DUNIA KACA & AWARD KAK SHA MCM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

BERTALU-TALU pesanan dan pertanyaan yang masuk ke dalam chatbox saya bila saya postkan gambar kek dalam botol ini. Minta maaf banyak pada mereka yang pertanyaannya tergantung dan lambat dijawab kerana saya lupa nak matikan wifi setting, oleh itu setiap kali termasuk dalam zon wifi maka anda akan melihat saya sedang online padahal saya mungkin sudah bemimpi bulan masa tu... maaf.. maaf.. maaf.

Antara soalan yang paling popular sekali ialah di mana dapat botol tu... berapa satu... jual tak... Soalan nombor dua popular ialah boleh minta resepi tak... macammana nak masak... masuk dalam oven ke... Tetapi nak ucapkan juga terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membeli dengan saya yang memberi soalan tu pun terima kasih juga kerana itu maknanya anda begitu prihatin dengan insan kerdil macam saya ni, huhuhu.

Dunia kaca ini tiba-tiba merubah hidup saya yang sudah beberapa bulan menyepi dari membaking. Rasa seronok mengadap botol-botol berbentuk heksagon ditambah dengan tudungnya yang hitam menawan. Saya berangan alangkah bagusnya jika dapat sudu warna hitam juga tapi sayangnya saya tak jumpa. Mungkin perlu ronda-ronda lagi sehingga dapat apa yang dicari. Terima kasih atas cadangan rakan-rakan untuk saya supaya botol-botol kek saya tampil lebih ekslusif, akan saya usahakan, insyaALLAH. Cuma saya percaya sebahagian dari pelanggan saya tiada agenda lain selain untuk makan-makan sahaja. Alangkah ruginya kalau saya terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos membeli sudu dan riben yang cantik kalau akhirnya nanti ia dibuang begitu sahaja. Kecuali botol, botol cantik itu saya percaya anda tidak akan membuangnya, mungkin boleh tanam pokok kaktus, siapa tahu.. atau letak daun keladi cantik letak atas meja pejabat, sangat comel. Saya seperti menyesal mengenangkan begitu banyak botol jem, mayonis, sos prego yang saya campakkan dalam tong sampah sebelum ini. Kalau tidak tentu banyak lagi yang boleh diteroka dengan botol-botol ini... haishhh!!

Mari kita teroka apa yang ada dalam botol ini....

Oreo Cheese Cake dilapisi inti blueberry & strawberry... masam manis lemak sedap!
korek isi tu samapi habis ya... ;p
Anda boleh gunakan sebarang resepi untuk menghasilkan kek dalam botol. Saya lebih senang menggunakan resepi kek jenis chill (betul ke ayat ni). Boleh tengok resepinya di sini. Atau anda juga boleh gunakan tepung kek segera yang dijual di sini. Kalau anda masih berminat untuk membakar kek dalam botol kaca ini boleh lihat resepinya di sini, okey.

Untuk memudahkan anda memasukkan adunan dalam botol, masukkan adunan kek dan filling ke dalam piping bag. Tak perlu pasang nozzle, gunting sahaja hujung piping bag dan picitkan ke dalam botol lapisan demi lapisan. Guntingan perlu lebar untuk adunan kek dan kecilkan sedikit untuk filling. Jangan letak filling terlalu tebal kerana ianya manis, silap-silap ada yang hyperactive karang, hahaha. Simpan kek dalam peti sejuk antara 5 hingga 6 jam atau semalaman, nak senang, buat malam... tidurrrrrrrrrr... zzzzzzzzzzzzz.. bangun pagi dah keras. Picitkan fresh cream sama ada yang siap dalam botol yang ada dijual di pasaraya atau putar sendiri non-dairy whipping cream yang dijual di kedai-kedai kek. Taburkan hiasan mengikut citarasa anda.

contoh whipped cream siap sedia untuk terus digunakan tanpa perlu diputar.. pastikan halal
Non-dairy Whipping Cream.. kena putarrrrrrrrr dulu.. pinjam gambar dari blog Masam Manis ni.. hehehe
Kalau nak buat hantaran bolehlah dihiaskan dengan riben-riben cantik yang banyak jual kat Mydin.. hehe.

Saya juga menerima banyak sekali permintaan untuk menghasilkan kek ini di dalam container plastik. Bagi memuaskan hati semua pihak saya telah menjalankan eksperimen (ececeh) dengan menggunakan botol plastik dan hasilnya... jeng... jeng.. jeng..

belum letak fresh cream lagi..  botol plastik tidak kedap udara dan kurang cantik.. hehe
Botol plastik menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam peti sejuk kerana kebanyakan botol plastik tidak kedap udara. Kandungan kek juga mudah hilang suhu sejuknya apabila diletakkan di luar peti ais. Namun bagi botol kaca pula ia kedap udara, tidak menyerap bau makanan dan suhu sejuknya lambat hilang setelah dikeluarkan dari peti sejuk. Betul, harga botol plastik murah tetapi apabila telah dimasukkan adunan kek, kosnya sama dengan kek dalam botol kaca. Contohnya lebih kurang beginilah, kalau satu adunan tu boleh dapat 13 botol kaca tetapi bila menggunakan botol plastik saya cuma boleh dapat 10 botol. Ini kerana dinding botol plastik lebih nipis berbanding botol kaca. Lagi satukan, dah namanya Cake In Jar, takkanlah letak dalam botol plastik pulakkan, itulah ekslusifnya kek ini ;-)))

Berita terbaru yang saya terima, botol kaca kehabisan di pasaran, biar benar?? Masa saya pergi kedai lebih kurang dua minggu lepas, berkotak-kotak botol dalam stor tu, nampaknya saya kena terjah lagi kedai botol esok... hehe.

Alhamdulillah, saya mendapat respons yang amat baik dari mereka yang telah menikmati Cake In Jar ni. Semua sukakan rasanya dan ada yang nak mengulang semula, boleh.. boleh.. selagi ada kudrat dan masa saya tak akan hampakan permintaan anda.

Urmmmm... ini award yang saya ambil dari blog Kak Sha, peserta Masterchef Malaysia musim pertama. Rupa-rupanya Kak Sha ini sangat ramah dan mesra orangnya. Kak Sha dah jadi public fugure sekarang tapi tetap merendah diri. Walaupun dulu-dulu masa tengok Masterchef tu ada juga terrrrrrr.. kutuk Kak Sha, tapi kata Kak Sha, beliau dah maafkan siapa-siapa yang kutuk dia dulu. Hiks, sorrylah Kak Sha, kita sebagai penonton kadang-kadang memanglah teremosional sikit... hihi. Haiiii.. bak kata Kak Sha, kita yang tengok dekat tv tu senanglah, peserta yang kat dalam tu lagilah macam-macam rasa. Jadi, Kak Sha, saya & ER (dia lagi kuat kutuk.. hahaha... adeh!) dengan rendah diri memohon ampun dan maaf ya, cayangggggggg Kak Sha, busyuk.. busyuk.. jangan marah naaaaaaaa. Kak Sha, bib tu comel, kita angkut sekali naaaaaa...


sungguh jelita Kak Sha kita.. p/s ini bukan mengampu.. ini kenyataan..
kalau dapat yang betul-betul lagi bagus.. hiks

P/S Kalau tak jumpa kedai botol, guna jer apa-apa botol yang ada di dapur tu, jangan guna botol kicap sudah.. hiks

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak yus ku sayang

    ingat ya september, kalaulah tak ada botol kaca, plastik pun okey.. janji birthday umai meriah dengan kehadiran beraneka pilihan bt kawan2nya

    ReplyDelete
  2. kak yus cayang....
    mas pun tertarik ngan bekas kaca ni..
    nampak menarik sangat..
    cuma mas tak sempat lagi nak tawaf2 kedai bakery mencari bekas gitu...nnti2 la..he3
    apa pun..
    akan mas try guna bekas kaca ni...
    tungguuuu...
    sementara tu..boleh khatam tu tips2 yg akak kasi nie....
    maceh yerk kak..

    ReplyDelete
  3. kak sari.. tun teringin gk nk buat nih.. tp setakat ni xjumpa lg kedai yg jual botol kaca nih. hmpp.

    ReplyDelete
  4. salam kerinduan kak..wow hidup dlm dunia kaca yea sekrg hihihi..dah terjah segala bahan n cara tp nak jgk rasa air tangan kak yus..balik jb nnti saya calling2 yea;muuuuaaahhh:)

    ReplyDelete
  5. Salam cayang mucuk mucuk wangi hahahaha.... tq so much sebab sudi tags awards dari hakak ya.. muahzzz cayanggg...

    Ala akak tak kisah pun.. akak ampunkan.. adatlah kan.. kalau tak ada yang jadi pengomen tak laku pulak siaran Astro hehehhehehh...

    Hadoii itu kek dalam botol tu memang buat hakak kecur giler!!!

    sedapppPPPpp.. tak pulak pernah menerai dalam botol... kat rumah ni banyak botol// hahahha tapi botol kicap hehehheheh.. cayang muahzzzz

    ReplyDelete
  6. ish3.. cam best je tengok kek dlm botol2 ni...memang menggoda hati dan perasaan

    ReplyDelete
  7. nak nangis tau tgk botol2 tu...klu lah blh di pos ke melaka...lia lah org pertama yg akan order.. :)

    p/s;hujung bulan ni balik jb..mcm nak order jer..huhuhuuuuu

    ReplyDelete
  8. memang menariklah cake in jar ni kan.. bermusim plak skrg ni kan... idea menarik jugak ni kalau buat sempena hari guru nnt.. tapi.. mana plak nak ku cari botol ittewww... hehehe...

    ReplyDelete
  9. tangan2 yg kreatif je mampu hasilkan & rajin jugak. tp sy x kreatif & krg rajin. kekekekeke

    ReplyDelete
  10. Kakak dtg nak wish Happy belated birtday yg jatuh semalam ye:)

    Kek dalam botol tu pun memang nampak sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!