Assalamualaikum...
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.
Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.
Sumber
Alhamdulillah, baru-baru ini Sk berpeluang pergi ke Lembah Bujang dan melihat sendiri tapak candi yang Sk belajar dalam subjek Sejarah masa sekolah dulu. Walaupun candi yang asal telah tiada kecuali satu sahaja candi dari tapak yang asal, namun usaha kerajaan Kedah untuk membina Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini harus dipuji. Anak Sk sendiri pun rupanya belum lagi belajar tentang sejarah candi di Lembah Bujang ini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terletak di Merbok, Kedah. Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad atau pada setiap hari sebenarnya dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan cuma ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja.
Walaupun muzium tu dibuka sehingga pukul 5 sahaja, tetapi kawasan persekitaran ini terbuka.. ada air terjun yang lembah yang sangat landai. Ternganga Sk sekejap melihat keindahan di Lembah Bujang ni. Kalau ada baju lebih, nak saja rasanya berendam di dalam air yang pastinya dingin, maklumlah air dari pergunungan.
Beberapa orang pengunjung dilihat sedang mandi-manda atau bahasa yang tepat bermain air terjun di sini. Sk rasa kebanyakannya adalah penduduk tempatan. Kalau orang luar macam Sk ni memang tak tahu ada air terjun di sini. Pengunjung tidak dibenarkan berada di sini selepas jam 7 malam untuk keselamatan.
Ibu dan anak menari tango. Bapak tersenyum berangan apa pun tak tahu.. hahaha.
Selepas meninjau-ninjau air terjun kami pun masuk ke dalam muzium. Jom!
Sunyi sahaja kawasan ni. Mungkin kurang promosi atau tempatnya yang terletak di pedalaman membuatkan ramai yang berkira untuk ke mari.
Gambaran Kerajaan Tua Kedah.
Sk ambil banyak sangat gambar.. meh tengok dan letak caption sendiri ya.. hihi.
Kepala tangga yang dijumpai di Lembah Bujang.
Gambaran tangga menggunakan kepala tangga di atas.
Pasu-pasu yang ditemui di Lembah Bujang
Terdapat empat buah candi yang dibina di dalam kawasan muzium ini dan salah satunya adalah tapak candi dan candi yang asal. Tak silap Sk, Candi Batu Pahat. Sk cuma mampu melawat sampai Candi Pendiat sahaja disebabkan hari pun dah petang dan tak larat nak daki tangga tu.. amboiii.. sayang bebeno lemak tu ya Sk.
Mari baca Sejarah Awal Lembah Bujang DI SINI
Orang kedah sendiri pun tak pernah sampai lagi kat sini.. Yelah, balik kampung tak pernah sempat nak jelajah negeri sendiri hehehe
ReplyDeleteKakak sampai tak lagi tapi ada pernah mengikuti kisah muzium ini di TV
ReplyDeleteMasa tu berkaitan batu bersurat yg ada di negara kita termasuk yg bukan di muzium ini aje..
Assalam. Manafaat cuti dengan melihat khazanah negara. Saya belum berpeluang melawat ke Lembah Bujang. Satu hari nanti.. in sha Allah.
ReplyDelete