INILAH MASALAHNYA KALAU MAKAN DI TIP TOP IKAN BAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SEAWAL pagi semalam, Sk dah hantar mesej dalam grup whatsapp family bahawa Sk tak akan memasak untuk hari itu. Tak kisahlah cara mana pun nak makan, tapau ke, makan di luar ke, janji tak masak, huhu. Pak Inche pilih nak makan di Restoran Lapan Kati, Iman pulak kata, lama tak makan ikan bakar di Tip Top, asyik makan Lapan Kati jer... Ya, dalam tempoh seminggu, dua kali kami makan di Lapan Kati, Sk belum post lagi kat sini, tungguuuuu.


Selepas mengikut suara majoriti, Pak Inche mengalah kali ni. Kami ke Tip Top Ikan Bakar. Bagi Sk, belum ada mana-mana gerai ikan bakar yang dapat menandingi kelazatan sambal ikan bakar di sini. Cuma.. satuuuuu jer masalah kalau makan di sini, boleh naik angin tunggu nasi putih tak sampai-sampai, hahaha. Tengoklah, lauk semua dah terhidang, nasinya belum dihantar. Geram betul!

Tip Top ni dia tak jual nasi sekali. Dia cuma jual lauk aje, kalau nak makan nasi putih ke, nasi goreng ke, sayur ke, kena pesan dari kedai lain. Nak minta nasi putih tiga pinggan pun bukan main lambat lagi, begitulah setiap kali. Iman kata, lain kali kita bawa nasi dari rumah, senang. Bukan nasi jer kena bawa, kena bawa sudu garfu jugak, sebab di sini cuma ada sudu plastik, tak puas menyuap, hahaha.

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ooo saya setuju dengan iman, lain kali bawak nasi dari rumah..hahahahah

    ReplyDelete
  2. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  3. suggestion dari Iman tu boleh diketengahkan...jimat di situ

    ReplyDelete
  4. Uish makan dengan air Asam nasi putih

    ReplyDelete
  5. Hahahaha yee Kak, pernah dulu makan nunggu nasi hahahahaa...lagi satu masaalahnya , masuk sini mesti laparrrr

    ReplyDelete
  6. kedai makan kalau bercampur2 ni memang gitu lah masalah nya.

    Boleh ke bawak nasi dari rumah?? satu cadangan yang bagus tu.

    ReplyDelete
  7. kalau ikut tak susah pun dia nak tanak nasi, rugi dah dia kat situ huhu

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi try makan sini..tapi susahlah kalau nasi lambat sampai..boleh hangin satu badan!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!