KEUTAMAAN ISTIGHFAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ

🕌INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT🕌

📆 *TARIKH : 14 MUHARRAM 1444H/ 12 OGOS 2022*

📜 TAJUK : KEUTAMAAN ISTIGHFAR DALAM KEHIDUPAN



Firman Allah SWT di dalam Surah An Nasr ayat 3 yang bermaksud : Maka ucapkanlah Tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun daripadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.   

👉 1- Bertaqwa kepada Allah SWT.

👉 2- Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dan merupakan salah satu bentuk taubat seseorang hamba kepada Allah SWT. 

👉 3- Suatu kewajipan bagi mereka yang melakukan dosa.

👉 4- Antara kelebihan istighfar :

➡️ Pertama : Dapat menghapuskan dosa seseorang.

Hadith diriwayatkan Al-Imam Ibnu hibban daripada Saidina Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Tidaklah seorang hamba melakukan dosa, lalu dia berwudhuk dan melakukan solat 2 rakaat, lalu beristighfar kepada Allah SWT atas dosa yang telah ia lakukan kecuali Allah SWT akan mengampuni dosanya”.

➡️ Kedua : Dapat membersihkan dari segala penyakit hati seperti riak, sombong dan sebagainya.

Hadith diriwayatkan Al-Imam Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan sesuatu perbuatan dosa, maka hatinya ternoda dengan 1 titik hitam. Jika ia meninggalkan dan beristighfar (memohon keampunan) serta bertaubat, nescaya digilap hatinya”.

➡️ Ketiga : Membantu dalam menghadapi ujian hidup.

Hadith diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud daripada Ibnu Abbas RA bersabda bermaksud : “Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar daripada setiap kesempitan dan kelapangan daripada segala kegundahan serta Allah akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka”.

➡️ 5- Hendaklah beristighfar setiap hari kerana Rasulullah SAW yang terpelihara daripada dosa pun beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari. 

👉 6- Mengakhiri khutbah, marilah beristighfar kerana perbuatan dosa akan menjadi penghalang seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar Ayat 53 : Katakanlah wahai Muhammad : “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Waallahu’lam.

#Disediakan oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ

#FasaEndemik

#Lindungi diri, Lindungi semua

#Pertahankan Islam, Tolak Liberal

#SemogaJauhMusibah

#PrayForPalestine

📌 https://www.facebook.com/863290977046587/posts/pfbid0KYc7a7s5F6pZMAyuApthAFRDvvhQnzRN4T3BAW4RZ954VhPxKtaLpbVkuMysAscWl/

📌 Lawati & ikuti FB Page kami di:

- https://m.facebook.com/imarahummah

📌 Ikuti & Subscribe juga channel kami di: Channel YouTube/ImarahMedia @ 

- https://www.youtube.com/c/IMARAHMEDIA

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!