Assalamualaikum WBT
APABILA Allah berkehendak, tidak lambat dan tidak cepat. Begitulah aturan hidup. Kelmarin, Sk sekeluarga menziarah pusara arwah abang PI yang meninggal dunia pada hari isnin, 13 Oktober 2025 di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Kami terhalang untuk balik selepas menerima berita kematian kerana tuntutan tugas. Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan pada petang Isnin lepas selepas zuhur.
Kali terakhir jumpa arwah abang semasa Majlis Pertunangan Sulhi dan Nadia di Temerloh. Semoga roh Mohd Taufek bin Mohd Noor dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn YRA.
Salam Takziah buat PI dan SK, semoga roh arwah dirahmati allah swt dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
ReplyDeleteAamin YRA.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat juga balik berziarah.
al fatihah
ReplyDelete