplyDelete
  3. Tu la dengarnya hari pertama dah rm1 juta..
    Adah & abang dia dah pi tengok..depa dok pujuk saya,saya tak mau pi.Baca review SK ni memang membara pula semangat

    ReplyDelete
  4. ehh ada org kita sendiri pertikaikan bukan hang Tuah yg bunuh si Jebat derhaka tuuh., huhuhu

    ReplyDelete
  5. hihi nk try gi tgok esok ngn famili

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!