KENANGAN MENGUSIK JIWA DI GALLERIA KOTARAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM, Iman ikut lagi Sk ke pejabat. Dia baru teringat, lupa nak cetak sijil Anugerah Ketua Jabatan dan Anugerah iPAD 3.5 Politeknik yang diterima dalam bentuk softcopy. Benda tak nampak, kan.. memang lupalah. Padahal, hari ahad, dia pergi lagi ke Pejabat Daerah dengan Pak Inche untuk pengesahan sijil lain. Dipesan oleh urusetia pengambilan pelajar dalam grup whatsapp, agar hantar apa sahaja salinan sijil yang ada. Lagi banyak, lagi baik, katanya. Kelmarin, baru dia teringat, lupa tentang sijil softcopy tu.  Jadi, semalam, menghampiri tengahari, kami ke pejabat daerah lagi untuk minta pengesahan sijil yang telah dicetak. Kali ni, Sk tunggu dalam kereta. Iman kata, hari tu pun babah tunggu dalam kereta aje.

Rancangnya, selesai urusan, nak makan Nasi Ayam Kee Chup, tapi lupa, Selasa tutup daaa. Terpaksalah pusing lagi sekali, Jalan Trus tu sebab nak pergi ke Warung Kelantan@ Pokok Ceri pulak yang terletak depan Telekom Malaysia sebelum kedai nasi ayam. Bila dah sampai depan Galleria, Iman terus beri idea untuk makan di Medan Selera Kebayan. 

Disebabkan dah terlepas jalan masuk medan letak kereta yang terletak di sebelah kanan Galleria, Sk ambil keputusan untuk letak kereta di dalam Galleria yang menghala ke tingkat atas. Dah sampai tingkat paling atas sekali pun tak ada kosong. Terpaksa turun semula dan naik ke sebelah sana pulak. Hah.. berbaloi bila dapat pemandangan Bukit Timbalan ni. 

Saujana mata memandang pemandangan bandaraya Johor Bahru. Terserlah kemegahan Bangunan Sultan Ibrahim dan terbentang Selat Tebrau yang memisahkan antara Johor dengan Singapura. Haaa.. yang sebelah sana tu la, Singapura. CC : Suria Amanda 😝

Kami terus mengambil lif turun ke aras bawah kerana medan selera yang dikenali sebagai Kebayan terletak di aras paling bawah atau LG. Semasa makan tu, ramai remaja yang baru sampai untuk makan tengahari. Tengok gaya, macam pelajar kolej. Teruslah Sk terkenang semasa dulu dan terimbau nostalgia zaman belajar. Sk ni tak pandai sekolah, UPU pun tak dapat. Lepas berhenti kerja yang tak sampai setengah hari di Mun Loong tu, Sk nekad belajar di Kolej Kejuruteraan milik Syarikat Swasta yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak. 

Biasanya kelas kami cuma setengah hari aje. Lepas kelas tamat, sama ada Sk akan ambil bas di seberang jalan untuk balik terus ke Skudai atau ambil bas yang menghala ke pusat bandaraya. Tujuan ambil bas ke pusat bandaraya tu bukan saja nak melepak kat bandar ya tapi bas yang menghala ke Skudai tu gila. Kadang lambat, kadang tak ada, hahaha. Jadi, pilihan yang paling selamat ialah ambil bas ke pusat bandar, turun di Pejabat Pos Besar (kami sebut PO) atau turun di Sungai Segget dan kemudian ambil bas lain yang menghala ke Skudai. Kalau ambil bas di bandar, ada banyak pilihan la.. boleh naik bas ke Taman Perling, Taman U, Pontian atau Kulai. Tapi, pilihan Sk biasanya bas Taman U la, sebab nak saing dengan Asmidar, untung-untung dapat naik bas Abang Ramli bawa (abang ipar As), tak payah bayar tambang, hahaha.

Tapi, ada masa, terlebih tenaga. Lutut masih kuat, badan pun ringan, kan. Kami berjalan kaki dari Jalan Tun Abdul Razak tu sampai Galleria (dulu dikenali sebagai Plaza Kotaraya) Cuba sekarang, mahu terkencit agaknya, hahaha. Kami jalan kaki tu supaya bolehlah jimat tambang satu bas lagi. Kumpul.. kumpul.. kumpul duit tambang yang tak digunakan tu, bolehlah kad dang-kad dang singgah makan dulu di Medan Selera Kebayan yang masa tu terletak di aras paling atas, tak silap Tingkat 5. 

Kalau makan di Kebayan, jaranglah Sk makan nasi campur sebab takut duit tak cukup. Sk akan pesan makanan panas yang telah diletakkan tanda harga saja. Antara makanan yang selalu Sk pesan ialah Nasi Tomato dan Nasi Goreng Cendawan dengan Teh O Ais Limau. Itu jer la yang diulang-ulang sampai Abang Jamil mampus. Kad dang-kad dang, Sk makan di KOMTAR. Dekat sana, Sk selalu makan di sebuah restoran nasi campur tapi cuma ambil lauk sambal bilis petai dengan telur dadar, tak berani ambil lauk ayam, hahaha.

Tapi, kan.. Sk ada seorang kawan lain kursus ni, namanya dirahsiakanlah ya. Dia, kalau kita kata tak nak makan sebab tak cukup duit, dia sukarela akan belanja. Banyak seh duit dia. Masa tu, Sk tak tahulah dia anak orang kaya ke, tauke balak ke apa. Tapi, dia memang selalulah belanja sama ada di Medan Selera atau di Restoran Ayam Goreng Yummy yang terletak di KOMTAR, siapa masih ingat restoran tu, memang otai JB laaa.. hahaha. Sk suka makan Soto Madura dia, sedap la di tekak Sk masa tu. Zaman remaja kan semua sedap.

Jadi, satu hari tu, Sk ikut kawan Sk tu balik rumah dia (tempat dirahsiakan). Sampai jer dekat pagar kecik nak masuk kawasan rumah dia terserempak pulak dengan adik dia yang masa tu tak silap masih tadika kot. Dia seluk kocek beg dan pas duit pada adiknya, pesan suruh beli air gas. Zaman tu, kau mampu beli air gas, kira kaya la kan, hahaha. Kagum Sk. Dia kata, rumah dia ada air sejuk aje, jadi dia belikanlah Sk air gas. Rumah dia besar dan banyak bilik tapi bukan rumah sendiri.

Kemudian, kami jalan kaki ke kedai makan mak dia. Pertama kali la Sk datang sana. Dia ambilkan Sk nasi dan suruh ceduk jer apa lauk nak makan. Sk tak ingatlah makan lauk apa, tapi taklah ambil banyak, segan kot. Lepas makan, cuci tangan apa semua, kami nak balik ke kolej, dia cakap ngan mak dia, nak duit belanja. Mak dia kata, ambil sendiri. Dia terus buka penutup tong duit atas para kedai dan cekut semampunya tangan duit kertas dan siling yang ada, hahahaha. Patutlah banyak duit.. hahaha.. terkejut Sk tau. Mak abah kita, kalau bagi duit belanja, siap pesan, ada lebih, pulang, hahahahahaha.

Plaza Kotaraya ni mula dibuka sejak zaman Sk sekolah menengah. Dulu.. dulu.. dulu, Johorean shopping di Holiday Plaza atau masa SK kecik-kecik, abah selalu bawa makan ais kacang di Emporium Jalan Meldrum tapi semenjak ada Plaza Kotaraya ni, dah ada pilihan lain la dan ia jadi tumpuan masyarakat melayu untuk membeli-belah. Plaza Angsana atau Angsana Mall belum ada lagi tapi rasanya tahun 1997 tu Plaza Angsana dah dibuka di Tampoi yang dibanjiri warga melayu Singapura setiap kali bulan puasa sebab nak cari baju dan kuih raya. 

Kini Galleria menjadi tumpuan warga Johor setiap hari kerana ada Pusat Transformasi Bandar atau dikenali sebagai UTC (Urban Transformasi Centre). Senang, disatukan semua jabatan kerajaan termasuk bank di bawah satu bumbung. Sk sendiri memperbaharui kad pengenalan dan lesen memandu di sini.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah dah tukar nama rupanya... terigt zaman sekolah, selalu ikut mak gi kedai Ban Thye depan kotaraya ahhaha

    ReplyDelete
  2. Siap petik nama kita tu x tahan..sabau ye...nanti kita kawen ngan org JB...kita terjah semua....x sabarnya nak jumpa SK nanti...

    ReplyDelete
  3. Ada hikmahnya tak dapat makan Nasi Ayam Kee Chup, dapat jamu mata dengan permandangan indah. Bagus lah kawan akak suka belanja. Saya pun dulu macam dia jugak masa zaman sekolah rendah mak abah ada kedai makan. Nak duit belanja buka laci je. hehehe..tapi taklah kaut sekautnya. Ambil sekadaran duit belanja je. Lama tak dengar emporium. Dulu masa kecik selalu dengar mak mak sebut emporium.

    ReplyDelete
  4. Masa belajar kt UTM Skudai tahun 1997 dulu, kotaraya ni la tempat selalu g lepak2, makan2, beli brg2. Lepas tu Angsana siap, lepak Angsana. Masa Angsana siap, jalan tepi Angsana tu x siap lagi, turun bas, lalu la kt jalan berdebu2 tu. Bulan 6/2022 g JB, dh x igt mana tempat dah pun. G juagak Galeria ni sbb ada urusan kt JPJ kt UTC kt dalam tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!