HUJAN lebat, guruh sabung-menyabung dan petir berdentam-dentum menyambut kepulangan saya ke Tanah Jauhar petang semalam selepas sepekan duduk berumah bertangga di negeri Jelapang Padi. Bagaikan satu fenomena setiap kali pulang ke kampung kelahiran Panglima Hitam dari Gunung Jerai ini, hujan lebat pasti menyapa ketibaan kami sebaik melintasi sempadan negeri Johor Darul Takzim. Rasa tegang sungguh urat tengkuk saya membelah lebuhraya mengekor di belakang lori di kala pandangan gelap dan ayunan 'wiper' yang laju mengelap cermin depan kereta. Seperti yang sering saya ulang sebelum ini, berada di atas jalanraya nyawa umpama di hujung tanduk sahaja. Ya, ada ke sesiapa yang sanggup mati serta merta tak sempat minta ampun pada sahabat handai dan saudara mara. Yang Di Atas Sana entahlah berapa banyak dosa saya terhadap-Nya. Hidup saya bukannya mendaki jalan yang lurus sahaja. Ada juga terbenam dalam lopak berlumpur tanah selut yang bukannya mudah dicuci terus. Ibaratnya kain yang carik terkoyak dan berlubang bukannya senang hendak ditampal. Kalau ditampal pun ia tidak secantik kain baru, kalau dapat kain yang koyak itu dibuang alangkah bagusnya kalau berganti kain sutera walau hakikatnya cuma selimut putih yang akan di bawa ke alam sana. Eiiiii, memang seram sejuk dibuatnya.
Haaaa... ini akibat dari terpengaruh dengan drama bersiri Julia di TV3 yang dah berakhir. Masa dalam perjalanan pulang ke Kedah tu macam biasa ER mengajak saya singgah makan-makan ke negeri Perak Darul Ridhuan. Wahhhh, kami memang suka singgah di Perak, negeri kelahiran Kak Jun dan Kak Ida tu. Boleh dikatakan destinasi wajib singgah tau biasanya kami akan singgah di Ipoh, Taiping atau Kuala Kangsar. Tapi penangan cerita Julia, saya mengajak ER singgah ke Teluk Intan. Konon-konon nak tengok Menara Condong. Lagipun saya tengok bapaknya Julia tu selalu jugak pergi jenguk Julia di KL. Dan saya ingat juga, Julia tu dari KL pergi Teluk Intan dan balik semula dari KL ke Teluk Intan sebelum malam menjelang, dekat benar kot Teluk Intan tu saya fikir, hehehe. Sekali... hambekkkkkkkk!! Jauh betul rupanya Teluk Intan tu sebaik kami keluar dari lebuhraya di mana kami seolah mengundur semula ke bawah. Adoiiii... tobat! Dan tambah sedih lagi bila kedai makan yang paling femes dekat Teluk Intan tu tak silap namanya Mastan Gani Rojak dan Mee baru saja berkemas meja... aiii.. memang tak ada rezeki nampaknya... :'(
ooooo... memang sah condong |
Tak sangka pulak rumah di kampung tu rupanya tengah berbumbungkan rambutan yang lebat berbuah merah ang-ang kata orang Kedah. Saya petik dan makan rambutan bawah pokok sahaja. Jangan suruh saya memanjat sebab memang tak pandai. ER???
Haaaaaaaaaa.. ini kepala ikan dari Restoran Nasi Kandar paling femes di Pulau Mutiara. Saya tak tanya berapa harga sebijik kepala ni. Selain tak berani nak tanya, saya juga bukan hantu bab kepala ikan ni. Yang penting bila makan di sini, kuah mahu lebih!!!
macam biasa pergi Penang wajib naik feri... Yaya berangan nak naik cruise, hihi |
Ops! Terbabas sikit.. lepas kecewa dengan tertutupnya kedai Mastan Gani tu, kami makan benda yang biasa-biasa jer di Teluk Intan. Tapi ER nak juga singgah ke Taiping katanya nak pekena Doli Kuey Teow. Tapi, bila lalu dekat medan Selera Taiping tu kepalanya dah ke lain sebab dah ternampak benda lain. Kita layankan jerlahhhh.... tapi kesudahannya, semua orang dah senak sebab kenyang lagi makan di Teluk Intan tu, apa lagi, makannya separuh, yang lain bungkus, hahaha...
Itulah sahaja, sekian.. wassalam.
akak masih di kedah ke...mai la jejalan pendang...
ReplyDeleteaDisH.sHidA, dah sampai JB yang, tu... akak cete sampai Johor hujan lebat...
DeleteSemalam kakak rasa seluruh Johor berdentam-dentum dgn guruh dan kilat. Kakak balik kerja meredah hujan lebat. Di Mt Austin pulak tu banjir kilat. Redah juga banjir yg paras tayar kereta tu Seri. Nak buat macam mana.
ReplyDeleteKakzakie, tulah.. sepanjang jalan tak hujan & ribut petir, sampai Johor jer hujan.. errr.. nasib baik banjir paras tayar jer, tapi tenggelam jugak tu..
DeleteSeronok tgk..pic2 blk kg..dan jln2 cari mkn..
ReplyDeleteLyza, terima kasih ya tolong tengok, Lyza seronok sy pun seronok.. errr.. lagi seronok.. hehe
Deletemak aihhh...rindunya nk makan rambutan yg dipetik sendiri dr pokok...fresh...rangup2 g2. gmbar last tu cukup2 memukau kalbu...kreatif...;)
ReplyDeletebetullah Zurina, krup krap krup krap sy mengunyahnya, hihi..
Deleteoooo, gambar last tu memang kreatif, realitinya bawah tu ais kisar jer.. huhu
bestnya jejalan...
ReplyDeletebest Mas :-)))
Deletewah seronoknyer !
ReplyDeleteKesuma Angsana, yes! sangat seronok tapi penat, huhu
Deletekak...
ReplyDeletedikau bcuti rupanya
ingatkan dpt gather2 sabtu nie
Citarasa Rinduan, akak ada di JB tapi nmpk gayanya takut trkejar2, lebih baik akak undur diri trlebih dahulu :-(
DeleteSaya orang Perak pun tak pernah lagi sampai Teluk Intan. Hajat memang nak tengok Menara Condong tuh. Oh pegi Penang naik feri memang ohsome! Dan pekena nasi Kandar dgn Kari Kepala Ikan bertambah awsome!
ReplyDeleteazieazah, tak apalah. Nanti ada masa pergi ya. Betul tu, gi Penang wajib pekena nasi kandar ngan naik feri kan, barulah ohsome, hehe
DeleteSeronoknya jalan2 dan makan2.. Kari kepala ikan tu memang menggoda..
ReplyDeleteSeronok Nur, kari kepala ikan tu memang menggoda tapi sebab tak kuat makan kepala jadi abaikan jer godaan tu, hihi
Deletesalam,
ReplyDeleteintro tu mmg superb... suka saya baca :)
sy teringin nak menjelajah ke utagha ni, tp belum berkesempatan... ri tu gi langkawi just lalu je...
Usataz Areef, tulah, insaf sungguh nampak akak nikan, huhu
Deletenak jelajah utara tu senang jer, kahwin ngan org utara, hehe
salam sari
ReplyDeletebestnya balik kg,mmg btl2 cndong menara tu kan..kita pun x pernah tgok scara live lg..enth bila nk terjah..h ehhee amboii terbawa2 citer julia kan..ending dia mcm x best kan..:)
Kak Zila, ialah. tak puas hati ngan ending Julia tu, huhu. Memang teingat2 laaa
Deletesalam kak..sonok tu dpt balik kg,sempat nyinggah2 lagi..Dah lama sy tak jejak Teluk Intan, mmg tak jauh errr dr kg saya, Sabak Bernam..dulu klu gi sana tgk dari jauh je menara ni..
ReplyDeleteRohah, laaa, knp tengok jauh2, takut kena hempap eh? hehe, gurau jer Rohah
ReplyDeleteAssallamualaikum Yus..
ReplyDeleteHahaha...mula2 baca entry ni dah rasa cam baca novel online lak..hihihiii..
Ko ni yus..sampai terbawa2 tgk cerita julia kat tv3 tu eh... Tu lom tgk lagi cerita yg kalau Naz berlakun dlmnya..hahahaha... Confirm ko nak datang sini lak cam dekat2 jer...
Waalaikumussalam wbt Naz,
DeleteNaz, ko ada berlakon cete apa Naz, bagi tau eh.. hehe
tq sudi singgah ke blog QH..
ReplyDeletejadi ralit sekejap mbaca setiap bait2 ayat dlm n3 ni..mcm kak Nadz cakap..mcm novel on9 dah...klau wt novel ni tentu laku..:)
Qaseh Honey, semuanya ilham dari Allah swt, Alhamdulillah.. terima kasih kembali sudi singgah ke sini..
DeleteAkak ketinggalan.....sebab jalan2 Perlis pulak skrg ni. Best buah delima tu, lebih2 lagi kalau nak kuruskan badan. Kat sabah susah nak jumpa. Sari, fb mana?? instagram pun tak tengok ke? akak nak gi JB 9 atau 10hb, nak jumpa kat mana? akak selalu rumah nenek hubby di Bandar Baru Uda atau sekitarnya saja. sila kontek dgn secepat mungkin, nak bg souvenir ni.
ReplyDeleteKak Zana, tulah, buah delima muda tu yg boleh kuruskan badan, ingat nanti nak cari pokoknya tanam sendiri kat halaman umah yg sekangkang cicit kera tu, hahaha..
DeleteKak, mudah2an nanti kita dpt jumpa ya..
baru nak buat revision...orangnya dah lama balik johor hehehehehe...tak pe kannnn
ReplyDelete