Assalamualaikum...
BELUM pun habis lagi kisah cuti-cuti ke utara, hari ini Sk nak mengelat sedikit, hihihi.. kita beralih ke Pantai Timur sekejap.. boleh ke? Bolehlah ya.. iklan kununnya.
Sebenarnya, sejak beberapa bulan lepas, ER sibuk mengajak Sk ke Kelantan. ER kan suka travel.. long distance sambil JJCM. Jadi, selepas tamat misi utara, nak pergi belah Pantai Timur sebelum sibuk dengan segala tugasan menjelang 2016. Tambahan tahun 2016 nanti, aktiviti melencong terpaksa dikurangkan kerana Iman akan menghadapi PT3.. jadi kita layankan aje. Selagi tak dilayan, selagi tu dia mengaji je kat telinga ni.. jom pi Kelantan.. jom pi Kelantan.. gitewww.
Dalam perjalanan ke Kelantan, adik Sk yang bermertuakan orang Ganu beritahu melalui whatsapp, berhampiran dengan kampung mertuanya ada satu kampung, namanya Kampung Bintang. Di Kampung Bintang ni ada satu warung beratap rumbia dan berkerusi meja buluh yang menghidangkan masakan ayam kampung dan gulai itik serati yang enak, dibuka dari pagi hingga tengahari sahaja. Memandangkan kami lalu di situ pun dah petang, jadi memang tiada rezeki, namun hati teruja bila tengok warung berkonsepkan alam semulajadi itu. Lalu kami pasang niat, balik dari Kelantan nanti, kalau kena timing bolehlah singgah :)))
Alhamdulillah, kata orang tu dah rezekikan. Dalam perjalanan pulang dari Kelantan tu Sk ni tertidur.. punyalah penat jadi co-pilot kan.. hahha. Tak boleh harap betul. Entah macam mana, Sk boleh tersedar. Sebaik buka mata terus terpampang papan tanda Kampung Bintang depan mata.. phewwww. Nasib baik. Jom singgah!
Nama warung ni Warung Gulai Ayam Kampung Cik Ani terletak di Kampung Bintang, Setiu, Terengganu. Kalau anda datang dari arah Kuala Terengganu, anda akan jumpa Agro Resort Setiu dahulu dan lepas tu jumpa Kampung Bintang ni, warung berada di sebelah kanan. Kalau anda dari arah Kota Bharu, warung berada di sebelah kiri.
Terdapat pondok di sebelah luar atau anda boleh memilih makan di dalam warung. Yang bestnya di sini, boleh dikatakan 90 peratus binaannya adalah dari bahan semulajadi sehinggakan terasa sejuk sahaja di dalam warung walaupun hakikatnya cuaca di luar panas berdenting.
Antara masakan yang boleh didapati disini ialah semestinya masakan berasaskan ayam kampung seperti gulai ayam kampung dan ayam kampung goreng. Ayam kampung goreng pula digoreng panas-panas bersama potongan bawang. Yang ni bila kita minta baru dia goreng.. taklah dapat ayam keras kejung.. haha. Selain tu yang popular di sini adalah gulai itik serati.
Bagi yang tak makan ayam, ada juga masakan sotong, daging dan telur. Nyum.. nyummmm.
Biasanya kalau anggota rombongan tu ramai, pekedai ni cadangkan makanan berhidang. Haaaa... tulah lauk pilihan kami. Gulai ayam kampung, sotong goreng kunyit dan daging masak kicap. Ada air kelapa yang sungguh pior.. sangat terasa tau. Sambal belacan tu meletops pedas tapi masha Allah.. sedap sungguhlaaaa.
Lapar sangat dah ni.. hahaha. Tapi nak tunggu ayam goreng.. ayam goreng.
Satu lagi keunikan di sini, nasinya dihidang di atas nyiru. Sk rasa kalau dialas dengan daun pisang lagi klasik kannnn.
Yeyyyy! Dah sampai ayam goreng panas-panas.
Walaupun cuma diperap dengan garam dan kunyit tapi sedap tambah lagi daging ayam kampung yang begitu empuk.. sehingga menjilat jari.. huhu.
Dah.. dah.. jom balikkkkk!
Bestnya SK..
ReplyDeleteSuasananya begitu cantik dan nyaman jer..
Seronok macam makan kat pondok-pondok jer..
Ayam kampung memang peberet CH..
kalau balik kelantan tak perasan pulak..ok lepas ni boleh singgah
ReplyDeleteKakak selalu ke T'ganu tapi tak tahu pun tempat ini
ReplyDeleteMenariklah atap dia - nampak cool sangat ala-ala kampung betul.
Baca entry pun ni dah terasa2 kesedapannya. Yum yum..
ReplyDelete