LAMA sungguh saya mengidam nak makan Mee Pak Cik Pendek (MPCP) yang gerainya terletak di Kampung Pasir. Urmmm, memang nama gerai tu, Gerai Pak Cik Pendekkah?? Eh, bukan, sebenarnya kitorang saja yang pandai-pandai letak nama pakcik tu Pak Cik Pendek sebab orangnya comel dan tak tinggi tapi bukan kerdil. Sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan fizikal pakcik tu tapi nak bagi senang cam sebab memang ramai orang yang jual mee kat Kampung Pasir, kan. Tapi dalam ramai-ramai tu, kami sekeluarga paling suka dengan MPCP sebab meenya bertimbun dan dibungkus dengan cara yang klasik macam orang dulu-dulu.. hehehe. Bertahun berniaga, PCP masih mengekalkan cara tradisi membungkus makanan yang dijual di kedainya dan itulah salah satu sebab kenapa saya suka sangat makan MPCP ni. :-)))
Suatu ketika dahulu, kami tinggal di Kampung Sri Jaya yang berjiran dengan Kampung Pasir. Boleh dikatakan selalu sangat kami beli MPCP ni bila dah tiada idea dan lauk pun dah habis. Masa tu harga MPCP ni RM2.50 murah 50 sen dari kedai lain yang menjual makanan yang sama. Bukan sahaja murah, tapi sebaik saja kita buka bungkusan mee tu, bertimbun mee kat dalam tu, boleh makan berdua, tu pun belum tahu habis. Biasanya mesti ada lebih bungkusan makanya nanti jadilah menu sarapan pulak, hehe. Maklumlah, masa beli tu, tamak, semua nak sorang satu, huhuhu.
Tidak lama selepas saya berkahwin dan menetap di tempat sekarang, saya masih lagi singgah membeli MPCP. Tapi masa tu harganya dah naik 30 sen. Alah, 30 sen jer pun... tempat lain semua jual RM3.50 tau. Tapi rasa MPCP tetap tak berubah dari dulu. Dan saya masih lagi mengitar semula MPCP untuk dibuat sarapan sebab terbeli lebih... punyalah tamak.. kan :D
Semalam petang, semasa saya memandu pulang ke rumah dan melalui Plaza Angsana, saya cakap dengan Yaya. Nak makan MPCP tak? Yaya tanya, MPCP??? Alahhh, PCP yang kat Kampung Pasir tu... punyalah lama saya tak pergi sana sampai Yaya pun dah lupa. Saya rasa dekat 3 4 tahun juga tak membeli MPCP, ialah.. keluarga saya (ibu, adik, kakak) pun dah tak tinggal di Kampung Sri Jaya lagi, jadi memang tak lalu lagi kedai MPCP. Yaya tak memberi jawapan. Saya kata, tiba-tiba teringatlah dan saya berniat kalau PCP tu masih buka kedai, saya nak beli lebih sebab nak hantar rumah kakak saya, Angah. Ibu dan adik saya tinggal bersama Angah dan suaminya. Anak Angah tiga tapi yang kecil tu, baru 5 tahun, Indah namanya takkan boleh makan habis sebungkus. Saya mencongak-congak nak beli berapa bungkus agaknya kalau MPCP tu buka.. ;p
Amboiii.. saya rasa senyuman saya sampai ke telinga bila nampak gerai PCP buka. PCP masih sama macam dulu, ramah dengan senyuman. Taklah macam sesetengah peniaga tu, masam mencuka jer rupanya. Kadang bila pelanggan datang buat bolayan jer. Memang alamat saya tinggal balik ajelah kalau macam tu. Yaya kata, "oooo, kedai ni.... nak.. nak...," hah, tengok, Yaya pun suka MPCP tau.. ;-)
Saya menyapa PCP, "Assalamualaikum, Pak Cik... Sihat??"
"Eh, sihat.. dari mana ni??"
"Balik kerja, Cik.." senyum lebar-lebar untung-untung dapat diskaun.
Kakak pembantu kedai yang dari dulu kerja dengan PCP dan suka senyum bertanya, "nak order apa?"
"Errrr... 6 mee kuning, 4 bihun.." uishhhh, tamak sungguh.. cemana leh beli sampai sepuluh bungkus?? Eh, takpe, lebih leh buat sarapan ;p
Rupa-rupanya selepas 3 4 tahun tak datang tu, harga MPCP naik lagi. Saya pasti PCP menaikkan harga meenya sedikit-sedikit sehinggalah semalam sebungkus harga MPCP menjadi RM4. Agak terkejut juga tapi memikirkan dengan kenaikan harga barangan mentah yang mendadak sejak kebelakangan ini, memang wajar PCP menaikkan harga, kalau tidak macammana PCP nak menampung modal bahan mentah, gas, bil api dan elektrik di kedainya, ye tak?
Bila ibu buka bungkusan MPCP tu, ibu terkejut. Macam ni RM4??? Apa untungnya PCP ni, punyalah banyak mee dalam bungkusan tu siap ada udang (walaupun bukan L) dan daging. Oh! Ya, menu di gerai PCP ni bebas dari ayam memang sesuai untuk ibu yang tak makan ayam.
Sudahnya ibu makan syer dengan anak Angah, Izzat. Izzat share juga mee dengan Yaya. (Banyak tak Izzat makan?? ;p) Angah boleh makan mee dia tiga beranak. Bila saya nak balik tu, saya tengok ada berbaki 4 bungkus, dalam kereta memang saya tinggalkan dua bungkus. Satu untuk ER dan satu untuk bekalan sarapan hari ini. Tulah, tamak lagikan.. hihi. Tapi tak apa, MPCP makin perangat, makin sedap. Goreng telur dulu dalam kuali, bila telur separuh masak, campakkan jer MPCP, licinnnnnnnnnnn... hehehe.
Oh, ya.. semalam saya cakap dengan PCP.
"Pak Cik, saya sekarang dah ada blog, nanti saya promosikan gerai pak cik dalam blog saya."
"Oh, kamu dah ada belog ya?? Apakebenda belog tu?? Errr... sama tak dengan Cool Blog tu???"
"Ish, mana sama pak cik. Cool Blog tu ice blended, saya punya blog. Masuk dalam internet."
"Ooooo... gituuuu.."
"Errr... boleh tak saya nak ambil gambar pak cik, nak masukkan dalam blog saya?"
"Eh, tak payahlah... pak cik dah tua, dah tak berapa hensem. Dulu masa pak cik muda-muda, kamu tak nak ambil gambar."
"Alah, dulu tu saya ingat artis jer yang boleh ada blog ni, hehehe."
"Alah, tak usahlah.. pak cik malu... dengan sudip kuali kat tangan ni... tak usahlahhhh.."
Setelah puas memujuk akhirnya dapat juga saya ambil gambar PCP tu. Okey apa pak cik. Taklah tak hensem sangat... hehehe.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s Tulisan berhuruf merah adalah rekaan penulis semata-mata... ampunnnnnnnnnn!!.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya nak bagi soalan matematik kat sini, siapa dapat jawab akan menerima hadiah berupa Kredit Top Up Handphone (betul ke ayat ni???) dari mana-mana rangkaian telekomunikasi bernilai RM10... Eleh... RM10 jer punnn... Eh, okeylah tu, RM10 boleh dapat 2 bungkus MPCP ngan air 2 bungkus tauuuu...
Soalan : Berapa kali gandakah harga MPCP telah dinaikkan?
p/s Sebab soalan tu senang, boleh dikatakan semua orang boleh jawab jadi ada soalan tambahan... hehe. Teka warna baju yang PCP pakai semalam. Baju belang maknanya ada dua warna tau.
Jika tiada tekaan warna yang betul, pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang hampir tepat.
Selamat Menjawab.
Eh, tertinggal nak cerita, dulu kalau nak buat hari jadik ibu, kalau tarikh tu jatuh hari kerja, saya bawa tupperware besar gi kedai PCP ni, "Pak Cik, buatkan bihun goreng RM10." Penuh satu tupperware tu tau...
Salam kak yus! ahahahaha... akak mmg berbakat! :D kita nak susun ayat pun kdg terbalik terbalik, dgn noktahnyer yg takde dgn komanyer yg hilang ntah kemana :D mahalnyer 4 ringgit kan tp kalau dah sedap tak yah dgr harga tu berapa, kat tempat kita ada satu kedai yg epok2nyer dr kita kecik sekolah rendah sampai skrg rasa mmg tak ubahhhh! baik epok2 dia mee dia, sume2 lah, kita pun tak tahu mcm manalah dia sukat tu dah berbelas tahun tau! lepas tu harga kuih2 kat kedai dia paling murah, dulu2 seringgit 10 lah kan, tahun lepas kita balik dia cuma naikan seringgit tu 7 ketul, kdg tu dia bg lagi free klu bwk budak2 :D kalau tgk keliman epok2 dia mmg kelakar hihihi tp siyeesss sedap! tak meresap minyak inti pun sedap ehehe... panjang pulak komen kali ni hihihi..
ReplyDeleteIjayuji, Seringgit 7 epok2??? Murah beno, bagi lokasi, hihi. Orang meniaga ni bab campak baling tu dah biasa kan. Kita ni (mksudnya akak) msk pun dok tengok tablet/lappy smpi putih screen kena tepung, haha
DeletePakcik encemmm ;-)
ReplyDeleteKenaikan 43%
Hitam-Putih
:-)
Oh Oeya, tersasarlah jwpn tu, hihi
Deleteamboiiii...pandai m'reka2 citer eaaa..report kak PCP karang..:) lia dulu selalu pi kg.pasir ni kak sbb pakcik lia dulu dok kat situ....klu x silap kat Jalan Limau tp lia x penah plak jumpa kedai ni...
ReplyDeleteada soklan pulak...
RM2.50 menjadi RM4 ...ermmmmm.....(sambil garu2 kepala..heheee) klu 2x ganda mesti jd RM5 kan..alamak failed la kak.....huhuhuuuu
lagi 1 soklan...agak2nya kaler putih/kelabu kot... :)
Mamamya, alaaa, sesaja jer, hehe. Kaler tu ada sikit lagi tembak bleh kena, hehe. Tp sbb soalan prtama tk dpt jwb kira pnyertaan batal, huhuhu
DeleteSebelum K.Ita nak jawab soalan Yus tu, jawab dulu soalan cepumas dari K. Ita ni...
ReplyDeleteKenapakah pakcik itu dipanggil PAKCIK PENDEK? Adakah kerana :
a) rambutnya pendek
b) umurnya pendek
c) sudipnya pendek
d) ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi
e) misainya yang pendek????
Nak jawab soalan cepumas Yus pulak :
[(4.00-2.5) / 2.5 ] * 100
= (1.5/2.5)*100
= 0.6*100
= 60%
::kenaikan sebanyak 60% ataupun 0.6 kali ganda...
Hmmm...kemeja belang2 ya...! Rasanya pakcik ni minat biru & merah ataupun hitam & merah. Betul tak?
Kak Azita, kita bg test kat dia, dia test kita blk ya, hihi. Jwpnnya D ;-).
DeletePeh! Jwpn org bljr kat Jepun jgn main2 tu, siap bg formula, kira dpt mrkh penuh ni, hihi. Malangnya bab warna baju tu meleset terus, huhu.
sian pakcik tu..dapat tittle pendek..hehe..ke pendek betul? hehehhe
ReplyDeleteJaja, kurang tinggi jer. Tapi pak cik pemurah. Mudah2an pnjg umur pakcik tu ;-)
DeleteSalam kak Sari,
ReplyDelete:D yum yum.. beruntung betul kalu dapat cari gerai yang mampu kekalkan kesedapan mee dia. Saya suka mee goreng.
untuk soalan, saya jawab no 2 jer. putih-merah. :)
Indahhouse, jwpn tu hmpir tapi batal sbb soalan 1 tak jwb, hehe
DeleteHahaha..
ReplyDeletegigih tau nak kire siap kuar calculator..:D
60% jawapanye..
kite teka kaler kuning hitam..ala2 harimau malaya gitu..
kat mane MPCP ni kak? kg pasir tang mane? nak terjah gak ni..;P
Winnie, kamu mmg gigih tapi jwpn no 2 salah. :-P.
DeleteLokasi Mpcp : dari stesen minyak BP kg pasir, msuk jln manggis jumpa simpang 4, belok kanan. Depan sikit sebelah kanan gerainya brdepan dgn rumah sewa brpintu2.
kak yus...
ReplyDeleteklu mas kan..klu dah tempat tu makanannya sedappppp...
memang akan beli selalu..
apa lagi murah dan banyakkk...
bungkus pun klasik mcm dulu..
mas suka..
kira ok la tu rm4 sebungkus..
masih murah..
banyak lagi kan....
susah nak cari sekarang bungkus makanan ngan paper...
teringat dulu mas selalu beli nasi lemak..
bungkus gini la..
sedappp, murah dan banyak lak tu....
hmm..tengok mee ngan bihun pun mas dah terasa kat tekak ni..
memang sedapp....
Mas, apa yg Mas katakan tu semua citarasa akak tau ;-)
DeleteAkak peminat mee goreng... kalau yang sedap tu boleh berulang2 kali makan...
ReplyDeleteBanyak sungguh rm4 tu... kenyang ye...
Kak Anie, samalah kita. Kalu nmpk mee goreng dah tak ingat bnda lain. Hehe
Deleteamboi...cikgu free ke hari ni, panjang plak entry meraban ye? Jgn la panggil pkcik mat pendek, eh...tertambah mat pulak....kot2 jd besan esok2?
ReplyDeleteAkk psl jwb soalan ni keje paling susah rasanya, soh masak tkpe. Errrr....jwb belang baju je la....biru n putih.
Kak Zana, jwpn batal, soalan 1 tk jwb :-P
Deletemsti mee pakcik ni special sgt2 kan... hik2...
ReplyDeleteLYAfrina, memang special, kat fb tadi rmi juga yg komen positif tau
Deletesaya bayangkan mee nye pun pendek pendek, rupanya tak...heheh!
ReplyDeletegadisBunga, yg tu kena tukar tajuk - meenya pendek2, hehe
Deletehehehe..siap bagi soalan teka teki lagik..kita nak pass je jawapan tu kat org lain sebab malas nak mengira...hahahahha
ReplyDeletedah 4 ringgit rega mee pakcik tu ye..tapi berbaloi jugak dgn yg membeli sebab kuantiti byk...ada udang daging lagi...hehehhe..
Quinnie, memang berbaloi, puas makan sedap pulak tu.
Deletekak yus...
ReplyDeleteala2 dikedai ayu..
tapi sebungkus hanya rm 3.50.
ayu pasti kesedapannya lebih pada kedai pakcik tu
tang pendek. pada ketinggiannya kan>
kak...
ala...
ayu nie bab2 mate fail..
tapi rasanya kenaikkan harga 0.5peratus..
hehhehe.. dikit2... naik 0.50sen kan..
belang eik?
selalu nampak pelanggan ayu guna baju belang2 warna merah putih..
betul tak?
Ayu, satu masa nanti akak nak try sume jualan di kedai Ayu. Bab bungkus mcm ni mmg fav akak, hehe. Warna belang baju tu melecet sikit, hehe
Deletehehehehe, cerita ni sweet. terasa mcm baca blog rasa hati pulak. hehehe
ReplyDeleteteringat beli nasik goreng mamak dekat bandar baru selayang dulu. hari2 beli sampai naik muat.
jawapan..
1)2kali ganda kenaikan.
2) pakai baju belangmerah hitam.
Zulfikar, eh eh, akak pun raa begitulah, hihi.
DeleteJarang pulak dgr nasi goreng mamak, klu mee goreng mamak tu slalu.
Jwpn tu meleset betul ;-)
Yus...nanti kalau Naz jalan2 ke Johor, belanja mee ni yer.. Tak yah mknn yg mahal2 pun tak pe..
ReplyDeleteKelakor la ko ni Yus.. Teringin nak jumpa bersembang2 dgn Yus secara life..
Yg gambar pakcik tu, sabor jer lah.. Kuingatkan ada lah gambar betul..
Naz, wokeh, no problem (selamat duit aku, haha)
DeleteKalau jumpa live aku ni pemalu lah Naz, hihi.