ASSALAMUALAIKUM wbt
Medan 1
Medan 2
Medan 3
ER cakap dengan saya, tak apalah, kesian, mungkin dia susah, tu sebab nak cari duit lebih untuk family. Tambah 100.000 jer. Saya pun bersetuju saja, dengan niat membantu orang lain. Mungkin dia nak cari duit lebih untuk anak-anaknya sekolah. Memang beberapa kali Pak Sufian ada menceritakan tentang keluarganya. Kos sara hidup di Medan tinggi, anak-anak sekolah, isteri tak bekerja, katanya. Jadi setelah berbincang, dia berjanji akan datang mengambil kami semula malamnya apabila kami telah selesai bersiap.
Sampai di bilik hotel, ER menyuruh saya membungkus beberapa jenis buah untuk diberikan kepada keluarga Pak Sufian dan saya membungkus dengan senang hati dan berniat sedekah. Lagipun banyak juga buah yang kami beli, takkan terhabis semuanyakan. Sampai di lobi hotel, ER menelefon Pak Sufian. Pak Sufian kata dia dalam perjalanan. Sebaik sampai, dia kelihatan tergesa-gesa. Menurutnya, dia baru sahaja mengambil isterinya. Eh! Tetiba pulakkan, tadi dia sungguh-sungguh ajak kita tengok lampulah, jalan-jalanlah, pergi Mall- lah, ni kata baru ambil isteri. Saya serahkan plastik buah tu. "Lalu isterinya di mana, pak?" Katanya ditinggalkan dahulu di suatu tempat bersama anaknya yang bongsu.
Sepanjang perjalanan, sentiasa sahaja ada mesej yang masuk ke telefonnya. Sekejap-sekejap isterinya telefon tanya di mana. Aiii.. pandang-memandang saya dan Cik Embun. Dah tau ada janji dengan orang, yang pergi angkut anak isteri bawa berjalan tu kenapa??? Sudahnya perjalanan kami jadi tidak selesa dan terkejar-kejar. Nasib baik semasa di Mall tu kami sempat berurut dengan kerusi-kerusi urut demo yang sedang membuat jualan di situ. Suka betul staf-staf mereka yang saya hulurkan RM1 seorang sebagai cenderahati. Soalan yang paling banyak ditanya tentunya tentang Safee Sali, pemain bola kita yang berada di Indonesia, haiii, nasib baiklah ER tu kaki bola, jadi memang masuklah kalau berborak, hehe.
Berbalik pada Pak Sufian tadi, janjinya mahu tengok lampu, kan?? Huh! Lampu jalan yang ditunjuk buat apa?? Ingatkan ada lampu meletup-letup ke yang hebat sangat nak ditunjuknya. Setakat lampu yang melintang-lintang tu, kat JB ni lagi meletops! Kemudian dia ajak kami makan nasi uduk. Memang dari siang tadi dia asyik menceritakan keenakan nasi uduk yang dinikmati bersama bebek panggang. Disebabkan tak pernah makan bebek, saya dan Cik Embun teringin. Yaya dan ER awal-awal mengangkat bendera putih. Sampai di warung yang dikatakan paling sedap bebeknya tu, kami ditinggalkan. Katanya mahu mengambil isterinya, okey.. kami fikir dia mahu ambil isterinya sekejap dan hantar ke rumah sementara kami makan. Rupa-rupanya..... kwang.. kwang.. kwang....!!
Sebelum tu dia memberitahu sesuatu kepada pemilik warung. Dia kemudian menyuruh pemilik warung itu mengambil pesanan. ER meminta nasi putih dan ayam panggang, begitu juga Yaya. Saya dan Cik Embun meminta nasi uduk. Disebabkan pertama kali mencuba makan bebek panggang, kami cuma minta satu sahaja bebek untuk dikongsi. Semasa menunggu pesanan, memang agak ramai pelanggan, ternyatalah tempat ini memang agak terkenal kerana katanya murah dan sedap.
Agak lama juga, pesanan kami pun sampai. Pelayan warung meletakkan dua pinggan nasi putih dan tiga pinggan nasi uduk. Rupanya nasi uduk tu seperti nasi lemak. Lepas tu dia menghantar dua keping ayam panggang untuk ER dan Yaya dan meletakkan dua pinggan yang dikatakannya bebek. Saya dan Cik Embun terlopong melihat bebek itu yang mana salah satu darinya merupakan bahagian paha yang cuma selebar dua jari, satu pinggan lagi saiznya agak besar, mungkin bahagian dada. Cik Embun kata," Nanti dulu.. nanti dulu... kita pilih yang paling besar," tamakkan, hahaha. Maka, kami pun makan. Oooo, agak liat rupanya daging bebek ni, nasib baik tak tanggal gigi, kih kih kih. Ayam panggangnya boleh tahan sedap. Nasi Uduk dan bebek?? Bolehlahhhh...
Sedang leka menikmati makan malam, Pak Sufian memarkir kereta. Pintu sebelah pemandu terbuka. Terperanjat juga bila saya tengok seorang wanita lingkungan akhir 30an turut dari kereta. Dalam hati, aiiiii.. bawa bini ngan anak sekali???? Urmmmm...
Kalau awak-awak semua, apa nak buat?? Buat tak tahu atau buat bodoh??? Huhuhu...
ER yang duduk di hujung sekali mempelawa wanita tersebut duduk bersama kami. Orangnya sederhana, tak berapa ramping, memimpin seorang kanak-kanak anggaran 4 tahun. Dia senyum malu-malu dan duduk di hadapan saya dan Cik Embun. Saya tersenyum dan menyapa, mengajak makan. Anaknya comel, mata bulat macam Hindustan, kulit putih dan mulutnya ramah meminta bebek... hahahaha. Pak Sufian melihat hidangan di atas meja. Tiba-tiba dia kelihatan agak marah, "dadanya mana?? dadanya mana???" sambil mengangkat tangan dan kening kepada pelayan warung. Ooooo, rupanya dada yang besar tu dia punyaaaaaaaaaaa.... adeiiii!! Kami menyambung makan, anaknya tak sudah-sudah meminta bebek. Pak Sufian bertambah-tambah nasi. Saya diam saja, dalam hati timbul seribu satu pertanyaan.
Selepas makan, kami terus balik ke hotel. Saya cuba ikhlaskan hati sehabis mungkin. Sampai di bilik, saya bertanya dengan ER, apa perasaan dia? ER kata, "tak apalah.. kesian." "Oooo, tak apalah kalau rasa macam tu," kata saya. "Kenapa?" ER tanya. Saya kata, "tak rasa ke macam dia ambil kesempatan?" "Tak tahulah..." "Oklah, tak apalah kalau macam tu, kita niat sedekahlah.";))))
Maaf, kami memang tak ambil gambar masa makan malam tu sebab macam tak teruja je :-(
minta-minta terus kan :) tapi takpe lah, anggap je sedekah..huhuhu..
ReplyDeleteMonas2petronas, kalu sedekah pun dh rasa mcm tak diterima sbb dok canang kat blog. Nasib baik bkn duit akk yg belanja ;-)
Deleteaslmkum sari.. lum abis kisah di medan... hihihi.. klau saya yg mmg tak sabo ni.. entahlah... tentulah menimbun2 dosa saya kan..kerna lambat nk redha... hahahaha..
ReplyDeleteKak Dzana, mngenangkn kita di tmpat org, kalu kat tmpat sy tatawlah apa nsb dia, urmmm
DeleteAlahai tak tahu nak kata apa, tapi tu le org kat sana memang suka mengambil kesempatan, selagi boleh dia akan kenakan org. Hehehe komen berdasarkan kepada pengalaman. Kalau ke sana kena ada org yang kita kenal dan percaya, kalau tak faham2 je la
ReplyDeleteKak Sam, yg sy tahu, org2 di sini mmg suka ambil ksempatan. Mcm tak ada perasaan kannn. Kak Sam msti dah kena jugakan, katanya komen dr pngalaman, hehe
Deletesari...walaupun hot dgn perbutannya..tp anggap ja satu sedekah...pasti lain kali lbh berhati2 jika ke tempat org,kan...
ReplyDeleteKak Kam, kalu dah berada kat tmpat org, kita ni dah jadi cam mentimun, digelek kita kena, menggelek pun kita kena :-(
Deletekalau tun pun dh hot dlm ati.. tp xkan nk tunjuk kan.. huhu.. mcm2 jenis org kt dunia ni kan.
ReplyDeleteTun, rambut pun dah tak sama hitam, inikan pula manusia yg byk ragam, kann
Deletesabor jelah kan sari... takpelah bak kata kwn2 yg lain anggap jelah sedekah... tp kemana rasa segan silu dia ye.. kalau betul dia susah pun tak usahlah ambil kesempatan dngan bwk anak bini sekali.. kalau setakat dia sorang tu oklah lagi.. hihi.. aduhaiii manusia..
ReplyDeleteYe tu, kak Ratna. Lepas tu asyik nak tambah itu, tambah ini, sabooo aje kita.
DeleteAyu doakan kak yus takkan berjumpa lagi dengan pak sufian..
ReplyDeletemmg ambil kesempatan..
kalau ayu y jumpa dia time tu akan beranggapan mcm kak yus..
tapi, kalau duduk dan fikir balik, mereka mmg ambil kesempatan...
menciiii
Ayu, tulah, bila fikir2 balik, meluap jugak rasa marah, sbb tu entri ni lama baru dipost, mgkin entri ini akn didelete dlm sehari dua lagi
DeleteAssalam kak,da episod seterusnya xhehe..Kalo sy pon,cam akak,msti marah gak,hb sy lak,mesti cam ER,Org laki mmg xbape kisah sgt kak,kita org pompuan jer mmg suka ambik bab n xpuas hati..Yerla,kalo dah angkut ank bini,haru juga kan..Tapi niat sedekah jerla kan,dapat juga pahala..Tapi kalo sedekah tapi xbape ikhlas kak,hehe..
ReplyDeleteHaha, zaliedana, mmg mcm dah tak ikhlas dah, hihi. Pahala makin kuranggggg, huhu
Deletehmmmm....haru. panas. hangin.
ReplyDeletetetibe teringat scene dalam sinetron. rupanya wujud ek org macam tu kat sana?
Yelah, kak Ham, sedekah tu sedekah, kena pahat di blog sbgi lipatan sejarah, hihi
ReplyDeletegadisBunga, haaa, yg dlm sinetron tu, mmg betul2 realiti. ;-)
ReplyDeletesalam kak yus...
ReplyDeleteala..mas terlepas cerita kat medan ni..
menarik untuk dibaca...
kena start dari awal la..he3
macam2 ragam manusia ni kan..
sabo jerk baca cerita kali ni..
aduh klu ke indonesia mmg kena ada org yg kita kenal..klu en suami sy mmg jenis lembut hatinya.pantang tengok org ssh, kesian tak bertempat..sy agak tegas juga.bkn apa takut org ambil kesempatan..sbb dah selalu kena.hehe..
ReplyDeletemmg niat sedekah tp hot gak kan..anak bini semua angkut!sabo jer la..
org kita kalau dah terkena, cuma boleh kata, kesian atau dah lah tu...
ReplyDeleteOrang kat sana memang macam tuh, suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri & sewaktu dengannya..dah kene dulu gi Jakarta..malas dah nk pergi sana. So sesiapa yg tak pernah ke Indonesia, berhati hatilah..
ReplyDelete