MINI REUNION DI MAJLIS PERKAHWINAN KAWAN SEKOLAH MENENGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...

SABTU lepas, salah seorang rakan baik masa sekolah dulu, Zunita, akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya. Secara kebetulan, walaupun tiada perjanjian yang khusus, ramai rakan-rakan pakat-pakat datang semasa berlangsung majlis persandingan. Masa Sk sampai, pengantin sedang makan damai. Kata Sarimah, rakan Sk yang dah sampai awal, tetamu tidak putus-putus datang sejak tengahari. Wow.. memang meriah ditambah tema 'old school' yang dipilih sebagai tema majlis perkahwinan.

Zunita beberapa kali memesan, jangan balik dulu untuk sesi bergambar. Ya, sesi yang ditunggu-tunggu pastinya mengabadikan kenangan dengan pengantin. 25 tahun menamatkan persekolahan bukan waktu yang singkat. Namun ternyata sifat anak-anak tak pernah hilang bila semuanya bertemu, dah macam pergi rombongan Cik Kiah pulak meriahnya, hahaha.

Image may contain: 10 people, people standing and indoor

Zunita, lasak budaknya sejak sekolah dulu.
Kepala otak pun boleh tahan giler.. tapi baik hatinya.
Tidak pernah membanding-bandingkan dan memilih dalam berkawan.
Suka ketawa, sentiasa tersenyum dan jarang sekali moody.

Selamat Pengantin Baru, Zunita & suami
Semoga bahagia hingga ke syurga.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing

Pinjam pengantin perempuan sekejap ya bang.. hahaha.

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting

Tak cukup di pelamin
Berfoto pulak di tangga.

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting

Tiada siapa dapat menafikan kecomelan kami, hahaha.
Ada kenal sesape dalam gambar???

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing and outdoor

Dulu kelas asing-asing dan whatsapp group mengeratkan hubungan kami.

Image may contain: 2 people, car and outdoor

Terima kasih Pak Inche yang sabar menunggu Sk bertemu kawan-kawan.

No automatic alt text available.

Cenderahati dari pengantin.

Image may contain: food

Wassalam.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Telur balut dgn tisu memang rare lah SK..

    Selamat pengantin baru buat kawan SK..

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat kawan kak seri..
    25 tahun tu lama tu..

    ReplyDelete
  3. seronoknya masih bergathering walau dah lama tinggalkan alam persekolahan..huii..sangat lama kak...moga berterusan hendaknya

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum seri...kalau dah lama x jumpa mmg seronok rasanyakan...

    maszull.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaa skali berkumpul.. Bkn sng nk kumpul mcm ni kan.. Bla dh bkumpul mstilah kna snap2 pic..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum seri....lama x dengar cerita...mama singgah mlm ke sini setelah siap kerja yg tertunda...

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  7. Salam. hai kak seri. Jalan jalan sini. Uyul ada anjurkan Giveaway. Jemput join.


    ****************************************
    Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >> Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan

    ****************************************

    ReplyDelete
  8. Memang seronok kalau begini. Uncle pon sama jugak. Tapi kini kawan-kawan Uncle anak-anak mereka seorang demi seorang melangsungkan perkahwinan...hahahahahahahaha...dulu sibuk berkunjung ke kenduri kahwin rakan-rakan satu batch tapi kini untuk meraikan kawan-kawan dapat menantu pulak...how time flies! Ngeri!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!