JAGA DIET IKUT KEMAMPUAN DIRI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH.. misi buang lemak telah menampakkan hasilnya apabila beberapa orang kawan sekerja mula menegur saiz badan Sk yang katanya nampak susut. Nampak susut sahaja tau, bukan kurus, muahahaha. Tak sangka jugak, kesungguhan menghentikan pengambilan minuman bergula memang benar-benar berkesan. Adalah jugak sekali dua mengelat sebab teringin atau memang tiada pilihan. 

Dari segi pengambilan makanan pulak seperti yang Sk beritahu sebelum ini, Sk dah tak mengambil sarapan pagi yang mengandungi banyak kalori. Sk jugak masih makan nasi seperti biasa cuma tak banyak macam dulu. Sk juga selang seli pengambilan nasi, contohnya tengahari ambil, malam tak ambil atau tengahari tak ambil, malam ambil. Kadang-kadang satu hari tak ambil nasi.

Rasanya, kalau diikutkan cara diet Sk ni mesti pakar pemakanan kata salah, kan. Nak kata diet karbo pun tidak. Nak kata diet atkins pun tidak. Ini diet hentam keromo namanya, hahaha. Yang penting Sk rasa selesa dan tidak tertekan dengan apa yang Sk lakukan. Sebab kalau kita tertekan, nanti kita akan balas dendam dengan makan.. makan dan makan malah dua kali ganda lebih banyak dari kebiasaan. Sk jugak masih enjoy makan apa yang Sk suka.

Sekarang ni, memang setiap hari wajib timbang berat setiap pagi selepas bangun tidur dan selepas mandi, hahaha. Lepas tu balik kerja timbang lagi, lepas mandi timbang lagi. Penting tu supaya kita dapat mengawal pengambilan makanan. Paling penting bebas dari sebarang pengambilan ubat kurus. Maklumlah, bila dah berumur ni takut nak ambil bahan-bahan pelangsing, takut memberi kesan buruk kepada diri sendiri. Nanti siapa yang susah, mereka dan keluarga mereka juga yang susah, kan kan kan.

SELERA TRADISI

Image may contain: 1 person, dessert and food
Nak hari-hari, hari raya tak perlu tunggu untuk jadi kaya.
Di Selera Tradisi yang terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai kita boleh makan macam hari raya.
Ada ketupat, burasak dan luwe'.
Lauknya sayur lodeh, kari ayam, rendang daging, rendang ayam, serunding dan sambal kacang.
Tutup mata jerlah bila Iman nak makan di sini. Masa ni Pak Inche tak ada, jadi bila lagi dapat singgah makan tempat macam ni kan. Untuk pengetahuan, ER tak makan makanan hari raya ala Johor.
Kalau ada ketupat palas baru dia layan.

Walaupun rasa bersalah, tapi tetap jugak balun ketupat satu, burasak separuh dan satu luwe'
Yang penting jangan tambah pengambilan kalori dengan minum air manis.
Perkara yang paling sukar bila jaga diet ialah apabila anak kita ajak pergi makan tempat yang sedap-sedap dan makanannya menjadi kesukaan kita. 
Sungguh marabahaya.
Image may contain: food
Haaa... dah makan banyak hari tukan, maka beberapa kali kita tinggalkan nasi masa makan.
Makan lauk ajelah kita. 
Image may contain: food
Nampak, kita masih enjoy makan.

Image may contain: 1 person, smiling, food
Yang ini terlebih enjoy, hahaha.

NASI PADANG ALE ALE
Image may contain: one or more people, food and indoor
Tengok tu, anak punya pasal kita dah terlebih makan lagi.
Kali ini di Nasi Padang Ale Ale milik pemain bola sepak terfemes, Safee Sali.
Dengan azam esoknya nak puasa, tanpa rasa bersalah licin sepinggan nasi berlaukkan gulai daging ala padang, terung berlado dan sambal ijo. 

Image may contain: food

Pas ni makan telur rebus hari-hari. Sebulan jangan makan nasi ya Sk!!!



Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahniah.
    kalau WP hari2 mesti nak cari nasik.
    Baru ada tenaga nak kerja.

    ReplyDelete
  2. tengok entri ni macam taknak diet terus

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum seri....kalau nak diet mmg kena cekal juga seri...

    ReplyDelete
  4. betul tu kak seri.. nak diet jangan ikut2 orang..badan lain2..

    - Blog Hernee Nazir -

    ReplyDelete
  5. janji sihat ignore je haters, dorang jeles tengok kita kurus, hehe

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak..lg pom kt diet ni utk kesihatan jgk.. Diet bknnya berlapar..cuma mkn makan seimbang n bkhasiat.

    Xpela..ikut cara sdiri y pting mkanan tu sihat..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!