PUDING KASTARD BERSOS KASTARD

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

RASA bersalah selagi tak buat lagi Puding Kastard untuk Pak Inche. Petang, sehari sebelum puasa, Sk singgah kedai beli bahan untuk memuding.


Sk buat sukatan yang sama iaitu:

1 mug Tepung Kastard
5 mug air
5 sudu rata gula pasir

Hari tu, Sk letak 3 sudu adunan saja dalam setiap bekas, dapat 25 bekas, kali ini, Sk letak 4 sudu adunan, dapat 17 bekas. 


Untuk kuah susunya tu, Sk buat 1 tin susu sahaja. Sk masukkan juga tepung kastard nak bagi pekat. Hari tu tak letak sebab tepung kastard habis, hehe.

1 tin susu sejat
1 tin air
4 sudu gula pasir
2 sudu rata tepung kastard

Kuah susu lebih pekat dan berlemak bila kita masukkan tepung kastard. Ngam sukatan tu untuk 17 mangkuk kecil puding.


Nah.. makanlah berulang-ulang sampai puas. Tapi, tulah.. memang tak jumpa buah koktel import ya, ada lokal aje.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau kat KL ni kat pasaraya marhaen pun jarang ada..ada kat Jaya Grocer atau Village Grocer..bab ni SA angkat tangan la kalau suruh buat walau resepinya simple je...hehehe..kuih2 or dessert SA failed walau dah berulangkali buat..

    ReplyDelete
  2. senang je resepi nya tu...boleh cuba jugak nanti nie..makan sejuk2...sedap betul...slaam kenal ya dari Linda

    ReplyDelete
  3. Tetiba rasa nak jadi jiran SK la...🤭

    ReplyDelete
  4. Terasa sejuk lemak manis lintasi tekak... sluurpp..sluurrppp! Ahhh.... nyamannya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!