SLIPPER LOBSTER MASAK MENTEGA TELUR MASIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

TERLANJUR menghantar tempahan Sambal Tempoyak ke Gelang Patah
Encik Rizar mengajak Sk ke Pasar Nelayan di Pendas
untuk mencari stok makanan basah.
Fuhhh.. Pak Inche ni memang gian sikit dengan pasar
Naik seram Sk dibuatnya
Tapi tak apa.. kita layannnn jer.

Sampai pasar, tak ramai pelanggan dah
Mungkin sebab dah tengahari
Nampak pulak udang kipas ni terloncat-loncat lagi
kaki-kakinya melambai-lambai mintak di selamatkan
jadi, kita selamatkan sekilo
hahahaha.

Sk ni pulak, tak boleh dapat sesuatu yang segar macam tu
Kalau boleh tu jam jugak nak masak
pakkal jerlah puasa, kan
Jadi, kita masak petang
untuk juadah ......

Berbuka 8 Ramadhan

Image may contain: food

Nama omputeh udang kipas ni Slipper Lobster
adakah sebab bentuk kepalanya yang macam selipar?
hehehehe.. tak kisahlah
yang pastinya rasanya sangat sedap okeh
apatah lagi jika dimasak mentega telur masin
Nasi sepinggan tak cukup.. huwa huwa huwa.

Slipper Lobster Masak Mentega Telur Masin

1 kilo Slipper Lobster (saiz sederhana)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
beberapa hirisan halia

Lobster ditelentangkan dan belah dua 
Masukkan dalam pengukus
Taburkan hirisan halia, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
Kukus 10 - 15 minit.

Sementara itu sediakan sosnya.

2 sb mentega
5 - 6 ulas bawang putih
7 - 9 tangkai cili api
3 - 5 helai daun limau purut (dihiris)
1 tin susu cair
1 sk susu pekat
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
2 kuning telur masin dihancurkan

Cara-cara :
Panaskan mentega dalam kuali
Tumiskan bawang putih
Masukkan cili padi dan daun limau purut, tumis hingga naik bau.
Masukkan telur masin, kacau rata-rata.
Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam.
Masukkan susu cair dan susu pekat, kecilkan api.
Masak hingga mendidih dan berbuih.
Tutup api.

Susunkan slipper lobster yang telah dikukus ke dalam pinggan
dan curahkan sos ke atasnya perlahan-lahan.
Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng cina.





Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!