TAG DARI AH MAT GEBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

ASSALAMUALAIKUM wbt

KUI.. kui.. kui.. kena tag dengan blogger masak tersohor... i likeeeeeeeeeeeeeee!!! Dapat award lagi (dulu2 tak faham apalah award2 ni.. kih2). Jadi dah memalam ni, bolehlah jawab tag dari Cik Mat, sekejap lagi baru leh tepuk bantal.. hahaha. Bukan apa, saya tak naklah nanti sampai bertimbun-timbun tag... ceh! Macam aku fofular... kui2.

Soalan pertama: Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?
~ Hahahaha... ni sejarah ni. Kalau diingat-ingat balik memang rasa malu dan bersalah. Ialah, saya ni dulu macam ala-ala anak bongsulah, pasal lambat dapat adik. Jadi nak tolong mak memasak tu, jauh sekali. Nak matikan api dapur bila air dah mendidih pun tak pandai apalagi nak tolong masak air (masa tu guna dapur minyak tanah). Alkisah satu hari tu, nak dekat-dekat cuti sekolah, maka guru besar sekolah agama semasa ucapannya minggu terakhir persekolahan tu pun berpesan (tak silap masa ni saya dah umur 11 tahun)...

Guru Besar: Ha.. cuti sekolah ni jangan ingat nak main jer, tolong mak masak nasi. Siapa tahu masak nasi?

Saya memandang sekeliling... mak aihhhh! Semua kawan-kawan perempuan angkat tangan, malunyaaaaaaaaaa... dan dengan perlahan-lahan saya pun mengangkat tangan. Hahaha, sejak itu saya pun mula belajar masak nasi dan menyukat air beras. Tapi selalu masak nasi lembik pasal mak ajar sukat air guna jari, jari kita kan panjang... hahaha. Jadi tulah masakan saya yang pertama.. masak nasi masa umur 11 tahun. Nasib baik dah ada rice cooker. (Panjang tol cerita.. hehe)

Soalan kedua: Siapa yang menggalakkan anda memasak?
Entah, tak ada sesiapa kot. Sendiri galakkan pasal saya ni jenis yang kalau nak makan sesuatu saya hendak yang saya masak sendiri sebab tak suka nak menyusahkan orang lain dengan permintaan yang macam-macam... begitulah.. hehe. Bila dah kahwin pulak, dapat suami yang jemis memakan, suka nak makan macam-macam, jadi ini semua macam pendorong jugalah untuk saya memasak lebih-lebih lagi sejak berkawan dengan blogger-blogger masak ni. Kih3.

Soalan ketiga: Masakan yang paling anda suka dan digemari orang-orang kesayangan anda...
Jangan gelak ya... maggi cepat dimasak sedap dimakan. Ha, yang ini memang selalu jadi permintaan, saya suka dan disukai juga oleh orang-orang kesayangan antaranya adik-adik saya... kah3. Jap.. jap.. nak cari gambar maggi... kih3.


Yang keempat, kena tag 5 orang blogger yang sering berkunjung ke blog anda... alaaaa... nanti lain kali jangan tak mo datang pulak ya... hihihi... Yang ni payah gak, almaklumlah.. kita bukan blogger glemer, jadi tak ramai nak berkunjung. Takper, pilih 5 blogger yang terakhir singgah di sini dan meninggalkan jejaknya.. bolehkan...

KhaiAdry's Sedap-Sedapan
Rosaliza Embun Kasih Tercinta
Kak Nor64 Cooking Time
Erienz Bun & Butter
Kak Erna Coretanku

Diharapkan kalian semua sudilah menerima award dan menjawab tag ini ya... muahhhhhhh!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. terima kasih puan..wahh formal gila aku..hahaha...

    ReplyDelete
  2. Salam sari....tq ya sudi bagi akk award

    ReplyDelete
  3. salam sari yusa ..... terima kasih lah kasi award kat saya yang mana blog yang tak seperti nyer ini ..... pas tu nak tanya nak wat tagged cam ne yer ....

    ReplyDelete
  4. tima kacih kak tag erin...sedaya upaya rin cuba jawab,,,hehehe..

    ReplyDelete
  5. Cik Mat, hehe... memang kena formal... kih3

    Kak Rosaliza, ur welcome, kak.

    Khai, hik2.. dah pandai pun buat tag tukan..

    Erienz, ha.. jawab jgn tak jawab tau..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!