MEE REBUS SUNGAI CHAT YANG SEDAP KINI DI THISTLE JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


JIKA anda penggemar Mee Rebus, Sk ingin mengajak anda untuk menikmati keenakan 
Mee Rebus Sungat Chat yang kini boleh didapati di Glass Restaurant, Thistle Hotel Johor Bahru.
Siapa yang mampu melupakan keenakan Mee Rebus Asli Johor iaitu hidangan mee kuning dilimpahi kuah yang pekat, taugeh, hirisan tauhu dan taburan keropoknya yang rangup. Lebih kick lagi dengan hirisan cili hijau dan telur rebus serta perahan jus limau kasturi, pasti licin sepinggan mee rebus. 


Melengkapkan lagi sajian Johor pastinya dua keping otak-otak yang dibakar sempurna. Ia boleh anda nikmati sebelum menyuap mee rebus atau boleh sahaja disuap bersama supaya lebih mesra, ibarat kata, tepuk dada tanya selera. Sudahi hidangan anda dengan secangkir teh tarik, ahhhh.. sungguh terasa nikmatnya.


MEE REBUS SUNGAI CHAT
Ianya boleh didapati mulai
🗓 2 November 2020 sehingga 30 November 2020
⏰ 12.00pm - 10.00pm (Isnin hingga Ahad) 
💵 RM14.90 nett per set inclusive of otak-otak and a cup of teh tarik! 
📌 Glass, Thistle Johor Bahru
☎ 07-222 9234
📞 https://wa.me/60127892092 (WhatsApp)

#ThistleJohorBahru #meerebus #sungaichat #lunch #dinner #setmeal #November2020

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tunggu aaarrr mee rebus. Dulu pernah sekali makan mee rebus di Plaza Angsana Johor Bahru. Mee Rebus Pak Wahid ke apa namanya. Malam-malam lepak di... mana entah pasar malam, makan otak-otak pulak. Sedap sangat otaknya, makan sampai 7 bungkus!

    ReplyDelete
  2. Mee rebus ni saya suka kalau taugeh tak celur macam ni.banyak kedai saya pergi mesti di celurnya taugeh tu..Tak syok nak makan.

    ReplyDelete
  3. sangat2 berbaloi dengan reganya tu!

    ReplyDelete
  4. price dia not bad kan.. ada udang besar lagi with teh tarik

    ReplyDelete
  5. SA penggemar Mee Rebus..nanti nak pi JB la...and boleh la jumpa sis Sari pekena Mee Rebus...x kisah la kat mana- mana..janji sedap Mee Rebusnya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!