MAKAN DI MA LA TANG CINA MUSLIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS 5 hari bercuti sejak Jumaat lepas, hari ini dah kembali ke pejabat. Gerak dari rumah jam 6.45, pukul 7.20 dah sampai tapi sistem infotech buat hal la pulak, tak boleh nak clock in. Sk screen shot dan ambil gambar untuk bukti submit kehadiran. Lepas tu pergi ke ibu pejabat untuk thumb print, tak ada 'karen' la pulak. Kita selfie pulak depan bangunan tu, untuk bukti la jugak. Lepas tu pergi kantin tapau mihun goreng, patah balik ke pejabat hakiki, dah boleh clock in pada jam 7.32. Hurmmm.. rugi la 2 minit, hehehe.



Sejak dua menjak ni, Restoran MA LA TANG Cina Muslim, mula viral. SK pun baru-baru ni jugaklah kenal pasal Ma La Tang ni. Mula-mula ingat, apa binatang la Malatang ni.


Malatang adalah hidangan sup panas dan pedas popular dari wilayah Sichuan, China. Perkataan "mala" bermaksud pedas dan kebas (daripada lada Sichuan), manakala "tang" bermaksud sup panas.





Konsep hidangan ini sangat unik dan interaktif:

Pilih Sendiri: Anda bebas memilih bahan mentah yang dimahukan seperti sayur-sayuran, daging, bebola, cendawan, dan pelbagai jenis mi di kaunter layan diri.



Ni, kami pergi ke Restoran Ma La Tang Cina Muslim di 68 Avenue Gelang Patah. Ni sama la jugak konsep macam steamboat dan Lok Lok.


Timbang & Masak: Bahan yang dipilih akan ditimbang mengikut berat dan dimasak oleh cef di dalam kuah sup berempah.



Masa kami datang ni ada promo iaitu RM3.80/100 gram. Harga sebenar RM5.80/100 gram, jimat RM2. Berbanding steamboat atau lok lok yang harganya berbeza, Malatang ni dia kira lumsum, tak kisahlah kita ambil sayur ke, Mee ke, seafood atau daging ke, dia akan timbang mengikut berat.


Dekat kaunter ni kena terus pesan minuman dan jika nak nasi pun boleh pesan terus di sini.



Tahap Kepedasan: Kebanyakan restoran membenarkan anda memilih tahap kepedasan mengikut citarasa.





Kedai tengah viral, full house ya. Mujur ada meja tambahan di luar kedai. Terus feeling macam tengah melancong di negara China, haha. Sos-sos pencicah tu semua, DIY.



Pesan juga Beef Fried Dumpling. Tembikai percuma.



SK dan PI berkongsi, Iman buat mangkuk lain. Ni pun Sk kena jaga-jaga risau PI ambil macam Yong Taufu. Tapi ni, jauh lagi murah la dari YTF. Tak pastilah kalau nanti dah habis harga promo, masih murah dari YTF ke tak.



Sedap la supnya di tekak Sk ni. Ni nanti nak mangkuk ke apa, pandai-pandailah cari sendiri sebab staf mereka nampaknya sibuk bebeno tak cukup tangan. PI dan Iman la yang rajin buat sos la, cari mangkuk la.


Nanti la.. lama-lama sikit kita repeat. Banyak sangat agenda makan cuti-cuti panjang ni. Dengan rayanya lagi, makanan left over penuh satu esbox tuuuu, kena habiskan satu-satu, jangan membazir.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!