MAKAN DI JENG KUAN BATU PAHAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...
 
KALAU tanya orang Batu Pahat, Seafood Restaurant yang paling popular di kalangan orang melayu  tentulah Jeng Kuan Restaurant yang terletak di Muara Sg Batu Pahat.. alamat lengkap.. maaf tak ada.. tapi kalau google mesti jumpa kot sebab Jeng Kuan ni memang femes jugaklah.. hehe. Kakzakie mesti tahu Jeng Kuan.. betul tak???
 
Walaupun femes tapi sebab Sk bukanlah originaliti Batu Pahat walaupun ibu Sk orang Belahan Tampok, jujurnya Sk baru sahaja tahu tentang Jeng Kuan ini setelah disebut berulang-ulang oleh ER setelah melihatnya di laman muka buku Johor Sedap. Rajin betul menelaah pasal makan ER tukan, Sk memang kurang sikitlah nak buka page tu kecuali kalau betul-betul lapang. Jadi, disebabkan dah mengences dengan khabaran kesedapan masakan di Jeng Kuan tu, maka pada minggu lepas, ER telah memaksa Sk dan Iman menjejak bumi Penggaram ini. Jom!
 
 
Jeng Kuan yang bermaksud jeti ni memang popular di Batu Pahat. Ada yang mendakwa sejak kecil pun dah dibawa ayah mereka makan di sini. Sk musykil jugak kenapa Sk baru tahu, hahahah. Antara yang paling popular di Jeng Kuan ni adalah satenya tapi tak ada rezeki kami malam tu, sate dah kehabisan. Uiiiii.. masih awal lagi tau, belum pukul 9 pun sate dah habis, memang laris maknanya sedap sangatlah tukan. Okey, lain kali boleh datang awal atau tidur di Batu Pahat untuk menikmati sate di sini yang dikatakan turun-temurun waris yang meniaganya.
 
 
Tidak sah rasanya kalau makan di Seafood Restaurant tanpa ikan kukus. Pilihan kami kali ini adalah Siakap Stim Limau.  Urmmmm... kalau tengok rupa tu rasa-rasa sedap ke tak ya???
 
 
Apabila hidangan ini diletakkan di atas meja, memang teruja sangat lebih-lebih lagi kuahnya yang tengah mendidih-didih.. blup.. blup.. blup tukan.. Tapi di mana rasa limaunya?? Haaa.. sampai Sk kena minta limau dari staf restoran dan perah atas ikan. Nak kata masak singgang pun bukan jugak. Bukan tak sedap langsunglah.. tapi.. urmmm... Sk bagi tiga bintang jerlah. Penat datang jauh-jauh tau!
 
 
Udang Goreng Nestum katanya, tapi... dah macam kuih batang buruk Sk tengok.. hehehe. Heiii... kuih batang buruk sedap tau.. kuih paling laris menjelang hari raya. Sk ambil seketul.. mak aih.. ni udang ke plastik??? Udang tahun bila Sk tak tahu, malas nak komplen. Nak bagi satu bintang pun tak sampai hati.
 
 
 Tauhu Goreng Chinese. Okey, yang ini sedap.. meh tepuk tangan tak sia-sia datang jauh-jauh. Sk bagi 4 bintang.
 
 
Hidangan wajib, siapa yang biasa baca blog ini tentu tahukan.. hihi. Baby Kailan Sos Tiram. Walaupun cuma sayur tapi kalau silap masak pun jadi tak sedap, yang ini Sk bagi 3.5 bintang.
 
 
Antara masakan yang femes di sini.. Daging Cendawan, satu-satunya yang membuatkan Sk rasa agak berbaloilah kita datang jauh-jauh. Memang sedap. Dagingnya sangat empuk dengan perapan dan sos yang sempurna. Sk bagi 5 bintang... tepuklah kuat sikit.
 
 
Harga makanan dipamerkan di dinding luar dan dalam restoran. Jadi, kita boleh bajetlah hidangan yang kita nak makan dengan ketebalan wallet, hehehhe. 
 
 
Sebenarnya yang paling popular di sini selain sate adalah Mee Hailamnya. Tu lain kalilah ya kita cuba, boleh cuba satenya sekali. Sate di sini secucuk 60 sen. Lupa nak ambil gambar gerai sate.. sori tau!
 
 
Untuk keseluruhan yang kami makan tu termasuk tiga mangkuk kecil nasi putih, jus durian belanda, jus markisa dan jus oren adalah sebanyak RM109.00. Mahal ke murah ya? Maaflah, bagi Sk mahal.. (kenapa mahal.. nanti Sk cerita) dan lagi kami tidak diberikan resit bayaran, meh kita buat kira-kira berdasarkan senarai harga di atas.. lepas tu congak-congak berapa agaknya harga ikan tu ya yang Sk anggarkan beratnya tidak lebih dari 600 gm..
 
Udang Goreng Nestum RM16
Tauhu Goreng Chinese RM9
Baby Kailan RM8
Daging Cendawan RM9
 
Jumlah : RM42
 
Nasi Putih 3 (Standard) : RM4.50
Minuman Jus 3 (Standard) : RM9 (Gelas Bodo2 tau)
 
Jumlah : RM13.50
 
Anggaran jumlah tidak termasuk ikan :
RM42 + RM13.50 = RM55.50
 
Anggaran harga ikan :
 
Jumlah Keseluruhan : RM109 - RM55.50
 
RM53.50.
 
Aummmmmmm!!
 
p/s maksud Sk bukan keseluruhan yang mahal.. tapi ikan tu.. macam tak logik jer RM50+.. bukan ada air-cond pun.. huhuhu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakak tahu tempat ini SK tapi bukan pilihan keluarga kakak.
    Kalau SK ke BP lagi lain kali cari restoran PERAHU. Situ dia punya seafood ada sikit ala-ala Singgah Selalu
    Perahu tempat pilihan keluarga kakak - kami selalu ke sini.

    ReplyDelete
  2. Dia charge tinggi sebab dia dah femes,.kak...hehehe

    ReplyDelete
  3. 1- Saya try search page Johor Sedap kat FB, takde pun kak?

    2- Ikan failed, udang failed...makanya, saya tak mau buang masa gi situ...dah la tak sedap, mahal gila. Hahaha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum SK...sedapnya tengok gambar kat sini...:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Mak saya antara org yg start makan kat ctu dari kecil. dari zaman mak pak owner lg.
    tp kitorg x pernah makan seafood kat ctu.
    yang plg famous n sedap n most recommend kat ctu :-
    - chicken chop (mmg wallah ala2 sweet sour)
    - mi hailam
    - nasi ayam (sambal dia lain dr yg lain)
    by the way, sate kat ctu mmg sedap. cer mkn sate perut, paru ngan hati. nyum2..

    hihihihih

    ReplyDelete
  6. Kalau cari nama Jeng Kuan memang x jumpa kat BP ni, kalau nak cari gak restoran ni, namanya Restoran Kwang Ah, betul dekat simpang 3 Jalan Rahmat dengan Jalan Shahbandar.

    ReplyDelete
  7. ya..mhal...saya baru malam tadi makan di kedai ini..nasi ayam 4 pinggan,sayur chap chai 1 pinggan,air kelapa 2,air laici 1,air kotak 2 dah kena 63.90..huhu..

    ReplyDelete
  8. Chicken chop x 2
    Nasi ayam double x 1
    Teh o limau ais x 1
    Ais limau x 1
    Milo ais x 1

    Rm48.50

    Meninggal ����‍♂️����

    ReplyDelete
  9. salam sk, awak belahan tampok anak siapa ye, saya asal belahan tampok juga, anak cikgu jais bekas ketua kampung tahun 90an.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!