SPICY CREAMY TOM YUM SPAGHETTI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum wbt

DUA hari ni, Sk keluar awal ke pejabat. Siapnya awal, mahu tak keluar awal. Dah mengalahkan macam zaman hantar Iman ke sekolah dulu. Tapi, tak sangkalah pulak, bila keluar awal, sesak dalam kawasan perumahan. Mungkin ramai ibubapa yang keluar hantar anak ke sekolah. Tapi yang bagusnya pulak, sebelum jam 7.30 pagi, Sk dah sampai di persimpangan lampu isyarat Perodua Tampoi. Jadi, taklah perlu berebut-rebut di situ, perjalanan lancar hingga ke pejabat.


Nampaknya, betul-betul tak boleh move on dengan Pes Tom Yum jenama Kung Thai ni. Kali ini, dengan menggunakan pes yang sama, Sk masak menu fusion pulak iaitu Spaghetti Tomyam tapi kita letak nama komersial sikit la. Letak nama macam dalam buku menu kat restoran,haha.

Spicy Creamy Tom Yum Spaghetti

250 gram Spaghetti (1/2 bungkus)
1 ekor sotong, bersihkan, potong bulat
4 ekor udang sederhana, bersihkan buang urat hitam
1 mangkuk kecil isi ayam
1 bungkus kecil cendawan tiram
4 ulas bawang putih dicincang
1/2 labu bawang holland dipotong dadu
7 tangkai cili padi dihiris
2 akar ketumbar
2 helai daun limau purut
3 sudu besar pes Tom Yum Kung Thai Brand
1/2 cawan susu cair
Garam secukupnya
1 biji tomato potong 8
Daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya 

Cara-cara :

1. Didihkan air, apabila sudah mendidih, masukkan 3 sudu minyak masak dan 1 sudu garam.

2. Masukkan spaghetti, rebus selama 12 - 13 minit (ikut arahan pada label). Kacau sekali sekala supaya ia tidak melekat satu sama lain.

3. Dalam kuali, panaskan 1 sudu minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih dan akar ketumbar  hingga wangi.

4. Masukkan isi ayam, kacau sekejap, kemudian masukkan bawang holland, masak hingga bawang layu.

5. Masukkan pes tom yum, daun limau purut dan susu cair, kacau sebati, kemudian masukkan sotong dan udang.

6. Masukkan cendawan dan cili padi, kacau sebentar.

7. Semasa memasak, bajet masa agar ketika ini, spaghetti sudah cukup masa direbus. Angkat terus spaghetti (gunakan senduk spaghetti khas) terus masukkan ke dalam kuali dan gaul bersama hingga sebati. Tabur sedikit sahaja garam, gaul lagi hingga mesra.

8. Akhir sekali, masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar ketika menghidang.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!