Assalamualaikum WBT
SERONOK rasa memandu ke pejabat sepanjang minggu ini. Dahlah cuma tiga hari sahaja bekerja, jalanraya pulak lengang. Setiap persimpangan trafik, lampu hijau.. sampai nak hirup kopi pun tak sempat apalagi nak baca whatsapp. Hari ni keluar dah dekat pukul 7 tapi sempat pulak clock in sebelum 7.30. Tapi, langit tidak selalu cerah. Minggu depan, boleh bayang dia punya jammed macam mana, nak nak pulak, kerja-kerja penyelenggaraan jejambat Perling yang asyik tertangguh akan bermula dan cuma dijangka selesai pada bulan Julai.
Blog kali ni, Sk buat entri random makan-makan sebab nak buang gambar-gambar makanan yang berlambak dalam galeri. Ni gambar tempat makan yang biasa pergilah ya. Yang tak pernah pergi atau yang jarang-jarang pergi kita buat entri khas.
Lama tertinggal kisah 18 Mac 2026 ni, masa bulan puasa, keluar moreh di Restoran Mi Empat Musim. Ini dah kali ke 3 Sk makan di sini. Pertama kali dulu datang dengan PI, kemudian pergi dengan kawan-kawan dan kali ketiga dengan Iman, berdua sahaja.
Spicy Beef Noodle (atas) untuk Iman dan Sk makan Mi Selangor. Kali pertama datang dulu Sk
makan Beef Fried Noodle yang mana tak menepati selera. Masa datang dengan kawan-kawan, Sk makan Mi Selangor dan terus suka. Ni la repeat lagi Mi Selangor. Letak chili oil lebih, lebih sedap dan bagi yang sukakan pedas, boleh letak lebih. Tapi chili oil kat sini bagi Sk cukup pedas walaupun letak sikit.
Macam dah tertukar citarasa dengan Iman. Biasanya, dialah yang suka mi berkuah.
Iman setuju Mi Empat Musim ni sedap. Lain kali nak datang lagi tapi tu la, sampai dah bulan Jun ni rasanya tak mengulang lagi ke sana, hihi.
Total RM38 tapi ada diskaun Ramadan, bayar RM30.40 sahaja. Ni la kot satu-satunya cerita bulan Ramadan yang tertinggal, hihi.
4 Mei 2026 (isnin) tapi kami tiga beranak ambil cuti sebab penat hari sebelumnya tu kan kami balik dari KL sebab kawan Iman kahwin di Gombak. Walaupun cuti tapi rasa malas nak masak. Dalam pukul 2 petang baru keluar makan di Sudut Selera Sri Cempaka, makan nasi campur. Iman ambil asam pedas ayam kot, PI ambil kuah kari, ikan goreng dan entah apa lagi tu. Sk ambil jantung pisang masak lemak, sambal belacan dan ikan siakap bakar.
Jumlah RM42. Yang RM17 tu, Tuan Tanah Kedaung punya la tu. Tapi, share sikit ikan tu dengan Iman, kira aci la kan.
5 Mei 2026, malam tu PI ada bola. Sk dan Iman pergi makan di Restoran Ainoni. Malas nak pergi jauh-jauh. Kami pesan Roti Sangkaya.
Mi Celup Ayam untuk Sk. Selalu baca di medsos orang share kedai-kedai menjual mi celup yang sedap di bandar JB tapi kami kalau nak makan Mi Celup, memang di Restoran Ainoni ni la rasa yang sedap. Kadang-kadang terfikir jugak, mereka yang share tu tahu tak dekat Ainoni ni pun sedap mi celupnya.
Ni Iman makan Mi Celup Daging. Boleh pilih jenis mi yang kita nak, kami suka kueyteow. Pernah dulu ambil maggi tapi rasa tekak kami lagi kena dengan kueyteow.
Sambil makan mi celup, sambil makan Roti Sangkaya, hehehe.
7 Mei 2026, pergi makan Bubur Nasi No 1 cawangan Larkin.
Pesan Bubur Nasi Berlauk seorang semangkuk. Minta kangkung extra semangkuk, PI berkongsi dengan Iman. Bagi Sk, cukup dah kangkung tu sepiring.
Sate Daging ambil 15 cucuk. Sini dia guna daging batang pinang tapi tang lemak dia tetap ada diselit kat tengah. Cair di mulut makan panas-panas.
Sambil makan sate, sambil makan bubur. Stail kami, masukkan semua lauk dalam bubur, gaul dan makan, memang yummy.
Mahal dah bubur sampai RM9 satu set. Tak ingat zaman muda-mudi dulu berapa, RM3 ke RM4 ek. Tapi masa tu nak makan bubur nasi ni ada satu cawangan sahaja di Taman Sentosa, makan tepi longkang, hihi. Masih ada lagi ya cawangan Taman Sentosa tu.
9 Mei 2026, pergi makan di Gerai Mi Wantan Taman Perling. Ni pertama kali makan di sini tapi malas nak buat entri lain sebab gambar dia gelap atas faktor kurang cahaya. Gerai Mi Wantan ni di Jalan Rawa, mereka meniaga depan kedai basikal. Kedai basikal tu mereka punya perniagaan di sebelah siang. Kiranya mereka berniaga di kaki lima dan pacak khemah, buka meja makan di tapak parkir. Pesan makanan di kaunter, kemudian ambil sendiri minuman (layan diri). Ada minuman soya dalam botol dan minuman dalam tin. Lepas makan baru bayar. Makanan mereka cuma ada mi wantan aje, ada pekerja hantar ke meja.
Mi dihidang dalam mangkuk yang dialas plastik macam ni. Ada sawi pakchoy dua helai.
Kicap ada dibawah mi, gaul sendiri sebelum makan. Letak chili oil dan cili jeruk lagi umph!
Sup wantan dia tak kedekut, ada chicken ball, fish ball dan dumpling yang penuh inti.
Nasib baiklah Sk bersiap sikit nak pergi ni. Terserempak pulak dengan kawan sekolah, hihihi.
15 Mei 2026, PI lapar nasi, dia ajak makan malam di Restoran Sayam. Sk malas, sebab Sk yang memandu malam tu, Sk pujuk PI pergi makan di Restoran Ainoni jer. Mujur dia makan pujuk.
Kerabu Mangga is wajib. Banyak dan sedap.
Tu diaaa, penuh meja. Ada tomyam, ada sup tulang, ada sup daging, masing-masing tak nak mengalah nak ambil lauk kegemaran. Tu nasib baik tak ambil ikan kalau tak terpaksa sambung meja agaknya. Total RM98. Kalau ambil ikan dah berapalah agaknya, mahu tambah lagi RM38.
16 Mei 2026, tukar selera makan Street Food di Stulang Laut. Iman pilih Yong Taufu Goreng.
Leka kan kalau pilih YTF ni. Sos pencicah dia sedap.
Pesan ABC sorang semangkuk. Ni Sk punya Ais Jelly, PI Ais Mangga dan Iman Ais Coklat. Tak pernah-pernah pulak minum Ais Jelly letak ais krim, nasib dia letak ais krim vanilla.
Kat sebelah sana tu Rojak Petis dan Tauhu Bakar.
Iman makan Bubur Nasi. Sini cawangan Bubur Nasi No 1 jugak tapi dekat sini RM10 ke RM12, harga bubur dia. Total Bubur, YTF dan Iman ambil mochi dua biji, RM38. Nama aje street food tapi bak kata blogger Tot, bapakkkk mahal! Tu belum harga ABC dan rojak. Malam-malam minggu seronoklah makan kat sini.
21 Mei 2026, PI kata, jom pergi makan Sate Abang Baran. SAB ni famous juagk ek, baran jer katanya kalau nak pesan sate dengan dia.
Ni dekat Dataran Niaga Taman Perling yang belah kiri jika datang dari arah Perling Mall.
Mi Rebus untuk PI.
Sk dan Iman makan Mi Bandung Tetel. Tapi tak rasa mi bandung, rasa mi kuah. Lepas tu Sk tak gemar sangat la Mi Bandung yang banyak bahan macam ada fish cake ke apa, nanti rasa dia lari.
Sate daging. Rilek jer kakak tu kipas sate guna kipas elektrik yang kecik tu.
Bolehlah.. kadang buntu malam-malam nak makan kat mana kalau siangnya PI dah makan nasi.
25 Mei 2026, makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House. Punyalah tamak ambil sayur, kalau ada 10 jenis sayur, 10 10 nak. Sk suka makan sayur.
Aaa.. ni keluar pergi Aeon Tebrau berdua dengan PI sabtu lepas. Iman pergi jimba-jimba dengan geng kerja Petronas. Ke sini sebab PI nak beli tali pinggang. Lepas beli tali pinggang, kami mengopi di L Cafe.
PI makan croissant, Sk makan focosia (macam mana eja?) PI minum latte, Sk minum Guava Asam Boi. Masham betul sebab tak kacau sampai bawah.
PI suruh ambil gambar hantar kat Iman.
Nak menyakat la, Iman tak ikut. Iman nanti cakap, kalau dia ada, tak pulak bawa mengopi, hihi.
Macam-macam gaya nak kasi jealous konon.
Lepas tu pergi makan pulak dekat Ebraheem Coffee, Angsana Mall. PI makan Mi Wantan, Sk makan roti bakar jer. Tapi rupanya tak ambil gambar. Ada gambar singgah Habib Jewels aje sebelum pergi Ebraheem Coffee tu, hihi.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih