NASI KERABU AYAM MADU ABBY

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

SEMASA dalam perjalanan pulang dari Kong Kong, Sabtu lepas, Pak Inche sebut, lama tak makan sup tu ek.. sup apa tu... Bagaikan kimia, otak ni cepat mencerna, padahal pasal makan, memang nombor satu, kan 🤭 Sk terus tanya balik, Sup Kemboja? Aaaa..., jawab PI. Sk terus bersetuju dan kami terus masuk ke Plaza Tol Ulu Tiram. Sampai depan warung, nampak pemilik warung sedang berada di halaman. Gembira sungguh dia nampak kami tapi sayangnya hari tu dia tak berniaga, tak ada rezeki nak makan Kuey Teow Sup Kemboja yang sangat sedap tu 😆

Sebenarnya, masa masuk ke Ulu Tiram tu, Sk teringat Kedai Nasi Kerabu Ayam Madu Abby yang popular di Ulu Tiram. Seorang kawan Sk yang berasal dari Kelantan memuji kesedapan nasi kerabunya dalam fb baru-baru ni. Kalau Kelantanese kata sedap, haruslah kita percaya. Jadi, bila tak dapat Kuey Teow Sup Kemboja, Sk mengajak PI mencari nasi kerabu menggunakan waze sebab tak pernah pergi.


Yey, jumpa. Mujur masa Sk sampai, tak ramai yang beratur, tapi bila selesai jer urusan, orang dah beratur sampai ke kaki lima. Selain nasi kerabu, gerai ini menjual pelbagai lauk-pauk selera pantai timur. Melihatkan nama kedai, tentulah nasi kerabu yang menjadi tumpuan. Nasi kerabunya telah siap dalam bungkusan kertas cuma tinggal dimasukkan lauk mengikut permintaan pelanggan.


Memang rambang mata la tengok lauk, kan.. tapi Sk tak mudah tergoda. Hatiku tetap dengan nasi kerabu walaupun ada lauk hati gajah sekalipun, cintaku tetap pada nasi kerabu 😂. Mujur pulak bersebelahan dengan kedai ni ada kedai mamak, jadi, Pak Inche boleh layan selera dia.


Signature di sini, Nasi Kerabu Ayam Madu. Selalu Sk makan dengan daging, hari ni kita cuba kelainan jika dimakan dengan ayam. Mula-mula kita gaul dulu.. masha Allah.. nasi kerabunya lembab-lembab gitu, boleh jumpa sekuntum dua bunga telang yang dimasak bersama nasi. Ayamnya pun lembut, walaupun bermadu ada madu tapi tak manis...secukup rasa gitu.


Iman memang suka daging jadi, lauk daging bakar untuk dia. Jujur, daging bakar dia walaupun lembut tapi tak ada rasa bakar, aroma bakar pun tak ada. Jadi, kalau datang sini lagi, tak mahu ambil daging la, ambil ayam, sedappp. Tapi lain kali, Sk nak makan dengan ikan percik pulak la 😍. Sebungkus nasi kerabu ayam harganya RM6 dan RM7 bagi daging. Kalau nak tambah telur masin (sebelah) RM1, nak tambah solok lada RM1, tapi masa ni solok lada dah habis pulak.


Di kedai sebelah, PI tapau Set Puri dan Roti Canai sekeping. Puri dan roti canai agak liat, mungkin sebab dah sejuk tapi kentang masala dia sedappppp uiii.


Tapi, yang sebenarnya, masa kat Kong Kong tu, kami dah beli nasi lemak bungkus dan kuih gendang kasturi, hehehe. Dah dapat nasi kerabu, nasi lemaknya letak tepi dulu.  Dah pukul 2.30, ajak PI makan nasi lemak, tapi sambalnya macam dah nak basi, nasinya masih elok lagi. Tapi, apalah erti nasi lemak tanpa sambal.. huhuhu.












Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur aih tgk gambar nasi kerabu tu..

    ReplyDelete
  2. Asyik nampak nasi kerabu dengan set mamak la sarapan kat sini..Agaknya MI ni salah negeri la 🤣
    Mesra selera ni bagus senang nak makan apa2 kan..Sebut Kong Kong teringat Nasi Lwmak Daun Simpor

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!