NASI BERIANI SELERA MAK NGAH YANG SEDAP DI TEKAKKU

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

CERITA balik dari Melaka

Walaupun pada asalnya ingin sangat nak window shopping dulu di Shopping Mall Melaka dan makan Asam Pedas Hajah Mona yang dibuka jam 5 petang sebelum balik ke JB, namun memikiokan esoknya Sk bekerja dan yang lebih penting lagi sebenarnya meminimakan pergerakan dan perjumpaan dengan orang ramai, kami memilih  untuk terus balik ke Johor selepas check-out. Cuma, bila teringat berapa kali lalu depan Muzium Samudera tu tak ada orang, tu yang kami pergi ambil gambar dahulu di entry Sepi Sebuah Bandaraya Bersejarah tu. Hati jugak teringat-ingat Nasi Beriyani Kenduri Muar yang terletak berhampiran bulatan mahkota Bandar Maharani. Sk tak tahu nama sebenar kedai beriyani tu, tapi nasi dan lauknya diletak dalam periuk besar macam rumah kenduri, hehehe. Hampa betul bila sebaik sahaja kami sampai, tengok periuk semua dah diangkat sedangkan biasanya masa-masa macam kami sampai ni selalu ada lagi jualannya.

Pak Inche mengajak untuk makan Beriyani di Batu Pahat saja, tapi kalau layankan Pak Inche, mahu dua jam lagi baru sampai Batu Pahat. Sk terus buat carian di facebook dan ditemukan dengan Restoran Nasi Beriani Istimewa Muar yang terletak di Taman Seri Temenggong. Punyalah semangat, tapi... tak ada pun kedainya??? Bila tengok semula page tu, rupanya posting tahun 2018 ko... huwa huwa huwa.


Tapi, ada satu restoran berhawa dingin di lokasi yang sama, namanya Selera Mak Ngah. Lama kami berhenti depan restoran ni sebab macam tak ada pulak nampak kat dalam restoran tu ada jual nasi beriani ke tak, hahaha. Akhirnya Sk turun dan bertanya kepada staf restoran. Oh, memang ada beriani dan pelbagai masakan lain termasuk nasi ayam penyet dan pasta. Disebabkan memang dah lapar teruk dan tak sanggup nak tunggu sampai ke Batu Pahat, kami terus masuk dan pesan tiga pinggan Nasi Beriani Kambing, mbekkkkk. Oh, ya.. air yang paling ngam dengan nasi orang kahwin tentunya Sirap Bandung.


Plating Nasi Beriani yang ala ala hotel. Selalunya nasi beriani jarang dihidang begini. Kalau yang Sk biasa makan, dia akan timbunkan nasi tu adalm pinggan macam kita makan kenduri la kan, tapi dekat sini dia hidang cantik-cantik. Ada pencuk dan keropok (sepatutnya papadom) namun hidangan beriani di Selera Mak Ngah ni langsung tidak mengecewakan tekak Sk cuma Sk lebih suka kalau nasi yang ditimbun dalam pinggan bersama lauknya, lagi puas dan terasa Johorean. 

Masakan kambing ni yang sedang-sedang aje, tak terasa macam kambing beriani sangat tapi daging kambing tu sangatlah sedap dimasak sehingga cukup lembut dan empuk. Senang jer lerai dari tulang dan yang bestnya lagi, sungguh tak lokek letak daging kambing dalam pinggan. Selalu jer Sk beli kambing cuma tulang jer yang besar isinya dahlah tak banyak, melekat pulak di celah tulang tu.

Sk add-on Ayam Masak Merah, Alhamdulillah, memang rasa ayam masak merah, sebab pernah jer terkena ayam masak sambal, dahlah masak sambal, pedas pulak tu. Yang ini memang sedap tak pedas, Sk rekomen la siapa datang Muar, kalau nak rasa makan nasi beriani dalam suasana ekslusif, bolehlah ke Selera Mak Ngah. Walaupun  lokasinya agak tidak strategik sebab terletak di kawasan bukan tumpuan tapi insyaAllah tidak mengecewakan.

Selera Mak Ngah
18A, Jalan Sejahtera 1, Jalan Temenggong Ahmad, 
Taman Seri Temenggung,, 84000 Muar, Johor

Telefon 013 366 5667

Buka setiap hari kecuali Jumaat
10.30 pagi hingga 6.45 petang

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dari gambar pun nampak sedap nasi beriyani tu..

    ReplyDelete
  2. Aduhai.... kamben lagi! Mengembeklah jugak... embbeeekkkk hehehee!

    ReplyDelete
  3. Johor & beriani berpisah tiada..
    Sedapnya ayaq bandung soda tu SK oiii

    ReplyDelete
  4. Selalunya kalau nasi briyani memang dia timbun je. Nasi yang tangkup guna mangkuk gini biasanya nasi kat restoran thai je.

    ReplyDelete
  5. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  6. tekak pon teringin nak makan nasi beriani ni. lama tak pergi majlis kawin kesahnya.

    ReplyDelete
  7. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  8. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!