NASI GORENG CILI TUMBUK & KETAM DUA BENUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEMPUTTTT... baru siap kemas esbox lepas sarapan Nasi Goreng. Keluarkan semua botol-botol sos, semak tarikh luput dan lap peluh-peluh sejuknya. Keluarkan rak, cuci, bilas dan lap, kemudian sangkut semula tepi pintu esbox. Masukkan balik semua botol sos. Macam tu la arwah ibu Sk dulu. Tiap minggu ada jer kerjanya. Tak cuci esbox, arwah ibu keluarkan semua pinggan mangkuk dari gerobok, lap dalam gerobok, lap semua pinggan mangkuk satu-persatu kemudian susun semula dalam gerobok. Sebelum tu ibu tuang minyak tanah di sisi-sisi gerobok bagi mengelakkan anai-anai buat sarang. 


Kalau semalam rajin sarapan di luar, pagi ni kena rajin masak sarapan la. Ada nasi lebih semalam dan kelmarin, Sk buat nasi goreng, dapatlah sekuali. Bolehlah ni mengulang-ngulang makan kalau lapar, hahaha. Kalau tak habis jugak, besok boleh bawa bekal ke pejabat. 

Hari ni rajin pulak menumbuk cili nak masak nasi goreng. Selain cili, tumbuk sekali bawang merah, bawang putih dan cili padi Thai. Tak banyak la letak cili padi tu risau kepedasan. Yang nampak hitam sekeping-sekeping tu, baki daging kicap yang masak sebelum ni. Yang hijau-hijau tu daun sup. Warna-warni la nasi goreng Sk hari ni, hehehe.


Kisah semalam yang pergi Pasar Larkin tu pulak, PI beli ketam 5 ekor dan udang harimau sekilo. Udang simpan, ketam PI mintak masak Sambal Tumis. Ketam tu potong dua, dapat 10 keping, kan. Lima keping Sk masak sambal, belen dia Sk masak lemak.


Masak lemak stail Sk la ni. Sk kisar cili padi Thai tu bersama 1/2 biji bawang Holland, letak serbuk kunyit sikit (sebab tu jer stok bahan yang ada), kemudian panaskan atas api dengan sedikit air sehingga mendidih, masukkan ketam. Bila ketam hampir nak berubah warna kemerahan, masukkan santan kotak. Letak santan lebih supaya kuahnya lebih lemak, hehehe. Bagi menambahkan aroma, Sk masukkan daun limau purut.



Ambil semua ketam betina tapi tak berapa ada telur sangat. Macam belum menjadi kot telurnya.


Begitulah, kalau sorang suka sambal, sorang suka masak lemak. Eh, dua orang sebenarnya yang suka masak lemak, hehehe. Tapi, kenalah turutkan anak tekak penaja jugakkan. Meriahlah meja makan semalam, tapi ni pun makan dah petang. Macam tu la bila cuti, mananya nak makan ngam-ngam tepat waktu tengahari. Masing-masing bermalas-malasan di pembaringan, huhuhu.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!