BURASAK DAN KAUM KERABATNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...

Burasak jadi Bapak Penghulu Meja
JUADAH berbuka petang semalam. Entah kenapa teringin sangat nak makan burasak... yang sebenarnya semalam tetiba SK teringin hendak berbuka bersama ibu SK sebab panglima SK ada urusan lain. Tapikan, tetiba jer ER kata nak berbuka dengan SK pulak. SK kata SK nak buka dengan ibu, jadi ER kata dia 'followwwww' :-)))) Disebabkan ibu SK ni peminat Burasak walaupun ibu sebenarnya Banjar (Burasak kan makanan orang Bugis) jadi semalam SK sengaja singgah ke pasar ramadhan membeli burasak dan kawan-kawannya sebagai juadah berbuka.

Burasak dan Lepat... kecewa sebab tak dapat ketupat luowe.. harga burasak seikat (ada lima keping) RM6 dan lepat seikat (ada 5 batang) RM5.. berpatutan!
Disebabkan ada dua gerai yang menjual burasak tu jadi SK pun keliru jugak nak beli kat gerai yang mana satu. Akhirnya SK memilih gerai dari pakcik yang berniaga anak-beranak ni sebab SK ternampak ada Nasumeti. Nasumeti???? Nasumeti tak tahu??? Asam pedas daaaaaaaa... orang Bugis panggil Nasumeti.. SK pun baru belajar, kalau salah, minta maaf yaaaaaaaa.. SK ni memang agak awas sedikit setiap kali membeli lauk di pasar ramadhan. Teringat lagi pengalaman kena bayar dua lauk RM18 tahun lepas. Jadi SK akan pastikan sebut harga betul-betul baru pilih dan beli.
 
tak sah makan Burasak kalau tak ada Nasumeti aka asam pedas... nak lebih sedap.. asam pedas ikan parang seketul RM4
Alhamdulillah... memang best sangat berbuka semalam tambah pula berbuka ramai-ramai dengan adik-beradik kecuali seorang kakak dan adik SK jer tak ada semalam. Hehehe.. maaflah ya, rumah ibu SK (sebenarnya rumah Kak Ngah) memang tak adanya nak bentang-bentang saprah untuk alas makan ni. Kami bentang suratkhabar lama jer, habis makan boleh terus bungkus dan buang... senang kerja!! Okey, mintak maaf ya... SK nak letak gambar buat kenang-kenangan.. sape tak suka boleh tutup hidung supaya tak terbau makanan-makanan ini... :-))))))

gulai kawah daging tetel, SK beli dari satu gerai minang, sesenduk RM3.. puas hati!

asam pedas dari ibu SK, asam pedas ikan selar

kailan gorengan SK ni

kalau dah ke gerai Minang.. hati meronta-ronta nak sambal ijo

beli juga kari ayam seketul RM3 tapi tak lakuuuuuu.. boleh simpan makan sahur lak..
Sekian, terima kasih.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. akak orang banjar ye? ooo baru tau..kami org jawa.. x pandai makan burasak..

    ReplyDelete
  2. meriah tu dik.. penuh meja ngan lauk pauk sedap2.. burasak tak pernah mkn.. takde plak burasak yg dibuka.. nak juga tgk dlmnya mcmana.. hehe.. gulai tetel tu kira murahla kan.. rm3 je..

    p/s: 1st time akak masuk blog sk ni senang nak download.. kalau tak sebelum ni macam lambat je loading tiap kali akak masuk.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Aduhai...burasak...makan dengan kari tetel...perghhh! Lupa nasi terus jadinya.

    ReplyDelete
  4. Waaa...menu klasik yer... sedap jer nampak...

    ReplyDelete
  5. Kakak ipar kakak bugis so tiap tahun raya rumah bapak mesti ada burasak. Nak tahu sedap tak sedap tengok daun bungkusnya mesti nak yg muda SK dan ketebalan dia. Kakak jawa tapi tahu hal ini sebab duduk kelompok bugis. Makan dgn lawannya memang licinlah kan..

    ReplyDelete
  6. Biasa gak makan gitu tapi tak hafal ler nama makanan tu dalam bahasanya..

    ReplyDelete
  7. Aduhai nampak burasak terus jer terjah..dpt tengok pun jadilah..nilah makanan nekcik dari celik mata hingga kini..nak balik raya.....nak makan burasak!!

    ReplyDelete
  8. Meriah nyer juada berbuka puasa best nyer kalau dpt tumpang sekali kan heheh :)

    ReplyDelete
  9. **selamat hari raye aidilfitri...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

    hati2 pulang ke kg yeak...

    ReplyDelete
  10. Hi.
    kebetulan company i nk soh order burasak for majlis raya .u hv any idea mane nk order?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!