Assalamualaikum...
BARU SK tahu nama udang ini yang sebenar. Selama ini Sk panggil Udang Ketak tapi macam terkeliru pulak dengan satu lagi jenis udang iaitu udang lipan yang jenis kulit lembut tu pun ada orang panggil udang ketak. Akhirnya seorang kawan yang bapanya dulu nelayan memberitahu namanya udang kipas. Sk syak Kicap Cap Kipas Udang tu dapat nama dari udang nilah.. hahaha.
Udang kipas ni habitatnya ialah di laut dalam laluan kapal yang mana airnya bersih. Oh.. patutlah susah nak jumpa udang ni. Selalu jumpa di Jeti Nelayan Tanjung Sedili tapi yang ini hasil merempit ke Pasar Pontian. Rajin betulkan. Kali ini tak beli banyak sebab dah habis memborong baru jumpa Encik Kipas ni. Pasal mata Iman dah bergenang-genang lama tak makan katanya, maka marilah kita 'tackle' dua ekor jer bawa balik.. hehehe.
Cara Sk masak sambal, sama jugak macam resepi-resepi sambal lain yang ada dalam blog ini. Udang ini Sk kukus selama 10 minit dulu sebelum menumis sambal. Sebelum tu belah dua udang dengan membelah dari bahagian bawah badannya. Jangan masak udang terlalu lama nanti isinya akan jadi kenyal kerana banyak menyerap air. Jadi, Sk kukus 10 minit jer, ini belum masak lagi ya.
Kemudian, bila dah masuk dalam sambal, lebihkan sikit air, jangan banyak. Tutup kuali kita tu bagi membolehkan udang masak sepenuhnya. Jenguklah selalu dan kacau sedikit jangan sampai hangus pulak sambal kita tu. Ada orang tak suka sambal manis, tapi bagi Sk sambal kena manis lebih lagi sambal udang. Manis secukup rasa tau. Kembang hati bonda bila Iman asyik puji sedapnya sambal udang bonda. ER pun makan bertambah-tambah jadinya. Aaaa.. nak beli lagilah udang kipas ni.... jom!!!
Kakak tengok macam udang ketak tapi tak jelas dah kena selaput dek sambal hihi..
ReplyDeleteBaru tahu ada udang kipas.
Ada gak jumpa..tp xpernah beli...sbbnya tak mkn udang ni..hehe
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDeletealamak macam seram nak makan
ReplyDeletebrape ringgit 1 kg ni?
ReplyDelete