DAGING MASAK MERAH LAUK MALAM INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

JANJI dicapati ditetapi ditepati!

Disebabkan rasa bersalah semalam, Sk memasak Daging Masak Merah sebagai santapan malam ini. Iman kata, lamanya kita tak makan kat rumah. Pentipu betul, selalu jer makan kat rumah cuma makan tu lompat-lompatlah. Kadang pagi makan kat rumah, tengahari makan kat luar. Tukar-tukar selera gituh.. huhu.

Eh, tapi bukan setakat Daging Masak Merah saja tau, ada satu lagi masakan seafood yang Sk masak atas permintaan Iman. Masak daging tu pun dia jugak yang nak. Kiranya lauk malam ini semuanya permintaan dialah, lauk-pauk yang biasa jumpa kat kedai. Pak Inche siap cakap, kalau tahu tadi, tapau tomyum, hahaha.

Sebenarnya zaman bujang semasa tinggal dengan ibu lagi, Sk selalu jer masak daging merah ni, tapi sejak kahwin tetiba jadi tak pandai, asyik masak kari jer, hahahah. Sk juga baru tahu rahsia memasak daging merah sedap macam di kedai dengan memasukkan sos labu sebagai bahan masakan dan juga memberi warna merah pada daging. Dulu, Sk letak pewarna merah jer.  Sk beli sos ni lama dah, masa Jalan-jalan memburu ayan di Kelantan PKPP yang lepas, ni baru nak cuba dan ternyata sedapppp sekali. Panjang pulak intro...soreiii 😜😜😜😜


Daging Masak Merah

2 ketul daging sebesar penumbuk direbus bersama halia sehingga empuk
4 ulas bawang putih cincang
1/2 labu bawang holland dibelah-belah
5 biji cili api dipecahkan
3 helai daun limau purut disiat
Sos labu secukupnya untuk memerap daging
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu gula
Sedikit minyak untuk menumis



Cara-cara :

1. Hiris nipis daging yang sudah direbus. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan sos labu agak-agak sahaja untuk menyalut hirisan daging. Jangan terlalu banyak nanti pahit. Tambah air rebusan jika agak kering.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum.
3. Masukkan daging, gaul cepat, api sederhana.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, daun limau purut, bawang holland dan cili padi.
5. Masukkan sedikit air rebusan daging.
6. Masukkan gula secukup rasa.
7. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos ikan dah cukup masin.

Siappp!


Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. First time tahu ada sos labu ye di malaysia ni. Ingatkan sos biasa biasa tu je yang ada huhuhu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun ada kawan dok Kelantan bagitau, eh, kan Atiqah berjiran jer ngan Kelantan, hihi

      Delete
  2. Owh,yang kedai siam tu depa guna sos labu ye daging masak merah..baru tahu ni.Tq info.
    yang saya tahu sos labuborang kelantan masak mihun pink...

    ReplyDelete
  3. rajinnyer mak masak kat rumah tuuh.. 😅

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi daging merah ni.. Rasa labu ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pulak rasa labu, sedaplah rasa daging masak merah kita, hehe

      Delete
  5. Kak mana beli botol merah tu, kat sini tak namak pulak yang jual.. nanti nak kirim laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat shopee ada Lin, botol dia jernih tu, sosnya yg merah

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!