HUJAN lebat, guruh sabung-menyabung dan petir berdentam-dentum menyambut kepulangan saya ke Tanah Jauhar petang semalam selepas sepekan duduk berumah bertangga di negeri Jelapang Padi. Bagaikan satu fenomena setiap kali pulang ke kampung kelahiran Panglima Hitam dari Gunung Jerai ini, hujan lebat pasti menyapa ketibaan kami sebaik melintasi sempadan negeri Johor Darul Takzim. Rasa tegang sungguh urat tengkuk saya membelah lebuhraya mengekor di belakang lori di kala pandangan gelap dan ayunan 'wiper' yang laju mengelap cermin depan kereta. Seperti yang sering saya ulang sebelum ini, berada di atas jalanraya nyawa umpama di hujung tanduk sahaja. Ya, ada ke sesiapa yang sanggup mati serta merta tak sempat minta ampun pada sahabat handai dan saudara mara. Yang Di Atas Sana entahlah berapa banyak dosa saya terhadap-Nya. Hidup saya bukannya mendaki jalan yang lurus sahaja. Ada juga terbenam dalam lopak berlumpur tanah selut yang bukannya mudah dicuci terus. Ibaratnya kain yang carik terkoyak dan berlubang bukannya senang hendak ditampal. Kalau ditampal pun ia tidak secantik kain baru, kalau dapat kain yang koyak itu dibuang alangkah bagusnya kalau berganti kain sutera walau hakikatnya cuma selimut putih yang akan di bawa ke alam sana. Eiiiii, memang seram sejuk dibuatnya.
Haaaa... ini akibat dari terpengaruh dengan drama bersiri Julia di TV3 yang dah berakhir. Masa dalam perjalanan pulang ke Kedah tu macam biasa ER mengajak saya singgah makan-makan ke negeri Perak Darul Ridhuan. Wahhhh, kami memang suka singgah di Perak, negeri kelahiran Kak Jun dan Kak Ida tu. Boleh dikatakan destinasi wajib singgah tau biasanya kami akan singgah di Ipoh, Taiping atau Kuala Kangsar. Tapi penangan cerita Julia, saya mengajak ER singgah ke Teluk Intan. Konon-konon nak tengok Menara Condong. Lagipun saya tengok bapaknya Julia tu selalu jugak pergi jenguk Julia di KL. Dan saya ingat juga, Julia tu dari KL pergi Teluk Intan dan balik semula dari KL ke Teluk Intan sebelum malam menjelang, dekat benar kot Teluk Intan tu saya fikir, hehehe. Sekali... hambekkkkkkkk!! Jauh betul rupanya Teluk Intan tu sebaik kami keluar dari lebuhraya di mana kami seolah mengundur semula ke bawah. Adoiiii... tobat! Dan tambah sedih lagi bila kedai makan yang paling femes dekat Teluk Intan tu tak silap namanya Mastan Gani Rojak dan Mee baru saja berkemas meja... aiii.. memang tak ada rezeki nampaknya... :'(
![]() |
| ooooo... memang sah condong |
Tak sangka pulak rumah di kampung tu rupanya tengah berbumbungkan rambutan yang lebat berbuah merah ang-ang kata orang Kedah. Saya petik dan makan rambutan bawah pokok sahaja. Jangan suruh saya memanjat sebab memang tak pandai. ER???
Haaaaaaaaaa.. ini kepala ikan dari Restoran Nasi Kandar paling femes di Pulau Mutiara. Saya tak tanya berapa harga sebijik kepala ni. Selain tak berani nak tanya, saya juga bukan hantu bab kepala ikan ni. Yang penting bila makan di sini, kuah mahu lebih!!!
![]() |
| macam biasa pergi Penang wajib naik feri... Yaya berangan nak naik cruise, hihi |
Ops! Terbabas sikit.. lepas kecewa dengan tertutupnya kedai Mastan Gani tu, kami makan benda yang biasa-biasa jer di Teluk Intan. Tapi ER nak juga singgah ke Taiping katanya nak pekena Doli Kuey Teow. Tapi, bila lalu dekat medan Selera Taiping tu kepalanya dah ke lain sebab dah ternampak benda lain. Kita layankan jerlahhhh.... tapi kesudahannya, semua orang dah senak sebab kenyang lagi makan di Teluk Intan tu, apa lagi, makannya separuh, yang lain bungkus, hahaha...
Itulah sahaja, sekian.. wassalam.










