TEKAK SERI KANDI

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...

NAMPAKNYA Tuan Tanah Kedaung ni meroyan lagi. Duluuuuu, siapa yang pernah berkunjung ke blog saya lama dulu, sejarahnya nama blog ini adalah "Apa Cerita Sari?" Oleh sebab jiwa saya ini sedikit jiwang, nama blog tu langsung tak melekat di hati. Kemudian saya tukar, ALAM SARI... berinspirasi dari perjalanan pulang ke selatan yang melalui satu papan tanda tertulis Alam Sari yang terletak di Bangi, Selangor. Bukan sahaja nama blog saya tukar, nama di facebook juga tidak kekal. Dulu, saya gunakan nama Yusa Sari Ibrahim, di blog pula Sari Yusa Ibrahim. Ada yang bertanya, yang mana satu betul, Sari Yusa atau Yusa Sari. Dua-dua betul, dua-dua tak salah, kedua nama tersebut boleh didapati dalam nama penuh saya yang tercatat dalam surat beranak. Kemudian, bila pulang berjalan dari negara seberang, saya tukar lagi nama di facebook, sebelum tu nama asal Yusa Sari tu saya tukar sama dengan nama blog iaitu Sari Yusa. Lepas tu, saya hilangkan nama Yusa, saya tambah Permata di hadapan nama Sari, jadilah Permata Sari Ibrahim ;-)))) ya... memang mengada-ngada ;p

Laksa ini rezeki Jumaat malam Sabtu lepas, air tangan kakak dan mak saya. Gambarnya saya post di fb, sajalah nak bagi gempak, saya taipkan 'caption' Laksa Tanah Jauhar. Idea itu datang tiba-tiba. Sebagai seorang anak jati Johor yang sangat sebati dengan sejarah asal-usul negeri tumpah darah, perkataan Jauhar tu dah lama saya tahu dijadikan gelaran oleh pedagang Arab yang berdagang menjalankan perniagaan rempahnya di sini ratusan tahun dulu. Jauhar bermaksud, Permata Berharga. Orang-orang Siam pula menyebut Johor sebagai Gangganu yang bermaksud Batu Permata. Saya pula, Permata Sari... hihihi.. perasannya lahaiiiii.

Seri Kandi?? Sajalah nak perasan darah Tun Fatimah... jadi saya perkenalkan nama blog saya yang harapnya kekallah untuk kali ini, Seri Kandi Tanah Jauhar. Nama yang sama saya gunakan sebagai pengarang dan nama di fb, harapnya tiada lagi yang keliru siapakah gerangannya Seri Kandi Tanah Jauhar ni ya, hiks.

Resepi laksa ini jangan ditanya sebab saya cuma tahu makan saja sejak dulu. Kalau disuruh masak, ya ampunnnn. Saya paling tidak gemar memasak benda yang renyah macam laksa ni. Ikannya harus disiang, direbus, diambil isinya dan dikisar. Lepas tu nak kena siapkan rempah-ratus untuk kuahnya. Ulam-ulamnya kena potong halus. Ibu saya harus berleter tujuh hari tujuh malam kalau potongnya kasar-kasar macam nak bagi kambing makan katanya, uhuks! Baik laksa Johor, laksa Penang, laksa Kedah, asalkan bunyinya laksa sedaya upaya saya menolak kalau disuruh masak. Tapi kalau disuruh makan saya sanggup dua tiga pinggan walaupun masa tu tengah ikut program merampingkan badan ;p


Yang ini pulak Popia Basah... ooooo, pastinya bukan air tangan Seri Kandi tapi SS Ali. Sejak sekolah sampai la ni, popia SS Ali juga yang paling sedap di tekak ini dan yang sedap juga pastinya popia basah air tangan mak mertua. Tapi itulah kali pertama dan terakhir (mungkin) saya makan popia basah Tok Min iaitu mak mertua saya kerana beliau kini uzur, Alhamdulillah sempat belajar dengan mak cara nak buat popia ni cuma seperti saya katakan tadi, kerja yang renyah saya lebih suka beli. Nak menyiapkan kulit popia tu pun terkial-kial di tebing dapur, huhuhu.

Akhir kalam, Salam Sayang, Wassalam.

p/s : Blogger yang menjadi suri teladan Seri Kandi, Kak Jun Cupcakekasih akan menjalani pembedahan hari ini. Marilah kita sama-sama doakan semoga semuanya berjalan lancar dan Kak Jun cepat sembuh, Aminnn... Amin.. Ya Rabbal Alaminnn.

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Amiin. Semoga Kak Jun selamat2. Kita sukaaaaaa sangat popia basah, tapi lamgsung x tahu nak buat.

    ReplyDelete
  2. adoiii...... memang kan.. time time macam ni memang byk hidangan di blog2..huuuuu lapo la lapo... =)

    ReplyDelete
  3. Yg kakak jadi serba-salah nak panggil apa? panggil Seri ke Sari? Panggil Seri Kandi macam sedap ewaaah... macam best pulak. Bolehlah berpantun-seloka bila ada Seri Kandi gitu:)

    p/s: moga operation Kak Jun berjalan baik dan diberi kesembuhan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, hihihi.. panggil apa2 pun boleh, jangan panggil pakai hoi! hoi! sudahhhh.. hihi

      Delete
  4. popia basah tu nmpak menarik dan sedap sgt...ole2 dr selatan. Moga operation Kak Jun berjalan dgn lancar dan slmt!

    ReplyDelete
  5. owwh... jadi sari lah yg dah tukar nama & buat announcement kat fb tadi ye? hehehe..
    makanan2 tu semua mmg menggugat! takleh dok diam rasanya.. aduhaii.. sedapnyer!
    semoga sahabat kita kak jun selamat menjalanan operation...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. lahaiii, Kak Kam, tak pernah makan ya? Kalau sy pandai boleh sy buatkan & htr ke rumah kak Kam kalu balik Kedah nanti..

      Delete
  7. meleleh air liur saya tgk gambar laksa tu...mengancam..

    ReplyDelete
  8. dua2 sedap ni kak...kak,cantekk possing kat tratak tradisinal atas tu..D:

    ReplyDelete
  9. oo sudah tukar kaa...hehe.

    Apa pun tetap orang yang sama kan.

    Terliur tgk popia basah tu.

    ReplyDelete
  10. Waaaaaa sedapnyer.. Header sudah bertukar.. comel.. :)

    ReplyDelete
  11. ooo tertanya jugak sb tgk kt fb nAma ni ingatkan siapa he he
    ex bos dulu org Johor ada sekali rasa masa dia wat OH ...em blh tahan sedap laksa johor ni

    ReplyDelete
  12. waduh..termiss sudaaaa laksa johormu itew..kempunan akak sehh!!

    ReplyDelete
  13. Nur suka juga laksa ni.. Memang agak renyah juga nak membuatnya. Kami adik-beradik buat laksa Johor ni masa raya haji.. Kalau suruh masak sendiri..tak pandai...

    Moga Kak Jun selamat jalani pembedahan tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!