Assalamualaikum...
SELEPAS kali pertama makan santai di Boat Noodle yang pernah Sk cerita di Alam Sari sebelum ini, memang banyak kali juga Iman mengajak Sk untuk makan di Boat Noodle. Dari minggu ke minggu.. bulan ke bulan tetap juga tak berkesempatan untuk ke sini sehinggalah Sk dipelawa oleh Blogger Sis Lin untuk memenuhi undangan dari Isma yang mewakili Pengurusan Boat Noodle. Orang tua kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Disebabkan bukan selalu ada event melibatkan blogger macam kami ni di JB, Sk mengetepikan segala hal yang bersangkut. Mana tahu, acara bersama Boat Noodle ini akan menjadi perintis dan membuka mata ramai Pegawai Perhuhungan Pelanggan terhadap kami blogger-blogger di JB ni, hihi.
SELEPAS kali pertama makan santai di Boat Noodle yang pernah Sk cerita di Alam Sari sebelum ini, memang banyak kali juga Iman mengajak Sk untuk makan di Boat Noodle. Dari minggu ke minggu.. bulan ke bulan tetap juga tak berkesempatan untuk ke sini sehinggalah Sk dipelawa oleh Blogger Sis Lin untuk memenuhi undangan dari Isma yang mewakili Pengurusan Boat Noodle. Orang tua kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Disebabkan bukan selalu ada event melibatkan blogger macam kami ni di JB, Sk mengetepikan segala hal yang bersangkut. Mana tahu, acara bersama Boat Noodle ini akan menjadi perintis dan membuka mata ramai Pegawai Perhuhungan Pelanggan terhadap kami blogger-blogger di JB ni, hihi.
Tujuan utama acara ini diadakan tentulah bagi memperkenalkan menu-menu baru di Boat Noodle. Bukan satu.. bukan dua tapi... 10 menu baru tauuu! Menurut Pengarah Eksekutif Boat Noodle, Tony Lim, rangkaian menu baru ini diperkenalkan bagi memberi lebih pilihan dan kepuasan selera kepada pelanggan untuk menikmati hidangan di Boat Noodle tidak kira siang atau malam dan mereka sendiri boleh membuat pilihan hidangan berat atau ringan mengikut selera masing-masing dan tidak terhad kepada mee semata-mata.
Boat Noodle yang mengetengahkan nostalgia jualan melalui sampan di Terusan Tengah Thailand telah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selepas membuka cawangannya yang pertama di Empire Damansara dan menjadi pilihan bagi mereka terutama golongan muda. Haaa... Sk yang tak berapa nak muda ni pun suka tauuu... hahaha. Boat Noodle juga menyediakan menu gaya warung dengan hidangan tradisional Thai yang sememangnya kena dengan tekak kita orang Malaysia. Tengok sahaja restoran-restoran yang berkonsepkan masakan siam di negara kita, dah tahu betapa citarasa kita yang condong ke arah sana.
Apa-apa hal pun kita minum dulu.. jom!
Siapa yang suka mengeteh pastinya akan sukakan rasa Ice-Blended Thai Tea ni tau. Tidak seperti sesetengah minuman kisaran air, Ice-Blended Thai Tea ini (kanan) tetap manis dan lemak sehingga ke titisan yang terakhir. Sedap giler sampai rasa macam tak mahu berhenti menyedut. Tapi bila raba-raba lengan ni.. dia kata.. insaflah Sk oi.. lemak dah tebal tu.. haha. Yang sebelah kiri tu Ice-Blended Green Tea... yang ni pun sedap juga tau. Setiap satu ni cuma RM8.90 sahaja, amat berbaloi.
Abaikan jerlah model cantik jelita belakang gelas tu ya, hehe. Okey, yang ini adalah Ice-Blended Thai Coffee. Terkejut model cantik tu sebab beliau ni alah pada minuman berkafein dan susu tapi tanpa beliau sedar beliau asyik menyedut.. haha. Menurut Isma, biji kopi ini adalah biji kopi asli dari Thai dan boleh dikatakan kebanyakan bahan mentah untuk cafe ini dibawa terus dari sana. Wow.. patutlah rasanya asli. Yang putih tu pula ialah Ice-Blended Coconut. Memang betul-betul piorlahhhh.. RM8.90 setiap satu. Errrr... siapa kenal model cantik sila angkat kening dua kali :))))
Jom... kita tengok apa lagi menu baru di Boat Noodle
Sape nak jadi kuat macam The Popeye The Sailorman... tut.. tutttt... bolehlah 'order' dan makan Thai Popeye's Tempura ni banyak-banyak. Sayur bayam yang dicelup dalam tepung tempura dan digoreng rangup ini merupakan snek yang wajib dicuba di Boat Noodle tau.. krup krap krup krap.. masuk ikut pintu keluar ikut tingkapppp... RM6.90 sahaja
Yum Mama yang ini harga RM8.50. Hidangan ini sememangnya yummy ya.. tengok pun dah tahu tahap mana kesedapannyakan..
Ini pula Yum Won Sen, sepinggan 'glass noodle' dihidangkan bersama makanan laut seperti udang, sotong dan kepingan isi ketam. Kiranya macam kerabu makanan laut laaa... RM13.00 sepinggan.. boleh makan kongsi-kongsi.
Yang ini pula Yum Meatball. Yum.. yum.. ni kiranya sedaplah maknanya kan... RM8.90. Kiranya macam lauk jugaklah.. boleh dinikmati bersama nasi. Eh! Ada nasi ke kat Boat Noodle??? Adalahhhhh... Meh tengok!
Ini dia Bangkok Omelete with "Sood Yut". Jadi, bolehlah makan lauk tadi dengan nasi ini harganya RM11.90. Atau kalau tak mahu nasi ni.. jom kita order nasi kat bawah ni pulak...
Kra-Pow Chicken Rice.. RM11.90. Yang ini memang sedap. Apa yang Sk suka dengan nasi di Boat Noodle ini kerana ia menggunakan beras wangi siam yang benar-benar berkualiti. Memang best sangat. Hidangan ni memang dah cukup berkhasiat sebab ada karbo, protein dan fibre.
Apa dia???
Kalau makan mesti nak ada ayam goreng??? Laaa.. sape kata tak ada ayam goreng.. nahhhhh!!
Chicken Wings.. ayam gorenglah tukan. RM4.90. Cukup rasa rempahnya.. macam tak cukup jer semangkuk tau, leka meratah.. hahaha.
Kalau yang bawa anak-anak ni, kadang anak kita tak suka makan nasi atau hidangan yang berat. Makan pulak sambil mengadap tablet kan... jadi anak-anak mesti suka ini.. Grill Chicken Meatball RM4.90. Bebola daging ayam yang dipanggang dan disiram dengan sos istimewa. Jangan kata anak-anak, Sk pun suka ni tauuuu.
Kalau tak suka ayam, boleh ambil Grill Beef Meatball RM5.90. Tapi kalau Sk, ayam boleh, lembu pun boleh.. tolak batu dengan kayu jer, hahaha.
Ini pun feberet Sk di Boat Noodle, Thai Fruits Salad RM6.90. Sedikit pedas tapi meletops rasa dia memang hidangan yang wajib setiap kali ke Boat Noodle.
Hidangan pencuci mulut ala-ala kuih Tepung Pelita namanya Ka Num Tuay RM1.00/ 2 biji. Ni siapa datang malam-malam masa nak dekat tutup tu Boat Noodle bagi percuma jer tau.. tapi selagi stok masih adalah. Kalau dah habis tak dapek Sk nak menolong, hehehe.
Dan tidak sah ke Boat Noodle kalau tidak mencuba kesemua menu mee yang dihidangkan di sini. Macam yang pernah Sk beritahu sebelum ini, Sk sangat sukakan tekstur mee ini yang kenyal. Menurut Isma, ini adalah 'glass mee' yang dibawa khas dari Thai sebab itu rasanya asli. Satu mangkuk mee ini harganya cuma RM1.90.
Terdapat empat pilihan menu mee ini iaitu Beef Thai Rice Noodle dan Chicken Thai Rice Noodle. Setiap satunya anda boleh pilih sama ada mahukan kuah asli atau bersantan.. (Pathumthani atau Ayutthaya)
Burpppppp! Alhamdulillahhhhhh...
Terdapat lebih sepuluh pilihan minuman.. sampai pening kepala nak pilih.. hahaa.. bukan pening apa, tamak rasa nak pilih semua.
Perut dah kenyang.. jom kita foto-foto.
Akhir kalam, Sk ucapkan terima kasih kepada seluruh team Boat Noodle terutama Isma (empat dari kiri) yang tak jemu melayan celoteh kami. Sk sudahi dengan pantun dua kerat...
Terima kasih daun keladi
Kalau sudi jemputlah lagi
Boat Noodle Sutera Mall
Aras 2.. kalau dari KFC.. cari pintu keluar dan susur ke kanan.
Waktu Perniagaan : Setiap hari 11.00 pagi - 10.00 malam
Boat Noodle juga boleh di dapati di 7 cawangan lain iaitu
Empire Damansara
The School, Jaya One
Ikon Cheras
Berjaya Time Square
Publika
Gamuda Walk
dan Klang Parade
Untuk lebih maklumat, anda bolehlah singgah ke FB Page Boat Noodle di https://www.facebook.com/meesampan.
Eh... ada maszull & family juga tu kakak nampak SK
ReplyDeleteMana sedap compare dgn Amphawa Boat Noodle?
Kak,mmg terasa mcm beli dr sampan ye kak. Minus panas n jln kaki jauh2
ReplyDeleteAssalam SK..
ReplyDeleteTerima kasih sudi terima undangannya walupun last minit..
Tak rugi kan, makan sampai lebam katanye heheheh
Tgk air dia pun dah terliur..
ReplyDeleteSaya ada baca pasal Boat Noodle ni dalam akhbar, 2 -3 minggu lepas..
Untung la akak dapat gi review blogger, makan free...hahahaha
assalamualaikum SK...memang best dapat makan n jumpa SK sekali...:)
ReplyDelete