FLOURLESS NUTELLA CAKE WITH FERRERO ROCHER, KIT KAT & STRAWBERRIES FOR ER'S BIRTHDAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...


SEJAK minggu lepas ER beberapa kali mengingatkan Sk tentang ketibaan tarikh hari lahirnya hari ini. Malah sejak 14 tahun lalu setiap kali tiba tarikh hari jadi, seminggu dua ER akan bersungguh-sungguh mengingatkan.. Sk pura-puralah tak ingat.. sajalahkan nak melayan perangai budak-budaknya tu. Anak busuklah bongsulah katakan.. walau muka nampak garang, tapi dalam hati ada taman, gitewwww.


Pucuk dicita ulam mendatang.. dalam pada Sk memikirkan kek hari jadi yang mudah dan tidak menyusahkan, maklumlah Sk ni memang lembab bab-bab deco kek ni. Sk memang tak berniat untuk menempah kek kerana ER ni bukanlah pemakan kek-kek ni. ER ni suka makan jajan, coklat dan buah-buahan. Sk dan Iman memang dah rancang untuk buatkan babahnya kek yang berpagarkan coklat kit kat dan ditaburkan dengan Ferrero Rocher dan Strawberries cuma dalam tu nak letak kek apa masih lagi di congak-congak. Memang melonjak sukalah bila Kak Azlita Masam Manis kongsikan resepi Nutella Cake ini di laman beliau. Sk ni kan malas nak menggoogle-google. Kadang tu tak teringat, heheheh.

Budak kecik pun boleh buat kek ni tau sebab teramatlah senang sekelip mata jer kita nak sediakan tapi mak bapak kenalah sediakan ongkosnya.. huwa huwa huwa. Harga nutella memang meletopslah kan. Syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah sebab mak mertua Sk beranakkan ER di hujung bulan, kui kui. Tambah lagilah nak beli Ferrero Rocher dan Strawberry tu, dompet yang kembung sekelip mata kempis... kalau perut Sk yang kempis kan bagusssssssss. Disebabkan Sk guna loyang 8" dan Sk bayangkan kek ini lebih menipis dari kek Kak Ita (sebab Kak Ita guna loyang 7") maka Sk buat dua loyang atau dua adunan. Senang tak payah belah-belah, kita lapiskan sahaja dua kek tu nanti sebab pagar kit kat tu akan buat kek tenggelam tak nampak bayang nanti, hehehe.

Flourless Nutella Cake
Sumber : Masam Manis

250 gm nutella
4 biji telur A

Caranya :

Gris loyang 7" dan alas dengan baking paper. Panaskan oven 170C.

1. Pukul telur dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan naik tiga kali ganda. Warnanya akan bertukar putih dan masa dianggarkan 6 hingga 7 minit.
2. Masukkan nutella ke dalam mangkuk. Masukkan 1/3 bahagian telur dan kaup balik hingga sebati.
3. Masukkan 1/3 lagi bahagian telur dan kaup balik sebati.
4. Masukkan bahagian telur yang terakhir dan kaup balik sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
5. Bakar 25 minit.

Caramel Sauce
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk
Note : Sk letakkan fresh cream di antara dua kepingan kek dan sapukan fresh cream juga di keliling kek untuk melekatkan kit kat.
Caramel Sauce pula Sk lelehkan di atas strawberries.

Nak tengok gambar selepas potong ke??? Tungguuuuuuuuuuuuuu... sebab belum potong lagi.. tunggu petang nanti. Ni baru tiup lilin jer, hehehehehe.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakak dapat deko-dekonya pun jadilah..
    Menariklah SK..

    Happy birthday Er..

    ReplyDelete
  2. Aduhai kak...menyiksa jiwa raga betul nie....

    ReplyDelete
  3. Tangkap leleh la sari kek awk ni hu3....ngences akak.

    ReplyDelete
  4. Flourless gak ni.. taraf 5*.. mmg klasss..

    ReplyDelete
  5. salam kak..krim tu guna salah 1 atau campur ketiga2 jenis tu? tq

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!