ENTAH kenapa pagi tadi dalam perjalanan meredah kegelapan sebab lampu jalan sepanjang UTM tak menyala tetiba sahaja saya terimbau ke kisah 21 tahun yang lalu.. huhuhu.
Bagi pembaca setia blog Alam Sari pastinya dah tahu rahsia saya yang penakut nikan. Tapi macam saya pernah cakap dulu, saya ni takut-takut berani.. errr.. berani-berani takut gitulah. Maknanya kalau dalam ramai-ramai kawan saya ni kategori berani jugaklah.. tak faham?? Err.. buat-buat faham sudahlah.. Masa tu sekolah saya mengadakan
Biasalah, bila ada pesta-pesta macam ni, abang-abang dan kakak-kakak senior ni memanglah kreatif-kreatif belaka. Otak bergeliga boleh buat batu cincin tau. Ada beberapa kelas yang dijadikan lokasi permainan 'Kota Sesat'. Kita yang jakun ni pun masuklah 'Kota Sesat' tu.
Kononnyalah nakkan pengalaman yang lebih mencabar, jadi entah siapalah mencadangkan untuk kami masuk ke 'Rumah Hantu'. Aiyoooo.. aku tak mahu. Kata saya sambil geleng-geleng kepala. "Alah, ramai-ramai apa nak takut." Jadi bila dah dipulih-pulih semangat, dengan semangat berkobar-kobar kami pun berbarislah dengan hati berdebar-debar menunggu giliran masuk ke 'Rumah Hantu' tu. Sampai giliran kumpulan kami ada sepuluh orang tak silap, entah macammana berlaku tolak menolak. Semua orang tak mahu jalan di depan. Ish.. apa ni. Tetiba sahaja saya pulak yang beratur depan. Dah bayar punya pasal saya masuk jugak sambil berpimpin-pimpin dengan yang lain. Adik saya awal-awal dah melalak tak mahu masuk. Okey.. jalan jerlah..
Saya menyelak tirai langsir tebal warna hitam pekat tu. Sebenarnya memang semua nampak hitam. Saya tak nampak apa-apa langsung. Tetiba saja datang seorang nenek tua terbongkok-bongkok berpakaian serba putih datang dan rupanya dia akan menjadi pemandu pelancong kami dalam rumah hantu tersebut. "Aku nak keluar! Aku nak keluar!" Kata saya. "Tak boleh!!" Nenek itu menyergah garang. hendak tak hendak saya mengekor nenek kebayan itu. Di kiri kanan beberapa ekor hantu melambai-lambai. Ya, saya tahu mereka semua mesti pelajar senior tapi sumpah mereka semua amat menggerunkan. Hampir semuanya bertopeng dan bersolek menyeramkan. Ah, nak keluar.. nak keluar. Kami semua terpekik terlolonglah dalam tu, Ceh! Makin syok pulak hantu-hantu tu menyakat. Ini kerja gila! Kata hati saya, menyesal sangat masuk dalam ni tadi. Huhuhu.. memang rasa nak menangis tapi tak ada jalan lain sebab nenek tadi tak benarkan kami keluar semula di pintu masuk tadi.
Saya benci dengan keadaan dalam rumah hantu tersebut. Dahlah bau kemenyan, berasap-asap, banyak hantu, jalan tak rata dan berbelok-belok. Kami juga melalui beberapa buah kubur kot sebab berapa kali terlanggar batu putih, batu nisanlah kot. Lepas tu tiada apa yang boleh membantu penglihatan kami kecuali beberapa ekor hantu yang sengaja menyuluh wajah mereka dengan meletakkan lampu picit di bawah dagu dan menghala ke atas. Lepas tu menyeringai-nyeringai macam ... ahhh!! memang hantulah diorang ni. Tulah, padan muka, tadi nak sangat masuk. Beberapa kali saya hampir tersungkur meredah jalan yang tinggi rendah. Tak tahu macammana kelas yang rata boleh jadi simpang siur macam tu Tetiba jer kaki saya tersadung sesuatu. Saya tak boleh bergerak. Langsung tak nampak jalan. Nenek kebayan tadi menyuluh ke bawah. Oh, ada tangga rupanya. Baru saja saya panjat satu anak tangga, lampu suluh tu dimatikan semula. Ah, raba jerlah pelan-pelan. Entah siapa dekat belakang saya yang mungkin situasinya macam saya jugak tadi agaknya tersangkut dan terpijak bahagian belakang kasut saya. Ah! sudah, kasut akuuu. Saya jerit. Kasut saya dah tanggal dalam gelap tu. Mana saya nak cari. Saya raba-raba di bawah. Mulut kumat-kamit berzikir dan baca Al-Fatihah. Ni dah macam kena kejar hantu betul. Seekor hantu terngacah-ngacah di depan saya yang sedang mencari kasut. Saya menepis-nepis dengan sebelah tangan. Yey! Saya dah jumpa kasut saya.
Saya sudah berdiri dengan kasut di tangan. Hantu tadi semakin galak menyakat. Kurang ajar.
"Ko nak tepi tak? Ko nak tepi tak? Aku ketuk ngan kasut ni karang!!" Wah, dah macam berdepan dengan musuh jahat dah ni. Hantu tadi berundur, perlahan-lahan dia ke tepi dan memberi laluan kepada saya. Mungkin terkejut dengan tindakan saya, hantu-hantu yang berada di kiri-kanan laluan keluar semuanya mengelak dan berundur. Saya apalagi... Ca Alif Ba Wau Ta lahhhhh... ;-)))))
Sampai jer kat pintu keluar tu, Fuhhhhhhhhh!! Tobat tak mahu masuk rumah hantu lagi ;p
gambar pinjam Mamat Khalid jer.. takut nak letak gambar hantu betul.. ekekeke |
tak pernah masuk rumah hantu ..takutttt, ini memang betui2 hantu kasut nie..hehehee
ReplyDeleteKakak pernah masuk rumah hantu kat funfair. Masa tu pun dgn kawan-kawan. Serik sampai sekarang kakak tak nak masuk dan kalau anak kakak nak masuk pun kakak tak bagi dah sebab ada hantu yg miang - suka raba-raba...
ReplyDeletekikiki..kalau antu betoiii pun takut gan sari ni, nak kasi kasut siap tuh..hahaha
ReplyDeleteAkak pernah masuk sekali rumah hantu, tapi tak ingat di mana, tp hantu2 tu tak menakutkan sangat...
ReplyDeleteWahh...tindakan bijak tu. In real life boleh cuba nie...hahahahahhaha.
ReplyDeleteHAHAHA...akak pnh masuk yg kt genting tu dulu..masa tu umah antu kt lakeside lagi (tasik yg dh jadi Arena Of Star)
ReplyDeleteSalam, akak kelakarlah.. dulu erma ader gak pengalaman masuk umah antu kat melaka time rombongan sekolah.. habis tanggal telinga pinggang seluar.. rumah talipinggang.. kawan2 tarik hu hu hu.. tapi memang tobat.. masuk.. he he he
ReplyDeleteTakut juga hantu dengan penangan kasut. :-)
ReplyDeletekikiki...kenangan indah tu. Tak pernah masuk rumah hantu...huhuhu...
ReplyDelete