WOWWWW!! SAYA MENANG GA 1001 RESEPI

Seri Kandi Tanah Jauhar
21
ASSALAMUALAIKUM...

TERKEJUT sangat-sangat bila baca entry bertajuk 'Calling.. Calling' dari 1001 Resepi semalam.

Siapa yang tak mahu menang bila masuk peraduan, kan. Jadi, apabila dalam salah satu entry KKida yang bertajuk 'Anda Dijemput' terpapar pada blog list saya, saya merasa hampa juga dan tertanya-tanya. Hampa kerana tiada pengumuman nama pemenang di situ dan tertanya-tanya siapakah yang bertuah itu kerana KKida cuma bagitahu beliau telahpun menghantar mesej kepada pemenang. Oleh kerana rasa hati nak menang itu masih ada, saya buka dua email milik saya yang jarang saya jenguk. Urmmm, tak ada email dari KKida, nampaknya saya memang tak menang. Tak apalah, lagipun KKida kata nak sampaikan sendiri hadiah kepada pemenang di Restoran Rebung milik Chef Ismail di Bangsar. Kalau menang pun, bolehkah saya pergi???Urmmm..

Errr.. sila baca balik perenggan satu ya. ;p

Apalagi, menggigillah sekejap bila baca link blog saya tertera di entry 'calling.. calling' tu. KKida terpaksa keluarkan post tersebut kerana tiada jawapan dari kami agaknya. Mana tidaknya, KKida rupanya hantar mesej di entry yang saya postkan untuk peraduan GA tu, patutlah saya tak jumpa sebab entry tu dah lama juga dan bukannye entry melekat. (Kan dah pernah bagitahu saya ni darah gemuruh, tu yang menggigil... hehe)



Untuk KKida, terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Saya sangat-sangat menghargainya, insyaAllah, saya akan sampai di sana nanti.

mesej dari KKida di http://sariyusa.blogspot.com/2012/06/mangsa-mandrem-ga-1001-resepi.html
Kepada blogger-blogger lain yang terpilih, jumpa di sana yaaaaa!! Dan tunggu entry saya di Restoran Rebung, tu ya...

Wassalam.

Post a Comment

21Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tahniah...seronok dengar dapat menang GA nnt nak tgk hadiah kemenangan tu tau...post kat en3

    ReplyDelete
  2. atas nama blog akak tu...nama blog sy...:)

    yg sadisnya...sy dah pun hanta email pada KKIda...mengatakan sy x dpt hadir...sedih kan...nak buat cmne....dah x de rezki nak jumpa chef2 glamer ngan KKida....huhuhu....

    sian sy kan....):

    ReplyDelete
  3. kak nak kongsi hadiah boleh hehehhe

    ReplyDelete
  4. insyaAllah kak,kita jumpa di sana..

    ReplyDelete
  5. ala bestnye dapat gi makan kat restoren rebung!!!

    ReplyDelete
  6. Yus nak kesana juga ke? Amboi tak menahan kakak nak tahu apa hidangan istimewanya di sana.

    ReplyDelete
  7. tahniah...mknkan utk akak ye, salam utk kkida.

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa...bertuahnyaaaa....tahniah...makan sedap2 tauuuu

    ReplyDelete
  9. Salam Sari..Tahniah ya!..wah!mesti xsabar nak g kan....jgn lupa snap2 gambar tau!

    ReplyDelete
  10. Masih senyum sampai telinga tatkala baca entry ni. Jumpa di sana, sana, sana.. :D

    ReplyDelete
  11. Salam. Kak Sari, kita jumpa nanti di Restoren Rebung ye.. :) Tahniah kerana terpilih..

    ReplyDelete
  12. wowwww..bestnye dia menang!! jeles sehh akak tau! seronoknye dpt gi gader2 kt rebung restoran tu nnti..tahniah ye yus!

    ReplyDelete
  13. Tahniah Yus, wow seronok tu dpt gader2....tangkap gambar banyak2 dan kongsikan pengalamannya ya...setia menanti di sini.

    ReplyDelete
  14. tahniah yer kak...mesti best dpt pi restoran rebung tu..mana tau dpt jumpa chef ismail & dr.sheikh muzaffar....

    ReplyDelete
  15. Sallam Sari Yusa,

    Jangan lupa tangkap gambar hadiah dan share dengan kawan2

    ReplyDelete
  16. tahniah Sari
    bestnya , sedap2 makanan kat restoren tu tau he he

    ReplyDelete
  17. wahh syok nya...restoran rebung tu makanan sedap2....hehehe...kita ni terlebih minat tang nak makan dari dapat hadiah la pulaksss..kekekeke

    ReplyDelete
  18. Tahniah. Insyaallah jumpa di sana yer...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!