MAKAN SEMPENA ANNIVERSARY DI MEATVKING BISTRO

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


KALAU tahun lepas, sempena anniversary, kami menikmati masakan Thai di Restoran Carabao, tahun ini, Pak Inche bersetuju untuk ke restoran ala barat. Kami ke MeatVKing Bistro di Kulai. Sejak laluan keluar lebuhraya Pulai Jaya dibuka, Kulai dengan Pulai cuma dalam 10 minit sahaja.


Pelik Pak Inche ni, tahu aje kalau ada pembukaan mana-mana restoran baharu mengalahkan Tuan Tanah Kedaung. Haaa.. tulah sebab Sk pernah beritahu, Pak Inche ni la tulang belakang Blog Alam Sari Di Tanah Jauhar ini merangkap penaja 😍


Kami diberikan menu dan kertas untuk pesanan makanan. Senang cara macam ni, belek menu dan catat nombornya pada kertas pesanan.

        

MeatVKing Bistro yang pertama dibuka di Kulai berkonsepkankan Texas Barbeku dan Burger. Tagline-nya, Lets Feel The Smoke. Jom tengok menu!


Tiga pilihan menu main course iaitu daging lembu, kambing atau ayam. Boleh pilih sama ada nak makan dengan nasi, roti (burger) atau begitu sahaja. Bagi 'barbecue meal' untuk daging lembu, ada dua pilihan iaitu bahagian rib atau brisket di mana bahagian rib tu harga yang dipamerkan adalah mengikut per 100 gram.


Ada pilihan set family atau bagi yang nak berkongsi dengan kawan-kawan.


Mereka menghidangkan nasi mentega bawang putih.


Menu minuman.


Gelasnya ada kelas!


Geli hati Pak Inche celup sos tapi lupa buka tutup sos. Semua sos dia dah siap pek dalam bekas, kebersihan tip top!


Tuan Tanah Kedaung lapar nasi. Sk ambil Smoked Lamb with Rice. ada dua hidangan sampingan iaitu Coleslaw dan Seasoned Fries juga ada sup kosong. Ni, kalau ada Sos Harrah, dah macam makan nasi arab.. sedap dan mengenyangkan. Kalau suka nasi basah-basah, boleh tuang sup sikit atas nasi tapi Sk hirup aje dari mangkuk tu dah macam hirup rasem lepas makan nasi daun pisang, hahaha. 


Pak Inche dan Iman ambil Barbecue Meal. Pilihan Pak Inche, Ribs, yang ni RM32.50/100 gram. Staf akan beri contoh saiz dan berat rib untuk kita sesuaikan dengan bajet kita. Ribs Pak Inche ni RM91.55. Juga datang bersama coleslaw dan seasoned fries serta sebiji roti mantao yang shomel.


Iman ambil kambing atau Smoked Rosemary Lamb. Cara masakan disini secara salai. Impaknya, daging menjadi lembut. Puas hati sangat dengan kambingnya, tak ada tulang-tulang dan sangat juicy.


Aaaaaaa... memang terlalu sedap ya ampunnnnn, hahaha.


Kurang RM3.15, RM200. Apa salahnya untuk hari yang istimewa. 


Licinnnnn.

        

Dekorasi restoran yang ringkas dan santai. Ni dah pukul 10, sebelum tu, ramai jugak pelanggan cuma tak penuh. 

        

MeatVKing Bistro

127, Jalan Kiambang 14, 
Pusat Komersial Indah,
Bandar Indahpura
81000 Kulai, Johor

Waze : meatVking

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya. Teringin hendak rasa salai ala Mexican.

    ReplyDelete
  2. Patutnya SA pi sini masa kat Kulai...x ingat sebab apa ntah masa ni...tu yang sambut kat Menate...by the way..wish kat sini plak..Happy Anniversary SK...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya PI maha tahu tempat baru makan dibuka. Seronoklah SK selalu dapat rasmikan makan bersama-sama hahahaa.
    Sesekali bayar harga kayangan, tak apa kan SA. Untuk meraikan dan menghargai apa salahnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!