SIAKAP STIM HONGKONG & BABY KAILAN OYSTER

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

MASAK Siakap Stim Hong Kong beberapa minggu lepas. Hurmmm.. tak senonoh sungguh gambarnya sebab ada orang tu kelam kabut nak makan, lapar sangat katanya, tak makan tengahari. Ikan tu entah dah berapa lama beli sampai jadi kayu, rasa pun dah macam kayu. Eh, pernah ke makan kayu??? Hahahaha. 

Bahagian tengah ikan letak serai, serainya pulak disimpul atau diikat. Ibu Sk kata, tu petua nak ikat suami. Petua orang dulu-dulu, tak tahulah masih relevan lagi tak, kalau dah nama lelaki, kan.  Kadang fikir, macam manalah yang suaminya kacak dan lawa tu, tak cemburu ke? 

Baby Kailan Goreng Oyster ni wajib jika masak ikan stim di rumah. Cuma guna tiga bahan iaitu minyak masak, bawang putih dan sos tiram.

Masa makan kena ada cili padi potong dicurah sedikit kicap cair, untuk kurangkan rasa hanyir ikan tu dan bagi pedas-pedas sikit. Pedas-pedas barulah meriah, tak gituuuu.

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Petua ikat suami dengan serai ye SK hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Antara masakan yang saya selalu fail ialah ikan stim🤭

    ReplyDelete
  3. Dah sama macam kat kedai ni...mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  4. ahhhh gitu petuanya...
    betullah dulu pun terfikir..suami ammi yg rupa pecah rumah ni pun kadang2 kita cemburu juga...kalau yg handsome nak toleh pun tak sanggup tu camna agaknya hati isteri tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!