Assalamualaikum WBT
BARU ada tiga post blog bulan Jun ni di Alam Sari Tanah Jauhar ni walaupun dah 9hb. Jaga-jaga, hari ni dan esok-esok, Sk spam dua tiga entri sehari, biar muntah saudara/saudari baca, hehehe.
Mungkin ada yang tak tahu, cawangan pertama Top One BBQ Seafood di Medan Selera Sri Tebrau terbakar baru-baru ini. Salam takziah kepada bos Top One BBQ. Jadi, pelanggan yang rasa teringin nak makan ikan bakar Top One tu, bolehlah datang ke cawangan di Puteri Habour ni. Ini kali kedua Sk ke sini, kali pertama dulu, boleh baca
Tak habis lagi promosi ketam gila ni.. hehehehe.
Satu set ni ada dua ekor ketam cuma RM88. Kalau ambil dua set, percuma seekor, jadi bayar RM176, dapat 5 ekor ketam. Boleh pilih nak masak cili, telur masin atau BBQ. Kami pulak memang jenis yang kedekut nak makan ketam di restoran, heheheh. Rasa bayar mahal dan tak berbaloi sebab tak boleh melantak macam kat rumah, huhu.
Pilih duduk di meja luar kali ni. Saja nak ambil angin di pelabuhan. Biasa dekat waterfront ni ada festival, tapi ni dah beberapa minggu macam takde dengar-dengar pulak ada. Kalau tak, lagi meriah. Lupa nak tulis tarikh, 17 Mei 2026.
Nanti lain kali boleh la saudara/saudari datang sini makan tengahari, ada Set Lunch jugak tau. Tapi, masa kami datang ni set lunch dah tutup pesanan, lagipun PI nak makan lauk penuh satu meja. YTJT.
Lala Goreng Chili, RM24.90
Isi lala segar dan penuh, masakan goreng cilinya sedap, pedas-pedas manjah dan tak kedekut sambalnya.
Siput Sedut Sambal Sos Tiram, RM28.90
Yang ni dia masak sambal letak sos tiram. Apa beza sambal dengan goreng chili? Mungkin yang sambal ni dia guna cili kering dan goreng chili guna lada merah atau lada hidup. Sk kurang gemar rasa sos tiramnya yang agak kuat jugak. Tapi puas hati sebab siputnya gemuk dan segar, bila kita sedut tu dia tak putus tengah jalan, hihi.
Baby Kailan Sos Tiram, RM13.90
Biasa jer la cara masakan sayur dia ni. Walaupun cuma sayur ada restoran yang boleh beri rasa wow tapi dekat sini biasa aje la, macam kita makan sayur dengan nasi campur.
Tapi tu la, lambat betul pulak servisnya. Satu-satu lauk dia hantar. Bosan tunggu lauk satu-satu sampai nasi pun dah sejuk dan perut kenyang sendiri. Dahlah PI tu jenis makan laju, karang lauk sampai dia dah kenyang lepas tu nanti kita pulak kena habiskan lauk-pauk yang dia order.
Ikan Pari BBQ Sambal, RM64.35 (RM9.90/100gms)
Lupa nak pesan extra sambal. Sambal dia sikit, ngam-ngam untuk salut ikan jer, bawang jer lebih. Nampak tak happy la Iman makan sebab dia suka sambal banyak. Lepas tu ikannya macam overcooked sampai kering ikan tu.
Tunggu sotong pulak tak sampai-sampai.
Sotong BBQ Sambal, RM32.70 (RM10.90/100gms)
Nasiblah yang sotong ni banyak sikit sambalnya, tu pun banyak bawang jugak. Sotong dia macam liat sikit, lama sangat masak kot.
Penuh meja baru puas hati PI. Tapi tu la, feel dia tak sampai sebab timing lama sangat setiap satu lauk tu.
Tulis google review, nanti dia bagi dessert. Kami masing-masing pilih Ice Jelly. Tapi ni mangkuk kecik la. Walaupun mangkuk kecik kira cukup dah sebab masing-masing dah pesan minuman.
Mungkin lama sikit la baru repeat, hihi.















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih